Klik disini Untuk Soalan Sering Tanya HSG
isterosalpingografi adalah ujian X-ray untuk melihat uterus dan tiub fallappio. Dalam kebanyakan kes, ujian ini dijalankan dalam wanita yang tidak dapat menjadi hamil. Histerosalpingografi dapat mengesan keganjilan tentang uterus dan tiub fallappio. Ini memberi gambaran tepat tentang tempat sejauh mana tiub tersebut terhalang dan uterus. Ujian ini dibuat daripada 7 ke 10 hari selepas hari pertama kitaran haid terakhir pesakit.
Menjauhi diri daripada seks adalah dinasihati sebelum ujian untuk mengelakkan kemungkinan pemancaran ke atas kehamilan awal. Sekiranya tidak, cara mengelak kehamilan cara menghalang (“barrier method”) adalah digalakkan. Pesakit juga dinasihati untuk memberitahu doktor atau Pakar Radiologi atau juru X-ray tentang apa-apa latar belakang tentang alahan kepada ubat, jangkitan bahagian kemaluan atau sekiranya mereka terfikir mereka kemungkinan hamil. Ujian ini adakan dibuat di bawah fluoroskopi. Pesakit perlu baring di atas meja X-ray dalam kedudukan yang digunakan untuk ujian ginekologi. Pakar Radiologi akan melakukan satu pemeriksaan faraj di mana suatu tiub (plastik atau logam) akan dimasukkan ke dalam uterus. Medium kontras akan diperkenal menerusi tiub kateter di bawah bimbingan X-ray dan gambaran uterus dan tiub fallappio akan diambil. Pesakit mungkin akan disuruh untuk menahan nafas dan pusing ke tepi badannya untuk memastikan penggambaran yang baik uterus dan tiub-tiub. Prosedur ini biasanya mengambil 30 minit dari permulaan ke penghabisan. Ia adalah dinasihati supaya seseorang menemani pesakit ke jabatan untuk ujian ini. Perasaan kurang selesa mungkin akan dialami semasa selitan kanula dan pada masa pengenalan media kontras. Ia adalah penting bahawa pesakit memberi kerjasama penuh semasa prosedur. Ubat analgesik akan diberikan sekiranya perasaan kurang selesa berterusan. Mungkin sedikit penitisan darah akan berlaku selepas ujian. Pesakit patut memberitahu doktor, Pakar Radiologi atau juru X-ray sekiranya dia mengalami banyak pendarahan atau sakit abdomen dalam masa empat puluh lapan jam selepas pemeriksaan HSG. |