GENERAL INFORMATION
Ø News
Ø
General Health Info
Ø Radiology & Oncology
Ø
Breast Health Info Centre
Ø Palliative Care & Cancer Support
Ø The College Of Radiology
Ø
Directories

Our patient briefings explain a variety of diagnostic procedures and treatments, how patients should prepare for them, and what patients can expect to experience during and after the procedure. These briefings are provided as a service to help patients address their medical care with less anxiety and greater comfort.

PILIHAN BAHASA MALAYSIA
Ø Ke Seksyen BM
Ø
Pusat Sumber Kanser Payudara

MEDICAL & RADIOLOGY PROFESSIONALS
Ø Click here, if you are a medical or radiology professional

TALKBACK (Q&A)
Ø
Having Problems using this website?
Ø Q & A Archive
Ø Send Your Feedback

MEMBERS' CORNER
Ø
Members' Homepage
Ø Suara Radiologi/College Newsletter

 
 


SPONSORSHIP OPPORTUNITIES

Interested in sponsorship of the Radiology Malaysia web site? Please click here for more information.

You may also place advertisements throughout the Radiology Malaysia web site. For more information on how you may do this, please click here!
 

 
 

Media Centre

Information about the College of Radiology and its activities for the Media and Press.
Please Click Here!
 

This web site is best viewed at 1024 x 768 resolution using:

Windows Internet Explorer 9

OR



You should also set your display to show 16M colours for better colour reproduction.




For a complete Web Experience!


Whilst every effort is taken to ensure that information and other content on this site is as true and accurate as possible, there may be instances where errors may occur. In such an event, we should be grateful if you could notify us so that we can set the situation right.

We also take similar efforts to ensure that we do not infringe the rights of Copyright owners. Should you feel that we have committed a breach of copyright, please notify us so that we may arrange for the immediate removal of the material from this site.
 

 

Anti-Virus Info

 

Locations of visitors to this page

 

Kajian/Ujian Barium 

 

Barium Swallow

erdapat beberapa ujian yang berbeza malah dianggap sama kerana mereka menggunakan “pewarna” atau medium kontras yang sama. Medium kontras yang biasanya digunakan adalah barium sulfat, walaupun sesetengah situasi mungkin memerlukan medium kontras berasaskan iodin. Ujian barium ini melihat bahagian usus yang berlainan dari mulut ke dubur. Kehadiran alahan dan asma tidak menjejaskan ujian ini bukan seperti lain jenis kontras yang digunakan. Pesakit perlu berpuasa semalam supaya perut adalah bebas daripada sisa makanan, yang mungkin akan menyebabkan keputusan yang salah. Mereka yang tidak mampu berpuasa disebabkan masalah gastrik yang teruk atau mempunyai kencing manis dan menyuntik insulin dikehendaki memberitahu staf kaunter pada masa membuat temu janji supaya tindakan alternatif dapat diambil oleh Pakar Radiologi. Pesakit juga kurang digalakkan daripada mengunyah gam atau merokok sebaik sahaja sebelum prosedur. Selepas prosedur tamat, pesakit tersebut dinasihati agar minum banyak cecair. Ujian yang berbeza dibincangkan secara berasingan.

Barium Meal

Barium Swallow
Biasanya pesakit tidak perlu berpuasa sebelum ujian ini. Ujian ini menilai keadaan esofagus. Ini dilakukan menggunakan X-ray (fluoroskopi), yang membolehkan gerakan esofagus dan mekanisma menelan diperhatikan. Pesakit perlu menyimpan semulut penuh dengan medium kontras, biasanya barium yang berperisa, dan menelan hanya apabila diarah oleh Pakar Radiologi di situ. Pakar Radiologi akan membimbing pesakit melalui seluruh posisi pengimejan. Secara umum, ujian ini dilakukan dalam keadaan berdiri.

Barium yang ditelan tidak membahayakan dan akan keluar melalui proses pengeluaran tahi biasa. Tanda-tanda putih atau merah jambu dalam tahi adalah di dalam jangkaan dan tidak patut menjadi punca kerisauan. Pesakit dinasihati agar meminum banyak cecair.

