Sejarah Ringkas
Radiologi moden telah berubah
begitu banyak berbanding sejak bermulanya bidang ini dengan
penemuan X-ray lebih 100 tahun dahulu. Hari ini, X-ray
adalah sebahagian asas perubatan dalam diagnosis dan
rawatan. Dari permulaan yang ringkas X-ray, kita kini
mempunyai pilihan pengimejan yang luas menggunakan X-ray
serta beberapa pilihan yang tidak menggunakan X-ray. Ini
termasuk ultrasound, Pengimejan Magnetik Resonans (MRI) dan
perubatan nuklear. Perjumpaan X-ray bertanggung jawab bagi
bidang radioterapi. Marilah kita melihat perubahan bidang
ini dengan peredaran masa.
Penemuan X-ray
X-ray telah di jumpa secara
tidak sengaja oleh Profesor Fizik Wilhelm Conrad Roentgen
pada 8 November 1895 semasa bekerja dengan tiub pancaran
katod dalam makmalnya yang gelap. Dia memerhatikan bahawa
sehelai kertas yang disaluti bahan pendarfluor mula memancar
apabila tiub pemancar katod dipasang dan ini hanya dapat
berlaku jika tiub tersebut mengeluarkan pancaran. Kerana
tidak mengetahui sifat pancaran tersebut, beliau menamakan
pancaran tersebut X-ray. Dengan kajian seterusnya, beliau
mempelajari bahawa pancaran ini boleh menembusi kebanyakan
objek termasuk tangannya sendiri. Dia kemudian membuat
keputusan untuk menggunakan plat fotografi untuk merekodkan
imej tersebut. Dunia umum mendengar penemuannya pada Januari
1896. Roentgen telah dianugerahkan Hadiah Nobel yang pertama
dalam bidang fizik pada 1901.
Radioaktiviti
Radioaktiviti adalah hasil
daripada keadaan tidak stabil semula jadi beberapa bahan
yang hancur dan dalam proses tersebut mengeluarkan pancaran.
Radioaktiviti dijumpai tidak lama selepas penemuan X-ray.
Penemuan pertama telah dilakukan oleh Henry Becquerel (
Seorang Profesor Fizik di Ecole Polytechnique termasuk
pengerusi fizik muzium di Paris) dan ini juga secara tidak
sengaja. Penemuan ini diketahui oleh orang umum pada
Februari 1896. Penemuan besar seterusnya telah dilakukan
oleh Marie and Pierre Curie yang bertanggung jawab
mengekstrakkan radium daripada bijihnya. Bagi segala
sumbangan mereka, Henri Becquerel dan pasangan Curie
dianugerahi Hadiah Nobel Fizik bagi tahun 1903.
Langkah seterusnya adalah sintesis bahan radioaktif buatan.
Pada 1920, E. Rutherford dan J. Chadwick menunjuk bahawa
nukleus elemen cahaya boleh diganggu oleh partikel alpha.
Dari 1933 ke 1934, Irene Joliot-Curie (anak kepada Marie
Curie) bersama suaminya, Frederic mendapat tahu bahawa
sesetengah logam biasa boleh dijadikan radioaktif apabila
dihentam dengan partikel alpha. Bagi penyelidikan perintis
ini, mereka telah di anugerahi Hadiah Nobel dalam bidang
kimia pada tahun 1935.
 |
|
Mesin pemecut linear (Linacs) untuk
rawatan radioterapi di Hospital Mt Miriam,
Pulau Pinang (Foto tahun 2004) |
Penggunaan pancaran X-ray dalam rawatan kanser –
“radioterapi”
Tidak lama selepas penemuan X-ray, x-ray mula digunakan
untuk merawat kanser. Bidang ini dikenali sebagai
radioterapi walaupun sekarang, bidang ini sering dikenali
sebagai radiasi onkologi (yang bermaksud sains kanser).
Pelbagai jenis radiasi selain X-ray digunakan untuk merawat
kanser. Kuantiti tenaga yang tertinggal dalam tisu adalah
beribu-ribu kali lebih banyak daripada yang digunakan untuk
mengambil gambar X-ray biasa. Radiasi kuat ini dapat
membunuh sel yang berkanser. Radioterapi juga digunakan
untuk merawat pelbagai penyakit selain kanser.
Pada permulaannya, X-ray tidak begitu kuat dan tidak dapat
digunakan untuk merawat kanser yang jauh ke dalam badan
tanpa menghancurkan tisu biasa yang berhampiran. Keadaan
ini berubah apabila sumber radiasi yang lebih kuat seperti
betatron dan cobalt-60 unit, telah dimajukan selepas Perang
Dunia Kedua. Pada masa sekarang rawatan radiasi dibekalkan
oleh pemecut linear atau “linacs”. (“linacs” adalah “linear
accelerators”)
Bahan radioaktif buatan juga digunakan dalam rawatan kanser.
Ini dilakukan dengan meletakkan sumber radiasi itu terus
pada kanser tersebut. Rawatan jenis ini dikenali sebagai
brakiterapi.
Sejarah Ringkas Radiologi Di Malaysia
Radiologi diperkenalkan di
Semenanjung Melayu tidak lama selepas penemuan X-ray iaitu
Februari 1897, dengan pemasangan mesin x-ray yang pertama di
Asia Tenggara. Ini berlangsung di Taiping, Perak. Malangnya
subjek pertama yang di X-ray tidak banyak mendapat manfaat
memandangkan subjek tersebut seekor ikan bawal. Demonstrasi
ini dijalankan oleh seorang bernama Encik Wray. Peristiwa
bersejarah ini berlangsung sebelum wujudnya lampu elektrik
atau kewujudan kuasa elektrik dari sumber hidro.
