| | 
|
|---|
| Apakah itu Enema Barium? | Ini sesuatu pemeriksaan menggunakan X-ray untuk memeriksa bahagian usus dengan Barium Sulfat sebagai media kontras. Kolon adalah bahagian usus yang di antara usus kecil dan dubur.
| | Bilakah saya akan memerlukan enema barium? | Sejak wujudnya kolonoskopi (endoskop kolon), enema Barium semakin berkurangan. Walau bagaimanapun, prosedur ini mempunyai kegunaan apabila terdapat perubahan dalam keadaan biasa usus, kehadiran darah dalam tinja, kesakitan abdomen dan bahagian dubur yang tidak biasa, sembelit teruk serta sebagai sokongan bagi lain jenis pemeriksaan. Kadang kala, apabila prosedur kolonoskopi tidak dapat menilai kolon dengan baik bagi beberapa sebab (corak kolon yang begitu berputar belit) enema barium dijalankan. Terdapat juga perbezaan kos yang jelas, iaitu enema barium lebih murah. Walau bagaimanapun kolonoskopi mempunyai kelebihan menjalankan biopsi (mengambil sampel tisu) jika sebarang keganjilan/kelainan dilihat.
Kadang kala, apabila kolon jelas menjadi sempit atau terdapat kanser kolon, pemeriksaan enema barium mungkin dapat menunjuk seluruh kolon dan kehadiran lebih daripada satu kanser dengan lebih baik. Skop akan menghadapi masalah melalui bahagian usus yang telah sempit, manakala cecair barium sulfat dapat mengalir melalui bahagian yang tersempit.
Satu pemeriksaan enema barium yang terperinci boleh mendedahkan penyempitan usus besar, luka atau calar seperti polip atau sesuatu tumor. | | Bagaimana saya menyediakan diri bagi enema barium ? | Persediaan usus patut dilakukan 2 hari atau 48 jam sebelum prosedur tersebut.
Makanan yang kurang serat: Jangan makan daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan produk susu. Elakkan makanan yang berserat tinggi.
Anda boleh makan roti putih, mi (spt Mamee, Maggi), ikan dan kanji pada hari pertama persediaan.
Pada hari kedua, hanya cecair jernih seperti glukosa, Ribena, Livita, air kosong, teh cina, air kelapa, sup jernih (sup daging/ayam yang telah ditapis) patut dimakan.
Selama 2 hari ini, anda mesti meminum banyak cecair, air kosong termasuk. Ini kerana anda akan ‘hilang’ banyak air apabila ubat usus anda mula berkesan.
Pada hari sebelum prosedur, anda akan diberi ubat (laksatif dan/atau enema) untuk membantu anda membuang air besar. Jangan takut jika anda mengalami cirit-birit, kerana ini tujuan semua persediaan ini. Ubat yang diambil adalah dalam bentuk pil atau cecair seperti Fleet Oral. Setiap Jabatan Radiologi akan mempunyai persediaan untuk Enema Barium yang tertentu dan ubat yang diberi mungkin berlainan jenis, walaupun mempunyai tindakkan dalam usus yang sama – iaitu untuk “membersihkan” usus besar anda. Usus besar (kolon) yang bersih adalah penting supaya enema barium dapat meneliti mukosa usus besar anda dengan jelas.
Jika temu janji anda adalah pada 9 pagi, anda akan di minta berpuasa (tidak boleh makan and minum) selepas 12 malam, hari sebelumnya sehingga masa prosedur. Jika mulut anda kering, anda boleh menghisap ketulan ais. Jika temu janji anda bukan pada waktu pagi, anda diperlu berpuasa selama 6 jam sebelum prosedur. | Apakah yang berlangsung semasa pemeriksaan enema barium? | Anda akan ditanya beberapa soalan tentang surgeri usus yang lalu, jenis perubatan yang anda mengambil, dan sebagainya. Jika anda berasa anda hamil, anda perlu memberitahu Pakar Radiologi atau juru x-ray yang melayan anda.
Anda akan diminta pakai gaun. Satu tiub khas yang dilicinkan akan dimasukkan melalui dubur. Barium kemudian dimasukkan dari beg khas. Graviti membantu aliran barium ke dalam kolon. Pakar Radiologi mungkin akan menyuntik sesuatu ubat di vena di tangan untuk melegakan usus. Ini tidak semestinya dilakukan. Pesakit dengan ritma jantung yang tidak baik, masalah pengencingan atau glaukoma mesti memberitahu Pakar Radiologi supaya ubat sesuai boleh diberikan. Pakar Radiologi akan menerangkan mengenai semua posisi pengimejan.
Dalam sesuatu pemeriksaan dwi-kontras, barium dibenarkan untuk mengalir keluar sebanyak boleh dan tertinggal satu lapisan barium pada bahagian dalam kolon (permukaan mukosa). Selepas ini, angin (or Karbon dioksida) dimasukkan dengan berjaga-jaga dan di bawah fluoroskopi (“melihat secara real time” dengan X-ray) supaya keadaan mukosa kolon dan penempatan di dalam abdomen dapat diperhatikan. Ini penting kerana dalam keadaan tersempit atau runtuh, memang susah untuk melihat sebarang kelainan pada kolon. Anda akan diminta bergerak pada meja tersebut supaya pelbagai imej kolon boleh diambil. Anda akan diminta ‘menyimpan’ barium’ dan angin (jangan terkentut) sehingga pemeriksaan itu selesai.
Kadang kala, bergantung kepada keadaan pesakit, hanya pemeriksaan barium dijalankan. Lagi sekali, pemeriksaan mengikuti keadaan pesakit dan diagnosis klinikal yang disyaki.
Biasanya, pemeriksaan ini tidak memakan masa lebih dari satu jam. Jika usus disediakan dengan baik dan tidak ada masalah, pemeriksaan ini akan mengambil masa setengah jam sahaja.
Pesakit kemudian akan diminta pergi ke bilik air untuk mengeluarkan barium dan membersihkan diri jika terdapat sebarang ‘titisan’ dari dubur ke bahagian punggung. | Apakah komplikasi yang mungkin berlaku? | Ini satu pemeriksaan yang selamat.
Bagi sesetengah orang yang tidak mudah membuang air besar setiap hari, barium yang mungkin tertinggal akan kering dan mungkin boleh menyebabkan sembelit. Jika pesakit meminum/makan banyak cecair, sayur-sayuran dan buah-buahan, ini jarang berlaku.
Satu lagi komplikasi adalah penembusan usus besar dan barium itu akan masuk bahagian abdomen. Sebab pemeriksaan ini dilakukan di bawah pandangan terus (fluoroskopi) Pakar Radiologi, masalah seperti ini sangat jarang dan akan dirawat serta-merta. Usus yang disediakan dengan baik mengesyorkan kandungan usus minimum akan terkeluar jika terdapat ‘bocoran’.
Terdapat sedikit radiasi dalam pemeriksaan ini. Potensi kebaikan pemeriksaan ini jauhi melebihi sebarang risiko. | Apakah yang patut saya buat selepas pemeriksaan enema barium? | | Anda mungkin mengalami cirit-birit dan anda tidak patut memulakan aktiviti biasa atau pulang bekerja hari seterusnya. Jika keadaan membenarkannya, anda digalakkan minum banyak cecair, makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan supaya dapat membuang air besar dengan senang. Jika anda melihat sedikit bahan putih/merah jambu bercampur aduk dalam tinja anda, ini sesuatu yang biasa kerana barium keluar melalui tinja. |
|
|
Copyright © 2001-2011 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia All Rights Reserved Terms of Use Last Updated: Monday, 21 February 2011 | |