Barium Meal
Ujian ini memerlukan pesakit untuk berpuasa semalam. Ujian ini menilai perut dan duodenum. Tempoh ujian ini adalah selama 20 ke 30 minit. Pesakit diperlukan menelan beberapa pil ataupun cecair khas sebelum atau sesudah meminum sedikit cecair barium. Pil atau cecair khas ini membebaskan gas yang akan mengembang perutnya. Pesakit ini diperlukan menyimpan gas ini di dalam perut dan tidak membebaskannya (jangan sedawa). Ini adalah untuk memudahkan penggambaran perut. Pakar Radiologi di situ akan membimbing pesakit ke seluruh gambaran kedudukan yang berlainan.

Suntikan ke dalam urat darah dalam tangan mungkin akan diberi oleh Pakar Radiologi. Ini untuk mengendurkan otot dan mengurangkan pengecutan perut (peristalsis). Walau bagaimanapun, pesakit dengan degupan jantung yang luar biasa, masalah pengencingan akibat prostat atau glaukoma patut memberitahu Pakar Radiologi kerana suntikan kemungkinan akan memberi tindak balas di bawah keadaan tersebut. Pesakit mungkin akan mengalami pandangan yang kabur dan sekiranya ini masih berpanjangan sehingga ujian ini tamat, pesakit dinasihati agar tidak memandu balik atau menggunakan apa-apa mesin sehingga pandangan jelas. Sekali lagi, tidak perlu resah sekiranya terdapat tanda-tanda merah jambu atau putih pada tahi.

Barium Follow Through (untuk usus kecil)
Ini memerlukan pesakit untuk berpuasa semalam. Ujian ini menilai keadaan usus sehingga simpang usus besar yang dipanggil pertemuan ileosekal. Ujian ini mungkin dijalankan selama 4 jam. Pesakit perlu meminum sejumlah yang tetap barium berperisa dan filem-filem abdomen akan diambil pada selangan waktu yang akan ditentukan oleh Pakar Radiologi di situ. Ujian ini mungkin mengambil masa yang lebih singkat atau panjang bergantung kepada masa transit barium semasa melalui usus kecil. Ini berbeza daripada seseorang kepada seseorang yang lain.

Di antara setiap filem, pesakit akan diberi tempat untuk berbaring. Biasanya suntikan tidak diperlukan untuk ujian ini.

Enteroklisis  (Enema usus kecil)
Ujian ini juga adalah untuk menilai keadaan usus kecil. Pesakit perlu berpuasa semalam sebelum ujian ini. Prosedur ini memberi gambaran usus kecil yang lebih jelas berbanding dengan pemeriksaan barium followthrough. Walau bagaimanapun, ini memerlukan tiub yang khas yang boleh diselitkan dalam lubang hidung atau tekak dan ke dalam perut. Selepas itu, tiub ini diletakkan secara lebih mendalam melepasi perut ke duodenum oleh Pakar Radiologi.

Sebaik tiub adalah dalam kedudukan yang dikehendaki, barium akan dimasukkan daripada beg yang disangkut daripada sebuah tiang drip. Pesakit mungkin akan terasa pergerakan barium yang banyak dalam badan dan selepas itu, pengaliran yang tetap. Pesakit akan terasa untuk ke tandas apabila barium sampai di kolon. Ujian akan hampir habis seketika itu. Barium ini akan keluar dalam tahi seperti untuk pemeriksaan yang lain.

Barium Enema
Ujian ini menilai kolon atau usus besar. Selain daripada berpuasa semalam, pesakit juga dikehendaki penyediaan usus. Penyediaan usus biasanya dijalankan dengan menggunakan julap, yang mungkin ada dalam bentuk pil, serbuk atau larutan. Ujian ini juga tidak mengambil lebih daripada 1 jam. Satu tiub akan dimasukkan melalui dubur dan barium kemudian dimasukkan. Pakar Radiologi mungkin akan memberi suntikan di dalam urat darah untuk mengendurkan usus. Pesakit dengan degupan jantung yang luar biasa, masalah pengencingan akibat prostat yang tidak sihat atau glaukoma dikehendaki memberitahu Pakar Radiologi supaya ubat alternatif dapat digunakan. Pakar Radiologi akan membimbing pesakit melalui beberapa gambaran kedudukan yang berlainan.  
  


 


Copyright © 2001-2011 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia
All Rights Reserved

Terms of Use

Last Updated:
Monday, 21 February 2011