engimejan diagnostik adalah suatu kepakaran perubatan yang merangkumi sejumlah luas prosedur pengimejan. Sampai beberapa tahun dahulu, kepakaran ini dikenali sebagai Radiologi Diagnostik , atau “X-ray” secara ringkas. Pengimejan diagnostik berpunca dengan perjumpaan X-ray pada tahun 1895 oleh W.C. Roentgen, dan sejak itu telah berkembang sehingga melebihi harapan Profesor Roentgen pun. Dengan peredaran masa, kaedah pengimejan yang baru iaitu Skan Ultrasound , Pengimejan Resonans Magnetik MRI telah menggalak penukaran nama kepada Pengimejan Diagnostik. Radioterapi adalah suatu lagi kepakaran dalam perubatan yang menggunakan radiasi untuk merawat pesakit. Radiasi ini boleh digunakan secara tunggal atau berpasangan dengan lain jenis rawatan.

| 
|  |  | Modaliti pengimejan yang berlainan – X-ray, Skan Ultrasound, Computed Tomography dan Pengimejan Resonans Magnetik |
Kini, Radiologi semakin berubah dengan kemunculan Pengimejan Biomedikal iaitu penemuan dan aplikasi cara pengimejan sifat tisu dan fungsinya. Penyelidik di serata dunia sedang menjalankan kajian dalam pelbagai bidang pengimejan biomedikal. Ini termasuk memajukan kaedah menghasilkan imej serta proses selepas imej diambil untuk mengesan, diagnosa serta memerhati corak penyakit merebak serta mencadang pelbagai kaedah yang sesuai untuk merawat penyakit tersebut. Ini termasuk mengenal pasti sifat tisu menggunakan ultrasound intravaskular berfrekuensi tinggi, Ultrasound 3 dimensi semasa, dan pengimejan multimodaliti, analisa kuantitatif ke atas kerosakan tisu akibat “multiple sclerosis” berganda dalam pengimejan MR otak dan lain. Topik-topik pengimejan yang penting dalam kajian biomedikal sekarang merangkumi seni optik termasuk bioluminescence (cahaya yang dihasilkan oleh benda hidup), tomografi optik , mikroskopi confokal pendarfluor mikroskopi 2 photon. |