Pengenalan Orang ramai menganggap Pakar Radiologi hanya membuat diagnosis dan tidak terlibat dalam rawatan seseorang pesakit. Walau bagaimanapun, Radiologi Intervensi (IR) menyediakan rawatan untuk penyakit tertentu tanpa pembedahan.
IR memainkan peranan yang membabitkan semua aspek perubatan moden. Pengubahsuaian pelbagai teknik yang digunakan dalam IR sekarang digunakan untuk bidang perubatan yang lain (termasuk pembedahan dan lain bidang/disiplin surgeri) dan ini dipanggil terapi invasi minimum.
Apakah peranan IR? IR menawarkan rawatan penyakit yang lebih murah, cepat dan selamat tanpa memerlukan pembedahan. Ia lebih murah kerana cara ini mengurangkan tempoh pesakit tinggal di hospital ataupun tidak memerlukan bermalam di hospital pun. Kos pembedahan juga boleh dielakkan. Cara ini lebih selamat disebabkan risiko dan kerumitan pembedahan serta ubat bius boleh dielakkan, terutamanya pada pesakit yang terlalu uzur. Tempoh kesembuhan dipendekkan dan kerumitan semasa kesembuhan juga dapat dielakkan. Kadang-kala, pembedahan tidak selamat berbanding dengan terapi invasi minimum atau pesakit mungkin tidak sesuai untuk menjalani pembedahan dan IR boleh menjadi penyelamat nyawa!
Dalam era ini, bidang IR sudah menjadi lebih penting dengan adanya perkembangan teknologi alat-alatan dan teknik-teknik baru. Contohnya, stent untuk saluran darah di otak, aorta di abdomen, stent untuk esofagus ataupun usus lain, alat untuk membesarkan saluran yang telah menjadi sempit, mematikan tumour menggunakan mikrowave, ataupun kemoterapi ataupun dengan sekatan pembekalan darah kepada tumour tersebut (seperti fibroid uterus) dan sebagainya. Apa itu IR? Dengan menggunakan pelbagai jenis cara penggambaran (contohnya CT, Fluoroskopi, MRI, ultrasound) untuk petunjuk dan jarum khusus, wayar, tiub dan kateter yang pelbagai bentuk dan saiz, Pakar Radiologi sekarang boleh merawat penyakit dalam badan melalui saluran darah atau saluran yang lain. Prosedur ini dilakukan dalam Jabatan Radiologi dan selalunya bukan dalam bilik pembedahan. Prosedur ini boleh dibahagikan kepada yang dilakukan melalui saluran darah atau yang dilakukan melalui saluran yang lain. Prosedur am yang dijalankan melalui saluran darah termasuk: 1. Angioplasti 
|  | Angioplasti belon untuk arteri common iliac sebelah kiri | Arteriogram selepas angioplasti menunjukkan aliran media kontras yang normal bagi dua belah arteri common iliac |
Prosedur ini dijalankan untuk membukakan saluran darah yang tersumbat atau yang sempit untuk meningkatkan saliran darah. Kateter khusus yang dipanggil belon kateter angioplasti dilalui merentasi tempat di mana saluran darah tersumbat atau terlalu sempit. Belon tersebut dikembungkan, mengakibatkan saluran darah yang tersumbat atau sempit dibukakan. Cara ini sekarang banyak digunakan untuk merawat saluran darah yang tersumbat atau sempit dalam jantung dan anggota badan. Ia juga memungkinkan tiub besi yang halus yang dipanggil stent, dimasukkan dalam saluran darah untuk memastikan ia sentiasa buka.
 | Arteriogram buah pinggang selepas menyekat saluran darah yang membekal fistula arteri-vena yang tidak normal |
2. Embolisme Vaskular Bekalan darah ke tumor boleh disekat dengan menggunakan bahan yang khusus sama ada dalam bentuk lingkaran, buih atau gel. Ini digunakan untuk mengawal pendarahan sebelum pembedahan. Cara ini juga digunakan untuk mengawal pendarahan yang mengikuti sebarang kemalangan dan untuk oklud/sumbat sebarang pengembangan saluran darah yang luar biasa. (aneurisme) 3. Kemoembolisasi & Terapi Kanser Pemberian ubat barah sedekat dengan barah dengan menggunakan tiub yang halus yang diletakkan dalam arteri dipanggil kemoembolisasi. Ini membenarkan ubat yang berdos banyak diberikan kepada barah tanpa kerumitan semasa rawatan kemoterapi diberi melalui vena tangan. Pada zaman sekarang, teknik ini digunakan untuk merawat barah dalam hati.
Hari ini, Pakar Radiologi melalui kateter boleh memberikan manik radioaktif (contohnya yttrium) tepat ke tempat tumor, memastikan bahawa terapi radiasi yang terbanyak diberikan kepada tumor dan tidak banyak kepada badan pesakit. Kini, terapi radiasi bukan sinaran luaran yang menyasar tumor dalam badan melalui permukaan badan. 4. Trombolisis Melarutkan pembekuan darah dengan kimia sedekat dengan pembekuan dengan menggunakan kateter dipanggil trombolisis. Ini merupakan alternatif kepada pembedahan seperti untuk rawatan yang diakibatkan sumbatan saluran arteri otak ataupun arteri jantung.
Prosedur am tidak dijalankan melalui saluran darah termasuk:
Biopsi jarum - Dengan menggunakan jarum yang pelbagai saiz, Pakar Radiologi berupaya mengambil sampel tisu menerusi kulit tanpa membedah pesakit. Perletakkan jarum dipandukan dengan menggunakan pelbagai teknik penggambaran dari fluoroskopi, ultrasound, tomografi komputer dan juga pengimejan resonans magnetik.
Prosedur penyaliran – Ini dijalankan untuk melegakan halangan ke buah pinggang dan saluran dalam hati serta membuangkan nanah atau cecair berlebihan dalam bahagian badan.
|