| | 
|
|---|
| Mengapakah saya mungkin perlu Urogram Intravena (IVU)? | Terdapat banyak keadaan yang memerlukan pemeriksaan IVU tetapi keadaan paling biasa adalah apabila anda disyaki mempunyai batu dalam sistem pengencingan anda. Doktor anda akan ingin tahu cara kencing tersebut keluar dari ginjal ke pundi kencing dan cara batu-batuan itu membawa kesan kepada sistem pengencingan anda.
Ujian ini boleh digunakan bersama ultrabunyi ginjal dan sebaliknya. IVU juga digunakan dalam mencari sebab kencing terhalang atau terdapat darah dalam kencing..
| | Apakah persediaan khas yang perlu dibuat? | Peraturan berpuasa Jika prosedur dilakukan pada waktu tengah hari, anda boleh memakan sarapan pagi yang ringan. Adalah paling baik jika tidak ada apa-apa pun yang dimakan/minum 6 jam sebelum prosedur. Air dibenarkan bagi mereka yang kencing manis, pesakit mieloma, kegagalan ginjal, serta lain keadaan yang kehausan tidak diingini. Peraturan mengambil ubat Tidak terdapat apa-apa peraturan (selain yang tercatat di bawah) selain anda mempunyai lelah atau alah yang diketahui. Jika ini keadaannya, pemeriksaan anda akan dikaji semula kerana anda boleh mendapat reaksi terhadap media kontras yang digunakan. Jika doktor anda berasa bahawa faedah prosedur melebihi risikonya, anda akan diberi ubat pil prednisolone (sejenis steroid) sebelum pemeriksaan - sebanyak 40 mg 12 jam sebelum dan kemudian, 40mg 2 jam sebelum prosedur. Kadang kala jika pemeriksaan itu perlu dilakukan serta-merta dan anda mungkin belum bersedia dan mempunyai alah, anda akan disuntik dengan Hydrocortisone 100 mg (sejenis steroid) sebelum pemeriksaan. Persediaan usus Pemakanan tanpa sayur dan sisa sehari sebelum pemeriksaan. Air diminum sesuka hati semasa waktu ini sebelum puasa bermula. Anda akan diberi julap seperti 2 tablet Dulcolax ataupun 10 tablet Eucarbon pada pukul 6 petang sebelum pemeriksaan. Keperluan persediaan usus berbeza di antara Jabatan Radiologi yang berlainan dan anda patut berhubung dengan staf tertentu di tempat mana anda akan menjalani pemeriksaan anda. | Apakah yang sebenarnya berlaku semasa pemeriksaan IVU? | Anda perlu menyalin pakaian dan memakai gaun hospital bagi pemeriksaan ini dan diminta berkencing untuk mengosongkan pundi kencing anda. Anda akan berbaring di atas meja khas dan radiograf abdomen akan dijalankan pada selang waktu yang tertentu.
Kontras akan diberi (dengan jarum melalui vena pada tangan anda) selepas radiograf pertama. Pada tahap awal, mampatan akan dilakukan( bagi masa singkat sahaja) pada bahagian bawah badan dengan menggunakan tali pinggang atau kusyen ataupun meja itu sendiri akan digerakkan ke bawah( bahagian kepala).
Dalam aliran biasa kencing dari ginjal ke pundi kencing, prosedur ini akan memakan masa 30 minit untuk selesai. Anda akan diminta berkencing sebelum filem terakhir diambil. Walau bagaimanapun, bergantung pada keadaan anda, lebih filem dan pandangan akan diambil.
Pemeriksaan akan disusunkan mengikut sistem pengencingan anda dan mungkin perlu diubahsuaikan dan ubat tambahan perlu diambil (contohnya diuretik) demi mengkaji keadaan seterusnya. Ini mungkin mengambil beberapa jam untuk selesai. Pada akhir pemeriksaan, Pakar Radiologi dapat menjawab sebab doktor anda mula-mula cadangkan anda menjalankan IVU! | Mungkinkah kesulitan timbul? | Satu-satunya kesulitan yang timbul adalah dari media kontras. Kesulitan ini kecil seperti kegatalan, lelah kesusahan bernafas, kejatuhan dalam tekanan darah (biasanya sementara) dan jarang-jarang sekali mengancam nyawa (anafilaksis).
Jarang-jarang kesakitan dan perasaan tidak selesa berlaku apabila mampatan abdomen perlu dilakukan, tetapi biasanya mampatan ini diberhentikan apabila anda memberitahu juru X-ray yang mengendalikan pemeriksaan anda. | Terdapat arahan khas selepas IVU? | Tiada arahan khas pasca IVU. Anda boleh makan dan minum tetapi rujuk kepada doktor anda kerana mungkin beliau ada pemeriksaan atau prosedur lain selepas pemeriksaan IVU itu. |
|
|
Copyright © 2001-2011 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia All Rights Reserved Terms of Use Last Updated: Monday, 21 February 2011 | |