| | 
|  | Imej radiograf spina (tulang belakang) untuk mengira kepadatan tulang |
Baca mengenai pereka densitometri tulang – allaryaham Prof John Cameron
Apa itu densitometri tulang? Densitometri tulang adalah pemeriksaan untuk mengukur jisim tulang. Ia merupakan satu cara menyaring yang sensitif untuk mengesan kehilangan tulang pada peringkat awalan. Ini biasanya dilakukan dengan X-ray dos rendah untuk skan tulang belakang, tulang rusuk dan pergelangan tangan. Semasa sinaran X-ray yang lemah melalui tempat yang diperiksa, mesin tersebut akan mengira jumlah tulang yang ada. Kaedah yang paling banyak diguna dipanggil DEXA (X-ray absorptiometri berkuasa dua). Dos radiasi yang digunakan dalam satu pemeriksaan adalah 1/10 daripada radiasi yang digunakan semasa seseorang pesakit menjalani X-ray untuk dadanya. Oleh itu, pemeriksaan ini amat selamat. Kaedah lain yang menggunakan X-ray adalah absorptiometri foton tunggal dan CT Kuantitatif. Terdapat juga kaedah yang menggunakan radioisotop dan ultrasound. Apakah kegunaan densitometri tulang? Densitometri tulang boleh mengesan pengurangan jumlah tulang sebelum tulang meretak, menganggar risiko retak, dan mengesan osteoporosis (pengurangan jumlah tulang) yang mengikuti retakkan. Ia juga berguna untuk mengkaji kesan-kesan rawatan. Siapa yang sepatutnya melakukan densitometri tulang? Densitometri tulang digalakkan untuk sesiapa yang ingin menjalani estrogen terapi. Ia juga digalakkan untuk wanita yang menopaus dan pra-menopaus kerana mereka cenderung akan mengalami osteoporosis, yang mungkin memerlukan rawatan. Pesakit yang menjalani rawatan steroid yang berpanjangan (contohnya penyakit sendi dan penyakit lelah) dan pesakit yang mengalami penyakit tulang metabolik akan mendapat manfaat daripada pemeriksaan ini, kerana osteoporosis berlaku dalam keadaan sebegini. Apakah persiapan yang perlu diambil untuk skan tulang densitometri? Tiada persiapan khusus yang perlu diambil. Pesakit tidak perlu berpuasa. Kemungkinan pesakit mengandung haruslah dilaporkan kepada juru X-ray. Terdapat beberapa kajian yang dilakukan yang telah mengganggu keputusan pemeriksaan dan ini termasuk sebarang rawatan/kajian perubatan nuklear/radioisotop atau kajian barium. Pesakit haruslah membawa sebarang X-ray tulang belakang atau tulang rusuk yang diambil dahulu kepada doktor. Ini memudahkan doktor merancang pemeriksaan nanti.Apakah yang akan berlaku semasa skan densitometri tulang? Pesakit terpaksa menukar baju kepada baju hospital supaya sebarang objek besi atas baju pesakit tidak akan mengganggu pemeriksaan. Pesakit hanya akan baring atas meja pemeriksaan sekurang-kurangnya 5 minit sahaja. Pesakit tidak akan diberi sebarang suntikan. Pemeriksaan ini boleh dijalankan: (a) tulang belakang lumbar (b) kawasan tulang rusuk (c) pergelangan tangan (d) skan seluruh badan Skan yang paling lama diambil adalah skan seluruh badan dan skan ini memerlukan masa sebanyak 4 minit. Masa skan untuk kawasan badan yang lain mengambil masa lebih kurang 1 minit sahaja. Skan (a), (b) dan (c) adalah paling berguna dan paling banyak dilakukan. Jumlah masa pemeriksaan, termasuk menyesuaikan kedudukan badan dan skan adalah sebanyak 15-20 minit. Selepas skan dibuat, komputer akan memproses gambaran sebelum keputusan dicetakkan. Ini biasanya akan mengambil masa sebanyak 15 minit untuk kajian 3 bahagian. Apakah akan berlaku selepas keputusan tulang densitometri dikeluarkan? Keputusan tersebut akan dibandingkan dengan piawai yang sudah ada. Ini membantu menentukan pesakit dalam julat yang biasa dan risiko retakan tulang. Jika nilai julat tersebut rendah, ini menunjukkan kehilangan tulang tetapi ujian darah diperlukan untuk memastikan proses kehilangan tulang sama ada proses itu masih sedang berlaku atau tidak. Sekarang, terdapat rawatan yang berkesan untuk mengurangkan kehilangan tulang (contohnya ubat biphosphonates). |