|
|
|
Lain Modaliti Pengimejan Payudara
|
|
alaupun
mamografi adalah corak pemeriksaan yang terpilih bagi menilai keadaan payudara,
terdapat beberapa teknik lain yang, apabila digunakan, menyokongnya.
|
|
Mamografi Digital |
|

|
 |
|
Kiri
– Mesin Mamografi jenis “biasa”/analog;
Kanan – Mesin Mamografi Digital |
Kaedah ini sebenarnya sama seperti mamografi “biasa”. Mesin mamografi digital
berbeza dari segi detektor yang tidak lagi merupakan filem-skrin yang terdapat
dalam kaset filem. Pemerosesan x-ray yang melalui payudara dibuat oleh detektor
yang sensitif and komputer digunakan untuk menghasilkan gambaran (sama seperti
x-ray mamogram). Mamogram (xray payudara) tersebut adalah dalam bentuk digital
dan distor dalam komputer. Ia boleh dicetak pada filem yang khas kalau perlu dan
imej yang dicetak adalah hampir sama dengan filem mamogram.
Kelebihannya ialah tidak perlunya menunggu untuk filem diproses (2 hingga 3
minit setiap filem) dan tidak memerlukan alat pemerosesan (dengan kimia) yang
khas. Dari kajian terbaru (Diagnostic Performance of Digital vs Film Mammography
for Breast Cancer Screening: N Engl J Med 2005; 353), alat mamografi yang
terkini mungkin berguna terutama sekali dalam saringan wanita yang mempunyai
payudara padat (nisbah kelenjar:lemak yang tinggi).
Tetapi kos mesin mamografi digital masih sangat tinggi, 5-6 kali kos alatan
mamografi “biasa” dan kos “maintenance” setiap tahun just berkali ganda mesin
mamogram biasa. Juru radiografi (juru x-ray) juga perlu mempelajari ciri alatan
ini walaupun posisi untuk payudara adalah sama.
Mamografi digital dan mamografi “biasa” secara
simplistik bolehlah dibandingi perbezaan di antara kamera digital dan kamera
analog. Untuk bertahun-tahun, teknologi kamera digital tidak dapat mencapai
resolusi foto kamera analog! Tetapi sekarang keadaan sudah berubah dan jurufoto
profesional sudah mula menggunakan kamera profesional digital. Pada masa akan
datang, berkemungkinan mesin mamografi digital akan digunakan secara meluasnya.
|
|
Ultrasound Payudara |
|
Ultrasound payudara pada masa ini tidak diterima sebagai cara untuk menyaring
bagi kanser payudara. Ultrasound sebenarnya dapat membantu dalam mengesan
kawasan yang abnormal yang dikesan pada mamogram. Proses ini dapat mengasingkan
sama ada gumpalan pada payudara itu adalah pejal or sistik (berisi cecair), dan
dapat membantu membezakan antara gumpalan payudara yang benigna (jenis bukan
kanser) dan malignan (jenis kanser). Ultrasound memainkan peranan yang penting
dalam diagnosis penyakit payudara terutama sekali di kalangan wanita muda (kurang
35 tahun) dan wanita yang hamil atau sedang menyusu, kerana mengelak radiasi
mengion cukup penting.
Ultrasound juga penting bagi wanita yang mempunyai payudara yang pejal pada
mamogram dan bagi wanita yang telah menjalankan surgeri kosmetik bagi payu dara
mereka.
Ultrasound juga menjadi panduan baik bagi prosedur intervensi payudara seperti
biopsi (mengambil sampel tisu menggunakan jarum).
|
|
Pengimejan Resonans Magnetik (MRI)
Payudara |
|
MRI adalah suatu pemeriksaan khas yang menggunakan
medan magnet demi mendapat imej bahagian badan tertentu. Dalam suatu pemeriksaan
MRI payudara, Pesakit diperlukan berbaring dengan payudaranya terletak dalam
gelang khas. Pemeriksaan ini cukup istimewa dan hanya dijalankan untuk
menyelesaikan masalah tertentu yang tidak jelas pada mamogram dan ultrasound.
MRI berguna bagi pemeriksaan pesakit yang mempunyai payudara padat (nisbah
kelenjar: lemak adalah tinggi) dan mempunyai sejarah keluarga kanser payudara
yang nyata. MRI dengan media kontras juga berguna untuk mereka yang sudah
melalui pembedahan dan radioterapi untuk kanser payudara di mana kanser disyaki
berulang.
|
|
Diafanografi |
Pemeriksaan ini menggunakan sesuatu sumber cahaya khas untuk bersinar melalui
payudara bagi memeriksanya. Walaupun cukup selamat, teknik ini memakan masa dan
memerlukan kepakaran untuk memahami keputusannya. Pemeriksaan ini tidak begitu
peka (50-60% kepekaan) berbanding mamografi (90-95% kepekaan).
|
|
Inframerah dan Termografi Gelombang
Mikro (Digital thermogram) |
Termografi berdasarkan fakta bahawa tisu kanser mengeluarkan lebih haba
berbanding tisu biasa. Termografi Inframerah walau bagaimanapun mempunyai kadar
pengesanan positif sebenar yang rendah dan juga kadar pengesanan negatif benar
yang rendah. Oleh itu kaedah ini tidak baik untuk menyaring bagi kanser payu
dara. Termografi gelombang mikro menggunakan gelombang mikro telah menunjukkan
keputusan yang menggalakkan dalam pengesanan kanser payudara dan mungkin
bernilai sebagai kaedah tambahan kepada mamografi.
Lokasi tumbuhan payudara juga tidak jitu dengan pemeriksaan termografi dan
pemeriksaan seterusnya dengan mamogram/ultrasound masih perlu, seperti juga
keperluan biopsi untuk mengenal pasti sifat tumbuhan itu.
|
|
Spektroskopi Optikal In Vivo (INVOS) |
Kaedah ini menggunakan sumber cahaya seperti dalam kaedah Diafanografi. Cahaya
yang terhasil daripada lesi akan dianalisis oleh sebuah komputer. Pemeriksaan
ini cukup peka dan spesifik. INVOS adalah suatu cara menandai risiko kanser
payudara dan mungkin mempunyai tugas dalam pemilihan pesakit bagi mamografi
tetapi bukan disyorkan untuk pemeriksaan saringan.
|
|
Skan Impedance Elektrik
(Electrical Impedance) |
|
Terdapat beberapa “skan” yang menggunakan prinsip
impedance elektrik (Electrical Impedance) tetapi tiada yang dapat mencapai
pengesanan kanser payudara yang memuaskan untuk digunakan untuk penyaringan
kanser payudara (screening). Sifat elektrik sesuatu tumbuhan di dalam payudara
(ataupun objek lain di badan) adalah diukur daripada permukaan kulit. Kajian
masih dijalankan oleh ahli fizik perubatan untuk menentukan kegunaan alat ini
dalam menolong mengurangkan keperluan biopsi selepas sesuatu ketumbuhan yang
disyaki kanser telah dikesan dengan mamogram dan/ataupun ultrasound.
|
|
|
|
Copyright © 2001-2008 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia
All Rights Reserved
Terms
of Use Last
Updated:
Tuesday, 01 January 2008 |