|
|
|
Apakah
Mamografi?
|
|
Mamogram
merupakan imej payudara melalui sinar-X yang istimewa.
Mamogram ini kerap kali dilakukan oleh seorang juru x-ray
wanita yang terlatih. Filem mamogram ini kemudiannya
dilaporkan oleh seorang Pakar Radiologi.
Klik di sini untuk maklumat lanjutan mengenai Mamografi
dan pengimejan payudara.
|
|
Adakah
Mamografi Selamat Bagi Saya? |
|
 |
|
Mamogram normal |
Pembaharuan baru dalam peralatan mamografi mengakibatkan
wanita hari ini hanya menerima dos radiasi yang sedikit
sahaja. Kebaikan penyaringan untuk penyakit kanser payudara
melebihi potensi risiko radiasi daripada ujian mamogram.
Risiko daripada mengambil ujian tersebut setanding dengan
risiko menghisap 1/8 daripada sepuntung rokok.
|
|
Setakat
Manakah Keberkesanan Mamografi? |
|
Mamografi adalah cara paling efektif, tidak melibatkan
pembedahan dan merupakan langkah terbaik untuk
mengesan kanser payudara dalam peringkat awal apabila kanser
ini terlalu kecil untuk dikesan oleh anda ataupun doktor
anda. Disebabkan ini, proses penyaringan payudara sekarang
boleh diperoleh oleh semua wanita berumur 40 tahun ke atas.
Mamografi membantu tetapi tidak boleh mengambil alih ujian
bulanan pemeriksaan sendiri payudara (PSP) dan ujian fizikal
oleh doktor anda sedangkan anda sudah mencapai umur 40 tahun
dan ke atas.
|
|
Adakah
Mamografi Sakit? |
|
Mamografi sering kali dijelaskan sebagai sesuatu yang sakit
oleh banyak wanita tetapi jika anda menanya mereka
selanjutnya, anda akan mendapati bahawa kesakitan ini hanya
sementara. Kebanyakan wanita tentu
menyatakan bahawa kesakitan ini boleh di tahan.
Setiap payudara dimampat
dan diratakan oleh alatan tertentu apabila imej sinar-X
diambil. Ini hanya berlanjutan untuk beberapa saat dan tidak
akan memusnahkan atau mencederakan payudara. Keseluruhan
ujian ini akan mengambil lebih kurang setengah jam termasuk
menyediakan diri untuk ujian, mengambil mamogram serta
menukar pakaian.
|
|
Bilakah Saya
Patut Pergi Untuk Mammogram? |
|
Garis
panduan terbaru untuk proses menyaring wanita yang tidak
mempunyai simptom berkaitan dengan payudara ialah:
-
Pada
umur 35-40 tahun: mamogram asas sebagai bandingan
-
Pada
umur 40- 49 tahun: mamogram sekali setahun.
-
Pada
umur 50 ke atas: mamogram sekali atau dua kali setahun
memandang faktor berlainan seperti terapi mengganti
hormon serta profil risiko.
|
|
Bolehkah saya
mengambil mamogram jika saya di bawah umur 35 tahun? |
|
Wanita
yang bersimptom, iaitu wanita yang mempunyai tanda-tanda
berkaitan dengan masalah payudara seperti benjol, lelehan
puting, mastalgia (sakit pada payudara), perubahan saiz atau
rupa payu dara tanpa sebab mungkin memerlukan mamogram.
Tiada had umur untuk mengambil mamogram sekiranya doktor
anda mendapati anda mempunyai suatu kelainan (terutamanya
kalau kanser disyaki) yang disyaki pada payudara anda.
|
|
Berapa
bilangan mamogram payudara akan diambil? |
|
Kebiasaannya 2 imej setiap payudara diambil. Jika wujudnya
kelainan dalam mamogram anda yang memerlukan penelitian yang
selanjutnya, mungkin lebih banyak imej perlu diambil di
kawasan kelainan itu. Tempat payudara tersebut akan
dimampatkan lagi untuk memberi gambaran yang lebih jelas
atau imej tambahan dalam posisi yang berlainan sedikit.
|
|
Jika saya mempunyai implan payu dara, bolehkah saya
mendapati mamogram? |
|
 |
|
Mamogram
seseorang dengan implan payudara |
Anda
mesti memberitahu juru x-ray jika anda mempunyai implan payu
dara. Imej yang istimewa mungkin harus diambil untuk
memastikan seberapa banyak payudara tersebut dapat dilihat
pada mamogram tersebut. Langkah keselamatan juga diambil
semasa payudara dimampatkan. Anda harus mengingati bahawa
apabila anda mempunyai implan, ia mungkin menghalang
pandangan sebahagian daripada payudara anda, kadangkala
dengan hanya sebahagian kecil daripada payudara anda yang
dapat dilihat. Ini bergantung kepada saiz implan dan posisi
implan tersebut. Maka, keberkesanan mamogram mengesan
kelainan pada payudara lebih rendah berbanding dengan
keberkesanan dalam payudara ‘semula jadi’ bebas dari implan.
|
|
Apakah yang
berlaku sekiranya wujud kelainan pada mamogram saya? |
|
Suatu
kelainan yang dikesan pada mamogram mungkin memerlukan
mamogram tambahan diambil atau ujian tambahan seperti
ultrabunyi payudara atau prosedur mamografi tambahan seperti
Sitologi (cytology) menggunakan jarum halus bagi aspirasi
(FNAC), biopsi teras or pra-biopsi setempat jenis
hookwire.
|
|
Adakah
mamografi sempurna? |
|
Mamografi mungkin menjadi kunci kepada pengubatan dan
penyembuhan kanser payudara. Namun demikian, mamografi
mungkin gagal mengesan beberapa jenis kanser kerana bukan
semua kanser menghasilkan tanda khas atau perubahan yang
dapat boleh dikesan dalam mamogram dan ini sering berlaku
apabila seseorang perempuan mempunyai tisu payudara yang
padat (nisbah tisu glandular yang tinggi berbanding dengan
tisu lemak dalam payudara). Kanser atau tumbuhan yang boleh
dirasai tidak selalunya dapat dikesan pada mamogram. Dengan
Pakar Radiologi terbaik, 10% kanser akan terlepas dari
pengesanan dan penyaringan mamogram.
|
|
Apakah
langkah untuk menyediakan diri saya untuk mamogram? |
|
Tiada
langkah penyediaan istimewa yang harus diambil untuk
pemeriksaan mamogram. Namun, ia dinasihati agar anda memakai
2 helai pakaian berasingan - sarong, skirt atau seluar
dengan blaus. Ini menyenangkan anda menanggal pakaian blaus
sahaja untuk pemeriksaan mamogram
Perempuan dinasihati agar tidak menggunakan bahan wangi atau
bedak yang boleh menyebabkan tanda-tanda yang tertera pada
mamogram anda. Ini mungkin menyebabkan anda memerlukan ujian
tambahan akibat “artefact” ini kerana tanda-tanda ini
mungkin mengelirukan interpretasi mamogram anda.
Anda mungkin mahu membuat mamogram selepas kitar haid anda
habis sekiranya anda menghadapi masalah kesakitan payudara
pra haid.
|
|
|
|
Copyright © 2001-2008 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia
All Rights Reserved
Terms
of Use
Last
Updated:
Tuesday, 01 January 2008 |