embaharuan dalam diagnosis pengimejan dan terapi bukan sahaja terhad kepada peningkatan-peningkatan dalam peralatan dan teknik-teknik tetapi juga dari segi “pencelup” yang digunakan. Satu “pencelup” atau medium kontras adalah satu bahan cecair yang digunakan semasa satu pemeriksaan radiologi bagi tujuan menggambarkan struktur-struktur dalaman atau sesuatu organ yang sedang dikaji. Ini adalah satu-satunya cara untuk berbuat demikian. Medium kontras boleh dimasukkan ke dalam badan melalui suntikan (melalui vena, arteri ataupun limfatik), melalui mulut, atau dari bawah, melalui dubur.
Umumnya, terdapat 3 jenis media kontras:
1. Medium kontras beriodin yang disuntik. Ia mungkin juga diberi melalui mulut.
2. Barium sulfat diberikan melalui mulut atau melalui dubur
3. Gadolinium yang disuntik.
Media kontras berkesan melalui salah satu daripada cara berikut. Apabila satu medium kontras disuntik, medium kontras akan menjadikan saluran-saluran dan organ-organ dengan bekalan darah yang baik kelihatan legap atau putih apabila diimej. Oleh itu dalam pemeriksaan angiografi, pembuluh-pembuluh akan kelihatan tebal atau legap apabila x-ray diambil. Pada tomografi berkomputer, pembuluh-pembuluh dan organ-organ dengan suatu bekalan darah yang baik akan kelihatan legap. Medium kontras akan kemudiannya dikumuhkan oleh buah pinggang dan oleh itu dalam Urografi Intravena, sistem pengaliran kencing akan kelihatan legap pada filem-filem x-ray. Dengan cara ini, pelbagai organ atau struktur-struktur boleh dilihat dan dipelajari. Apabila medium kontras diberikan melalui mulut dalam bentuk hidangan barium, perut akan kelihatan legap atau putih pada filem x-ray. Begitu juga, apabila diberikan melalui dubur dalam bentuk enema barium, usus besar akan kelihatan lebih legap atau putih pada filem x-ray. Dengan cara ini, usus besar boleh dilihat dan dipelajari. Gadolinium adalah medium kontras yang diberikan dalam bentuk suntikan semasa pengimejan resonans magnet. Medium kontras ini berfungsi dengan membuat pembuluh-pembuluh dan organ-organ dengan bekalan darah baik kelihatan putih pada imej-imej MRI. Media kontras intravena yang moden dapat ditahan oleh kebanyakan pesakit dan cepat disingkirkan oleh badan tanpa kesan sampingan yang buruk. Medium kontras mengandungi iodin boleh menyebabkan satu perasaan panas apabila disuntik. Kadangkala, tetapi luar biasa, ia mungkin menyebabkan mual. Oleh itu dinasihatkan supaya tidak makan sebelum mana-mana pemeriksaan radiologi yang memerlukan media kontras. Jarang sekali, media kontras berasaskan iodin boleh menyebabkan satu tindak balas alergi. Media kontras mengandungi barium sulfat tidak berbahaya. Barium akan terkumuh keluar dalam masa sehari atau dua. Medium kontras mengandungi gadolinium jarang-jarang mengakibatkan kesan sampingan. Dalam semua kes, penggunaan media kontras bagi wanita yang hamil tidak dinasihati kerana kekurangan bukti muktamad mengenai betapa selamat media kontras dalam keadaan hamil. Walaupun begitu, jika pemeriksaan jenis ini dapat menyelamatkan nyawa, risiko-risiko perlu ditimbang semula mengikut kes ke kes. |