Pakar Radiologi memang seorang doktor. Dia mesti lulus dalam bidang perubatan dan mempunyai ijazah untuk merawat orang ramai. Di Malaysia, sebelum memulakan sarjana kepakaran dalam bidang perubatan, terdapat keperluan untuk berkhidmat kepada negara sebagai pegawai perubatan untuk beberapa tahun. Tempoh ini berubah mengikut keperluan untuk menyertai kursus kepakaran perubatan dalam kursus radiologi dari masa ke semasa. Kursus sarjana ini (ijazah ini dianugerahkan oleh Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia), distrukturkan sebagai kursus empat tahun dengan peperiksaan praktikal, lisan dan tertulis yang mencabar. Pemeriksa termasuk pakar dari luar dan dalam negara dari pusat mengajar radiologi yang terkenal. Pakar radiologi juga akan melalui latihan dalam bidang fizik, radiobiologi dan lindungan radiasi. Mereka mesti lulus peperiksaan dalam subjek ini supaya dapat mengambil kira semua isu berkaitan dalam perlaksanaan kaedah yang memerlukan radiasi. Apabila pakar perubatan fizik tidak hadir, pakar radiologi akan bertanggungjawab untuk semua isu perlindungan radiasi dalam jabatan radiologi. Oleh itu anda boleh disyorkan bahawa mereka menganggap semua prosedur dalam pengendalian radiasi sebagai penting. Pakar Radiologi di Malaysia juga mengamalkan prinsip “Serendah sinaran yang mungkin” (ALARA = As Low As Reasonably Achievable). Selepas lulus kursus radiologi mereka, mereka kena bertugas selama 6 bulan di bawah penyeliaan pusat perubatan yang disahkan sebelum mereka diiktirafkan sebagai pakar oleh Kementerian Kesihatan. Jika seorang Pakar Radiologi dilatih di luar negara, dia perlu berkhidmat di sebuah hospital yang disahkan di Malaysia selama 1 tahun dan seterusnya selama 6 bulan lagi untuk demi disahkan oleh kerajaan. Jika mereka pernah bekerja di sebuah pusat yang diterima di luar negara, mereka boleh meminta pengecualian daripada Kementerian Kesihatan tetapi ini adalah ditentukan mengikut kes individu. Oleh itu seorang pakar radiologi akan melalui beberapa tahun latihan. Sama seperti lain bidang perubatan, seorang Pakar Radiologi perlu senantiasa menimba ilmu mengenai pembaharuan dalam bidang mereka melalui program pendidikan perubatan serta profesional yang wujud. Di beberapa buah negara( ini turut telah dicadangkan di Malaysia) perincian dalam beberapa bidang kecil radiologi wujud. Kerana Malaysia hanya mempunyai beberapa pakar radiologi, memang tidak ada tambahan mendadak dalam bidang kepakaran terperinci Radiologi. Di negara-negara lebih maju, dengan bertambah luasnya bidang radiologi dan peningkatan kecanggihan kajian imej, Pakar Radiologi semakin terperinci. Sekarang terdapat pakar radiologi saraf, pakar ultrasound, pakar MRI and CT, pakar mammografi, radiologi, gastro-usus dan lain-lain. Pada masa ini, kebanyakan pakar radiologi di Malaysia adalah pakar radiologi ‘am’ dengan minat dalam bidang seperti mammografi, radiologi intervensi, radiologi saraf (pakar dalam pengimejan sistem saraf badan) dan radiologi pediatrik (pakar dalam bidang pengimejan kanak-kanak). Seorang pakar radiologi menjadi konsultan kepada doktor lain dalam rawatan seorang pesakit atau menjadi doktor utama kepada seorang pesakit. Mereka juga boleh mempunyai peranan yang penting dalam penjagaan seseorang pesakit secara menyeluruh (“team approach”), contohnya untuk seseorang yang menghidapi kanser. Mereka juga memainkan peranan yang penting dalam pengurusan dan rawatan seseorang pesakit yang memerlukan radiologi intervensi. Seorang pakar radiologi akan menginterpretasi bahan yang digelar radiograf, Ultrasound, MRI, CT, serta menjalankan sesuatu prosedur pengimejan atau lain prosedur yang memerlukan panduan pengimejan serta prosedur khas. Mereka bertanggung jawab untuk menyelia semua prosedur dalam jabatan radiologi. Mereka juga boleh menginterpretasi ujian perubatan nuklear, tetapi kebanyakan mereka yang berbuat demikian telah menjalankan latihan tambahan dalam bidang pengimejan perubatan nuklear jika mereka menyelia bahagian pengimejan nuklear. Bidang radiologi intervensi yang semakin penting dan menonjol meletakkan seseorang pakar radiologi yang dilatih khas dalam sesuatu kedudukan yang hampir sama seperti pakar bedah. Pakar radiologi am boleh menjalankan prosedur intervensi yang ringkas seperti mengeluarkan cecair yang terkumpul dalam badan atau menjalankan biopsi (mengambil sampel tisu) dengan jarum khas. Walau bagaimanapun, latihan yang terperinci perlu bagi bahagian yang lebih kompleks seperti otak, prosedur yang kompleks seperti membesarkan arteri, meletakkan ‘tiang’ halus khas (“stent”) untuk melebarkan struktur dalam badan yang telah mengecil, menghalang luka pembuluh darah yang ganjil, dan merawat tumor yang besar serta tidak boleh dibedah. |