GENERAL INFORMATION
Ø News
Ø
General Health Info
Ø Radiology & Oncology
Ø
Breast Health Info Centre
Ø Palliative Care & Cancer Support
Ø The College Of Radiology
Ø
Directories

Our patient briefings explain a variety of diagnostic procedures and treatments, how patients should prepare for them, and what patients can expect to experience during and after the procedure. These briefings are provided as a service to help patients address their medical care with less anxiety and greater comfort.

PILIHAN BAHASA MALAYSIA
Ø Ke Seksyen BM
Ø
Pusat Sumber Kanser Payudara

MEDICAL & RADIOLOGY PROFESSIONALS
Ø Click here, if you are a medical or radiology professional

TALKBACK (Q&A)
Ø
Having Problems using this website?
Ø Q & A Archive
Ø Send Your Feedback

MEMBERS' CORNER
Ø
Members' Homepage
Ø Suara Radiologi/College Newsletter

 
 


SPONSORSHIP OPPORTUNITIES

Interested in sponsorship of the Radiology Malaysia web site? Please click here for more information.

You may also place advertisements throughout the Radiology Malaysia web site. For more information on how you may do this, please click here!
 

 
 

Media Centre

Information about the College of Radiology and its activities for the Media and Press.
Please Click Here!
 

This web site is best viewed at 1024 x 768 resolution using:

Windows Internet Explorer 9

OR



You should also set your display to show 16M colours for better colour reproduction.




For a complete Web Experience!


Whilst every effort is taken to ensure that information and other content on this site is as true and accurate as possible, there may be instances where errors may occur. In such an event, we should be grateful if you could notify us so that we can set the situation right.

We also take similar efforts to ensure that we do not infringe the rights of Copyright owners. Should you feel that we have committed a breach of copyright, please notify us so that we may arrange for the immediate removal of the material from this site.
 

 

Anti-Virus Info

 

Locations of visitors to this page

 

Computed Tomography (CT) 


Apakah tomografi berkomputer?
Tomografi adalah gambaran anatomi badan manusia mengikut seksyen yang bertujuan menggambarkan tisu badan dalaman tanpa memerlukan pembedahan. Tomografi berkomputer atau CT, nama biasanya, adalah satu pemeriksaan radiologi maju, yang menggunakan sinaran pengionan dan kepintaran komputer-komputer untuk menghasilkan imej melintang satu segmen tertentu badan.
 

Apakah persiapan untuk pemeriksaan CT?
CT dijalankan dengan atau tanpa agen kontras. Ejen-ejen kontras diperlukan untuk menambah gambaran organ tertentu. Mereka boleh dimasukkan ke dalam badan dengan meminumnya, disuntik melalui vena atau arteri; atau melalui dubur jika perlu. Pesakit-pesakit yang berpenyakit lelah atau dengan alahan-alahan diperlu memaklumkannya kepada Pakar Radiologi atau juru x-ray. Di samping itu, pesakit-pesakit hamil harus mengelak ujian ini melainkan dinasihatkan supaya berbuat demikian oleh doktor atau Pakar Radiologi.

Mesin CT

Skan CT Kepala

Skan CT Perut

Apakah berlaku sewaktu pemeriksaan CT?
Pemeriksaan ini mengambil antara 5-45 minit bergantung kepada keperluan untuk medium kontras melalui mulut, yang akan menyebabkan pemeriksaan ini memakan masa 1.5 jam dan juga beberapa bahagian badan yang perlu diskan. Dengan mesin CT multislice yang terbaru, masa pengimbasan telah dipercepatkan dan untuk CT Skan dada atau perut penelitian sempurna boleh dibuat dalam masa sedutan nafas.

Pemakanan ubat biasa (seperti untuk darah tinggi dan sebagainya) harus diteruskan, melainkan dinasihatkan untuk memberhentikannya. Jika medium kontras adalah diperlukan untuk peperiksaan, sebatang jarum atau tiub halus akan dimasukkan ke dalam vena tangan. Jika medium kontras melalui mulut adalah diperlukan, pesakit akan dikehendaki meminum medium kontras dan CT akan hanya dijalankan 30 hingga 45 minit kemudian.

Pengimbas CT adalah satu struktur/alat berbentuk bulat dengan sebuah pusat kosong, seperti donat besar. Seorang pesakit akan berbaring atas meja yang akan dimasukkan ke dalam alat ini. Sinaran x akan melalui pesakit. Maklumat pesakit mengikut lapisan badan kemudian diproses oleh komputer, dan tertayang di monitor. Imej-imej boleh dikaji semula, di simpan, difilemkan dan disimpan untuk penggunaan masa depan. CT telah mencatat kemajuan dari semata-mata pengimejan ke kegunaan lain seperti menjalankan biopsi dan mengeluarkan kandungan absess menggunakan CT sebagai panduan. 

Adakah pengimbas CT selamat?
Pemeriksaan CT ini selamat dan tidak menyakitkan. Pesakit itu sepatutnya menenangkan diri dan mengikuti arahan juru X-ray. Medium kontras yang diminum akan terkeluar dari badan dalam pembuangan air besar/air kencing, manakala medium kontras yang disuntik ke dalam vena akan dikumuhkan melalui buah pinggang dan dalam air kencing. Media kontras ini tidak radioaktif dan tidak berbahaya kepada sesiapa yang berdekat dengan pesakit.

Walaubagaimanapun, pemeriksaan CT menggunakan x-ray dan dos radiasi yang diterima adalah melebihi x-ray biasa ataupun mamogram. Oleh itu, keperluan pemeriksaan CT mestilah memberi maklumat yang boleh membawa diagnosis, menukar rawatan ataupun untuk mengikut respons pesakit kepada rawatan tertentu. Penggunaan CT untuk skan seluruh badan sebagai saringan untuk penyakit tidak disyorkan kerana dos radiasi adalah tinggi dibandingkan dengan manfaat yang mungkin diperolehi dengan skan sewenang-wenangnya.

Untuk artikel mengenai CT seluruh badan, klik di sini

Bilakah CT digunakan atau dikehendaki?
CT telah terbukti sebagai satu alat berguna dan kos efektif untuk diagnosis dan rawatan, yang mengurangkan keperluan lebih banyak lagi prosedur yang menyakitkan atau prosedur-prosedur invasif. CT kini corak pemeriksaan pilihan dalam pelbagai situasi, terutamanya untuk kes-kes trauma umpamanya seperti bagi kepala, dada dan kecederaan-kecederaan perut, untuk mendiagnosis sinus dan kerumitan-kerumitannya, menilai tanda abnormal paru-paru yang dilihat di X-ray dada, dan penilaian tumor di perut atau pelvis. CT didapati secara meluas di Malaysia, membolehkan diagnosis dan rawatan kesihatan yang berkualiti.
 


 


Copyright © 2001-2011 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia
All Rights Reserved

Terms of Use

Last Updated:
Monday, 21 February 2011