Klik Sini Untuk Soalan Sering Tanya IVU
ni biasanya dipanggil sebagai IVU atau IVP. Penyelidikan ini akan dicadangkan untuk pesakit dengan masalah berkaitan dengan sistem kencing. Ujian ini akan menunjukkan ginjal, uterus dan pundi kencing. IVU adalah ujian yang sesuai untuk penyelidikan darah dalam air kencing (hematuria), sakit bahagian kemaluan dan batu ginjal.
Persediaan yang diperlukan bergantung pada situasi. Sekiranya ujian amat diperlukan, persediaan tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, sekiranya ia dibuat secara mengikut waktu yang di tetapkan oleh pihak doktor, pesakit diperlukan untuk berpuasa semalam dan menyediakan usus. Satu agen (ubat) membersihkan usus untuk mengosongkannya akan diberikan pada masa temu janji. Sekiranya pesakit mempunyai sejarah lelah, alahan kepada iodin atau sejarah reaksi kepada media kontras beriodin, ubat atau alahan yang lain, Pakar Radiologi atau juru X-ray perlu diberitahu. Pada masa ujian, pesakit akan baring di atas meja X-ray. Satu X-ray akan diambil sebelum medium kontras disuntik ke dalam urat darah seseorang. Pakar Radiologi akan meletakkan jarum yang kecil atas urat lengan atau tangan. Apabila medium kontras disuntik ke dalam urat darah, seseorang mungkin akan terasa panas. Perasaan akan hilang tidak lama selepas suntikan. X-ray akan diambil dan seterusnya, satu gelang tekanan akan diletakkan pada bahagian abdomen untuk menunjukkan sistem ginjal dengan lebih baik. Ini terasa kurang selesa tetapi tidak akan menjejaskan pernafasan seseorang. Radiograf (X-ray) akan diambil. Apabila gelang penekanan dilepaskan, seseorang perlu mengosongkan pundi kencing dan sebuah lagi x-ray akan diambil. Bukannya semua orang perlukan gelang tekanan untuk abdomen - ini bergantung kepada penggambaran yang diperolehi untuk sistem kencing seseorang itu. Selepas ujian ini, seseorang itu boleh kembali ke aktiviti hariannya dan tiada pantang makanan. Tidak terdapat kesan jangka panjang untuk ujian IVU. |