| |
|
|---|
| Media Kontras Intravaskular (melalui vena or arteri) dalam Radiologi (merujuk Media kontras mengandungi iodin) | Mengapakah anda memerlukan media kontras dalam pemeriksaan Radiologi?Beberapa penyiasatan dalam Radiologi memerlukan pemberian kontras ini ke dalam badan anda melalui vena atau arteri. Satu contoh biasa adalah Urogram Intravena. Terdapat dua jenis media kontras yang mengandungi iodin, dan ini adalah jenis ionik atau bukan ionik.
Biasanya hanya tulang-tulang, dan angin akan ternampak pada X-ray. Bagi membezakan laluan kencing atau darah dalam pembuluh darah, media kontras yang mengandungi iodin akan dimasukkan untuk meningkatkan densiti kencing atau darah. Kemudian, ini akan menyebabkan mereka kelihatan “putih” pada filem, seperti tulang-tulang anda pada x-ray. | | Apakah persediaan khas atau langkah berjaga? | Jika anda tidak mempunyai salah satu dari keadaan berikut, anda hanya perlu berpuasa selama (tiada makanan atau minuman) 4-6 jam sebelum pemeriksaan.
Jika anda ada keadaan berikut, anda akan perlu mengambil langkah berjaga khas serta menyedari risiko tambahan: Sejarah Alah yang diketahui Lelah Pernah mengalami reaksi kepada media kontras Pernah mengalami reaksi kepada ubat Keadaan Sakit Jantung Mieloma Multipel or sindrom myelodysplastik atau kencing manis teruk (tolong jangan mengurangkan minuman air anda) Sangat tua (> 65 tahun) dan sangat muda < 6 bulan>
| | Apakah kesulitan atau komplikasi yang mungkin timbul? | Walaupun terdapat penerangan mengenai perkara ini di bawah, kemungkinan reaksi yang sederhana ke reaksi yang kuat adalah sangat rendah. Pihak doktor sudah tentu mengambil kira kebaikannya berbandingan nisbah risiko apabila mereka mencadangkan sesetengah jenis pemeriksaan bagi anda. Adalah lebih berisiko untuk menyeberangi jalan berbanding melakukan pemeriksaan yang mungkin dapat membantu anda mendiagnosis keadaan dengan lebih tepat. Media kontras adalah seperti sebarang jenis ubat lain anda kenali. Sebenarnya, media kontras terbaru sangat selamat. Tetapi seperti semua ubat (termasuk ubat yang biasa diambil seperti Panadol/Paracetamol), media kontras juga mempunyai potensi reaksi yang tidak diingini. Ini diklasifikasikan sebagai rendah, sederhana dan teruk. Dengan media kontras bukan ionik, kemungkinan reaksi berlaku sangat berkurangan. Kebanyakan reaksi adalah lemah, sementara dan tidak memerlukan sebarang rawatan serta berlaku dalam 20 minit pertama selepas suntikan. Terdapat sebilangan kecil reaksi “lewat”, yang boleh berlaku sehari atau dua selepas suntikan.
Contoh reaksi seseorang kepada ubat media kontras termasuk: Kategori Reaksi Lemah: Mual, muntah atau kedua-duanya. Berasa panas baran di seluruh badan(seakan keadaan selepas bersenam). Kegatalan yang sementara atau yang berlangsung untuk beberapa hari. Ubat antihistamina boleh diberi. Bersin. Keadaan seperti selesema
Kategori Reaksi Sederhana: Susah bernafas (seperti lelah). Rawatan serta merta diberi. Jarang-jarang keadaannya mengancam nyawa. Hipotensi: Tekanan darah jatuh secara tiba-tiba - rawatan serta merta diberi. Jarang-jarang keadaannya mengancam nyawa.
Kategori Reaksi Teruk dan Mengancam Nyawa (SANGAT JARANG dengan media kontras bukan ionik yang baru): Keadaan Anafilaktik - Reaksi teruk yang tidak boleh dijangka. (Anaphylactic shock) | | Apakah yang patut dilakukan selepas menerima media kontras intravena? | Ini bergantung pada prosedur yang dijalankan.
Secara umum, anda digalakkan meminum banyak air dan pastikan badan anda dihidrasi. Kebanyakan media kontras akan terkeluar melalui kencing selepas 4 jam.
|
|
|
Copyright © 2001-2011 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia All Rights Reserved Terms of Use Last Updated: Monday, 21 February 2011 | |