|
| |
|

|
|
Upacara Penyampaian Hadiah Peraduan
Radiology Malaysia-Meditel MyStory:CeritaKu – Petaling Jaya, 19 Mac 2006 |
|
oleh Dr Evelyn Ho
|
 |
|
Pemenang-pemenang bersama penaja dan
rakan-rakan Radiology Malaysia |
Semua yang menghadiri
upacara pemberian hadiah pertandingan MyStory:Ceritaku
yang diselenggarakan oleh Radiology Malaysia baru-baru
ini tentu berasa terpegun terhadap pemenang-pemenangnya.
Semua pemenang telah berjaya menulis cerita mereka
samada melalui pengalaman sendiri mengenai kanser atau
dari pengalaman penjaga mereka, anak, suami, kawan,
saudara, rakan sepejabat malah dari perspektif penulis
kesihatan!
Suasana ‘suspense’ ketara di kalangan kesemua 13
pemenang kerana walaupun mereka telah menang, tetapi
mereka tidak tahu apa hadiah yang dimenangi! Sudah tentu
mereka mengharapkan ‘grand prize’ iaitu komputer
notebook! Walaubagaimanapun, mereka semua dianggap
pemenang sejati kerana masing-masing sanggup berkongsi
pengalaman mereka supaya dapat dijadikan tauladan kepada
semua.
Pertandingan ini berlangsung dari bulan September hingga
Disember 2005. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah
untuk memberi lebih pengetahuan dan kesedaran terhadap
kanser kepada semua – bukan sahaja pesakit kanser tetapi
mereka yang sekeliling pesakit itu. Sambutan
pertandingan ini amat membanggakan kerana cerita
diterima bukan sahaja dari Malaysia malah di luar negara.
Salah seorang pemenang, Sharon Toh, yang menerima hadiah
talipon bimbit Nokia 6020 berkata, “Pertandingan ini
telah melepasi batasan ‘medical mumbo jumbo’ yang boleh
menakutkan khalayak ramai mengenai pengetahuan kanser...’.
Sharon telah menulis mengenai ibunya yang mengalami
kanser kolon selama 2 tahun. Menurut Sharon, walaupun
ibunya tidak berjaya menawan kanser, ia telah menguatkan
perasaan dirinya.
Untuk acara kemuncak iaitu pemberian hadiah pertama,
tetamu kehormat Profesor Jeff Dunn, Penasihat Servis
Pesakit International Union Against Cancer, Pengarah
Eksekutif Queensland Cancer Fund dan Profesor Adjunct,
Faculty of Social and Behavioural Science, Universiti
Queensland telah mengumumkan pemenangnya dengan paparan
gambar elektronik Rene’e di kemuncak Gunung Kilimanjaro
daripada hadiah utama, iaitu Lenovo IBM Thinkpad.
Rene’e telah menunjukkan perasaan terharu bersama suka
tanpa mempercayai yang ia telah memenangi hadiah
pertama!
Sebelum ini, Profesor Dunn
di dalam ucapannya, berkata bagaimana kanser boleh
mempengaruhi semua orang dan bagaimana seseorang boleh
memainkan peranan bukan sahaja sebagai individu tetapi
di dalam komuniti. Prof Dunn sedang berada di Malaysia
untuk woksyop Reach to Recovery Breast Cancer Support
dari 17-19 Mac 2006.
Majlis penyampaian hadiah pada hari itu dimulakan dengan
ucapan pembukaan oleh Profesor Dr Basri JJ Abdullah,
Presiden Kolej Radiologi. Ia disusuli oleh Dr Evelyn Ho,
Editor laman web Radiology Malaysia yang telah memberi
serba sedikit mengenai perkembangan Radiology Malaysia
pada kebelakangan ini, serta lapuran kempen kesedaran
kanser payudara dan program mamogram bersubsidi tahun
2005. Dr Evelyn juga mengambil kesempatan untuk
mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah
menolong menjayakan program komuniti Kolej Radiologi.
Anugerah platinum (Platinum award) Radiology Malaysia
dimenangi sekali lagi oleh Meditel bagi tahun kedua
berturut manakala Afga ASEAN dan Abex Medical Systems
menerima anugerah virtual perak untuk sokongan mereka
kepada website.
Untuk program kesedaran kanser payudara, anugerah
platinum diberi kepada Johnson& Johnson dan Meditel.
Rakan-rakan pencegah termasuk Persatuan Nasional Kanser
Malaysia, Persatuan Kebajikan Kanser Payudara, Majlis
Kebangsaan Organisasi Wanita-Wanita Malaysia, Hospis
Malayisia dan Persatuan Sokongan Kanser Payudara Segamat.
Berikut adalah senarai pemenang:
Apple iPod Colour (30Gb) – Jamilah Samian & Munirah
Aminullah
Nokia 6020 Telefon Bimbit – Sharon Toh Shu Ren & Roy
Norman Botley
Siemens Gigaset C250 Telefon Digital – Siti Marlina
Zainal & Keh Chooi Lan
Wong Mei Lee, Cynthia Chok Fui Man & Puan Sooria Kumari
Singovan telah memenangi hadiah saguhati yang terdiri
daripada produk Apacer dan buku “Mempertingkatkan
Kualiti Peribadi: Menjana Diri untuk Mencapai Prestasi
Unggul di Tempat Kerja” oleh Ranjit Singh Malhi. Cynthia
dan Puan Sooria Kumari juga memenangi baucher untuk
penginapan di Lanson Place Ambassador Row Serviced
Residences dan Cititel Penang masing-masing.
Tiga set baucher Jaya Jusco (RM200 setiap orang)
dimenangi oleh Susan Marquez, Keh Chooi Yiang and Gan
Poy Kim.
|
 |
|
Rene’e menerima hadiah computer daripada Lim
Adam, Pengarah Meditel Electonics diperhati
oleh Prof Jeff Dunn (di tengah) |
Penaja hadiah saguhati
terdiri daripada Teh Siew Lin, Ranjit Singh Malhi,
Cynthia Chua, Mary Chan, Cititel Penang dan Lanson Place
Ambassador Row. Renaissance Kuala Lumpur telah menaja 2
baucher Hi-tea untuk dua orang dan ini telah dimenangi
oleh penyertaan awal - Early Bird: Loh Siew Yim dan
Marian Abdul Malik.
Semua tetamu dan pemenang telah dijemput makan tengahari
selepas upacara tamat. Kolej Radiologi mengucapkan
terima kasih kepada semua pemenang dan rakan Radiology
Malaysia yang telah datang daripada luar bandar -
Kuantan, Ipoh, Seremban dan Segamat untuk menjayakan
upacara penyampaian hadiah peraduan MyStory:CeritaKu.
Bacalah cerita cerita menarik yang telah memenangi
hadiah hadiah dalam peraduan Radiology Malaysia-Meditel
MyStory:CeritaKu 2005.
|
|
>>>
Kembali ke laman utama
|
|
|
|
Copyright © 2001-2008 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia
All Rights Reserved
Terms
of Use
Last
Updated:
Tuesday, 01 January 2008 |
|