Satu mesin X-ray yang lengkap telah didermakan kepada
hospital kerajaan di Ipoh pada Oktober 1987 demi menghargai
hari jadi Ratu Victoria yang ke 75. Terdapat bukti yang
jelas menunjukkan bahawa X-ray telah dibincang pada
mesyuarat cawangan Malaysia, Persatuan Doktor Britain pada
1905. Hospital besar di Kuala Lumpur menerima Mesin X-ray
pada 15 Februari 1910 diikuti Hospital Besar Pulau Pinang
pada tahun yang sama.
Pada 1920, Dr Harold Mowat telah dipilih sebagai pakar
radiologi kepada Negeri-Negeri Bersekutu Melayu tetapi dia
juga bertanggung jawab bagi electroterapi dan radioterapi.
Malangnya, dia meninggal dunia 3 tahun kemudian dan diganti
oleh Dr CF Constant. Pada 1924, bilik gelap yang pertama
untuk memproses filem X-ray telah dibina di Hospital Besar
Kuala Lumpur. Sebelum ini, plat X-ray telah diproses oleh
juru gambar tempatan. Menjelang 1927, Hospital Besar,
Hospital Eropah dan Hospital Baru di Jalan Circular,
Hospital daerah Ipoh dan Seremban semuanya mempunyai alat
X-ray yang baru.
Hospital baru di Jalan Circular mula-mula dipanggil Hospital
Papa. Sekarang, tempat tersebut Hospital Kuala Lumpur.
Kemudian Hospital Besar terletak di lokasi Hospital Tanglin.
Mesin fluoroskopi yang pertama dipasang pada 1927. Dr PTK
Nayar adalah rakyat tempatan pertama yang layak dengan
diploma dalam radioterapi/radiologi perubatan serta
elektroterapi(D.M.R.E.). Pada 1956, Dr YC Lian menjadi pakar
radiologi swasta pertama. Dr Omar bin Din telah menjadi
rakyat pertama dilantik sebagai Konsultan Radiologi bagi
negeri-negeri bersekutu pada 1957.
Kenderaan mobil dengan mesin X-ray telah digunakan untuk
mengambil gambar X-ray orang di kawasan desa setelah Pusat
TB Kebangsaan didirikan pada 1960. Sekolah Radiologi pertama
didirikan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 1963 dengan 14
penuntut bagi sesi pertama. Angiografi Serebral (urat darah
otak) pertama telah dilaksanakan pada tahun yang sama di
Hospital Besar KL manakala angiografi periferal pertama
telah dilaksanakan di Hospital Besar Pulau Pinang pada 1966.
Angiografi jantung telah dilaksanakan di Hospital Universiti
pada tahun 1967. Sekolah Radioterapi bermula pada tahun
1969.
 |
|
Mesin moden mamografi sekarang adalah lebih
canggih dari semua segi – ergonomik untuk
pengguna, menggunakan radiasi yang minima dan
membolehi pemampatan payudara yang lebih selesa |
Perkhidmatan Mammografi dimulakan di Hospital besar KL pada
tahun 1972 dengan menggunakan mesin khas mammografi.
Ultrasound mula dikenali pada tahun 1974 apabila Fakulti
Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia membeli mesin
pertama. 1977, Tomografi komputer dimulakan apabila satu
skaner telah dipasangkan di Institut Radioterapi dan
Onkologi, KLGH. Universiti Kebangsaan Malaysia memulakan
satu latihan bagi pakar radiologi pada tahun 1983 dengan
menawarkan Sarjana Radiologi. MRI dipasang di Hospital Besar
pada 1992.
Sejarah Radioterapi, Onkologi dan Perubatan Nuklear di
Malaysia
Penggunaan pertama mesin
X-ray bagi tujuan rawatan adalah pada tahun 1914 apabila
mesin itu digunakan untuk merawat kanser kulit dan lain
jenis calaran kulit. Penggunaan bahan radioaktif iaitu
radium bagi radioterapi berlangsung di Singapura pada 1926.
Perkhidmatan Radioterapi mungkin bermula pada 1949 di
Malaysia dengan Dr Lynch sebagai Pakar Radioterapi di
Hospital Besar. Dari 1959 ke 1960, perkhidmatan ini
dibekalkan oleh Dr Lai dari Singapura. Dr SK Dharmalingam
pula dipilih sebagai Pakar Radioterapi di Hospital Besar
pada 1960 manakala Ahli Fizik pertama dipilih adalah Encik
George Phang. Pada 1968, Jabatan Radioterapi baru di bina di
Hospital Besar Kuala Lumpur( HBKL). Harapan untuk satu
sekolah tempatan radioterapi bagi juru X-ray terapi radiasi
dicadangkan pada 1968 dengan sekolah tersebut hanya bermula
pada tahun kemudian.
Perkhidmatan perubatan nuklear bermula agak lambat dengan
Jabatan Perubatan Nuklear ditubuhkan sebagai sebahagian
Jabatan Radioterapi pada tahun. Ahli teknologi Perubatan
Nuklear adalah Encik Anthony Ng. Ini diikuti oleh Unit
Perubatan Nuklear di Hospital Universiti. Sekarang terdapat
6 institusi yang membekalkan Perkhidmatan Perubatan Nuklear
termasuk Hospital di Universiti Kebangsaan Malaysia and the
Universiti Sains Malaysia. |