 | X-ray dada (Chest Radiograph) |
ni adalah sebahagian daripada jabatan di mana “X-ray dada”, satu rangkai kata yang ramai orang kenali, dijalankan. Radiograf dada merupakan rangkai kata yang lebih sesuai. Radiologi telah berkembang daripada radiograf dada sehingga ke tahap sekarang. Radiograf biasa masih merupakan ujian yang paling biasa dijalankan dalam jabatan radiologi dan biasanya titik permulaan untuk pemeriksaan selanjutnya dalam proses mengetahui keadaan ataupun tentang penyakit seseorang. Walaupun radiograf ini dipanggil sebagai suatu kaedah yang ‘lama’, ini merupakan sesuatu komponen yang penting dalam bidang Radiologi. Gambar-gambaran boleh diambil daripada filem X-ray sebagai gambaran statik atau alat pengesan untuk membuat ‘wayang’. Gambaran diperoleh apabila X-ray yang melaluinya jatuh atas filem atau pengesan (detektor). Jumlah radiasi yang melalui badan bergantung kepada jenis dan ketebalan tisu. Tulang, yang lebih padat daripada udara akan menyerap lebih sinaran X lalu akan kelihatan putih di atas filem berbanding dengan udara yang akan kelihatan hitam kerana hanya menyerap sedikit sinaran X. Walau bagaimanapun, bahagian badan yang lain seperti otot, jantung dan otak akan menyerap sedikit sebanyak jumlah sinaran X yang sama disebabkan kesemua kepadatannya sama. Oleh itu, mereka akan kelihatan warna kelabu yang sama dan akan menjadi lebih susah untuk mengenali bahagian berbeza di atas radiograf. Masalah ini diselesaikan dengan menggunakan medium kontras sama ada dengan menelan, suntikan atau “melalui” dubur (enema).Ada beberapa ujian biasa yang dilakukan dengan menggunakan kontras iaitu: Kajian Barium Kajian usus menggunakan kontras (di kenali sebagai barium sulfat) ditelan melalui mulut atau dimasukki kolon melalui dubur. Urografi Intravena Menyuntik medium kontras untuk menunjuk ginjal, ureter dan pundi kencing. Myelografi Menyuntik medium kontras ke dalam ruang di sekeliling saraf tunjang untuk menunjuk saraf tunjang dan akar saraf. Histerosalpingografi Memasukkan medium kontras ke dalam uterus untuk menunjuk uterus dan tiub Fallappio. Venografi Menyuntik medium kontras ke dalam vena (urat darah). Angiografi Mendapat imej pembuluh darah dengan menyuntik medium kontras ke dalamnya melalui kateter yang diletakkan ke dalam arteri. |