|
| |
|
|---|
| Apakah itu Pusat atau Jabatan Radiologi Yang Berlesen? | Menurut Akta Pelesenan Atomik 1984 (Akta 304), sebarang pusat perubatan atau pergigian mesti memohon bagi lesen kelas C daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membolehkan mereka membeli, menyimpan, mengguna atau menjual sebarang radas menggunakan radiasi seperti mesin Sinaran–X bagi kegunaan pengimejan perubatan.
Menurut syarat-syarat di bawah peraturan 6(1), Perlindungan Radiasi(Pelesenan) Peraturan 1986, Lesen kelas C diberi definisi sebagai sebuah lesen yang membolehkan pemegangnya untuk membuat, berdagang, menghasilkan, memproses, membeli, memilik, mengguna, mengalih, mengendalikan, menjual dan menyimpan radas radiasi.
Semua Jabatan Radiologi di Kementerian Kesihatan iaitu semua hospital kerajaan dan hospital daerah mempunyai lesen yang sah untuk membeli menyimpan dan mengguna alat radiasi atau bahan radioaktif. Semua pusat swasta mesti memohon untuk atau memperbaharui lesen C ini jika mereka ingin meneruskan perkhidmatan ini.
Kepiawaian bagi taraf keselamatan dan pengendalian serta syarat bagi mesin diagnostik radiologi serta perkhidmatan sokongan perlu diwujudkan. Bagi sebarang pembaharuan lesen, semua pusat mesti memenuhi syarat tahap perkhidmatan dan keselamatan dahulu. Pembekal mesin x-ray atau seorang yang disahkan mahir oleh badan yang tertentu akan menjalankan penjagaan, proses servis dan tentukuran mesin x-ray tersebut.
Satu odit oleh pemegang Lesen Kelas H / Pakar diperlukan setiap tahun. Pemegang Lesen Kelas H / Pakar yang disahkan yang dilantik oleh pemegang lesen serta disahkan oleh badan berkenaan akan menjalankan pemeriksaan dan mengisytiharkan sama ada mesin/alat tersebut dijaga dan ditentukur dengan tepat dan kemudian membekali perkhidmatan nasihat berkaitan dengan operasi dan penjagaan mesin x- ray.
Panduan mengenai pelesenan Kelas C Kementerian Kesihatan serta Kerajaan Malaysia boleh di jumpa di: http://www.radiologymalaysia.org/Content/Members/CircsNGuides/ |
Copyright © 2001-2013 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia All Rights Reserved Terms of Use Last Updated: Tuesday, 04 January 2005 |
|