
|
|---|
| Mengapakah anda atau kanak-kanak anda memerlukan Sistogram Pengencingan (MCU)? |
Ini adalah untuk mengawasi pundi kencing dan trek atas (ginjal dan ureter). Ini satu penyiasatan biasa bagi kanak-kanak yang sering mendapat infeksi sistem pekencingan. Ini juga dijalankan bagi bayi yang mempunyai kemaluan yang kurang jelas jantinanya (satu keadaan yang jarang berlaku). |
| Apakah persediaan khas serta langkah berjaga? |
Tidak terdapat persediaan khas kecuali jika pesakit seorang kanak-kanak dan terlalu muda untuk bekerjasama atau si pesakit memerlukan antibiotik untuk pemeriksaan tersebut. Ubat “bius” tidur yang diperlu serta antibiotik akan disediakan oleh doktor anda atau pakar kanak-kanak bagi kanak-kanak yang terlalu muda untuk bekerjasama. |
Apakah yang dilakukan? |
Jika ini dilakukan selepas sesuatu pembedahan, biasanya satu keteter kencing (satu tiub halus yang di tolak sepanjang uretra untuk memudahkan pekencingan) akan dipasangkan.
Kalau tidak, doktor/pakar perubatan kanak-kanak akan memasukkan satu ke dalam pundi kencing melalui uretra. Pakar Radiologi juga mungkin memasukkan keteter ini bagi kanak-kanak/pesakit.
Selepas itu, satu kontras iodin akan diisi ke dalam pundi kencing sehingga sarat. Pakar Radiologi akan dapat mengesan ini kerana x-ray akan digunakan untuk melihat proses mengisi kontras ini. Kanak-kanak/pesakit akan digalakkan untuk berkencing dan x-ray proses ini akan diambil. Kadang kala , kontras perlu dilihat dalam ginjal jika refluks berlaku (apabila kontras bercampur kencing itu menaiki tiub ureter ke ginjal). Dalam keadaan normal, kontras akan dikencing keluar melalui uretra dan tidak akan menaiki tiub ureter ke ginjal.
Keteter itu akan dikeluarkan semasa proses berkencing supaya uretra akan jelas dilihat. |
Adakah terdapat kesan sampingan atau masalah lain yang timbul? |
Berikut adalah antara perkara yang boleh berlaku tetapi adalah sementara waktu dan akan selesai secara sendiri. Tolong teruskan sebarang antibiotik yang diberi oleh doktor/pakar perubatan kanak- kanak anda kerana ini akan membantu mengelak sebarang infeksi. Gangguan pada pundi kencing akibat media kontras. (biasanya sementara) Infeksi dan inflamasi (boleh dirawat atau dielakkan dengan penggunaan antibiotik yang rapi) Reaksi lain kepada media kontras. (tolong baca media kontras FAQ) Trauma setempat di uretra dan masalah berkencing. Pendarahan akibat trauma.
|
Apakah yang perlu dilakukan selepas MCU? |
Galakkan kanak-kanak minum banyak. Jika kanak-kanak takut berkencing akibat sedikit kesakitan di uretra, biarkan kanak-kanak duduk dalam air suam dan berkencing semasa dalam air. Mungkin terdapat darah dalam kencing tetapi ini akan jernih dalam sehari biasanya. Jika kanak-kanak/pesakit tersebut gagal berkencing atau mengalami kesakitan yang teruk, cepat berhubung dengan doktor. Doktor anda mungkin ada peraturan tambahan bergantung pada keadaan anda. Ini mungkin termasuk mengambil antibiotik bagi beberapa hari lagi.
|
|
|
Copyright © 2001-2011 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia All Rights Reserved Terms of Use Last Updated: Monday, 21 February 2011 |