| |
|
|---|
| Pemeriksaan X-ray Lain Yang Menggunakan Media Kontras |
erdapat beberapa pemeriksaan berasas X-ray lain yang jarang dijalankan akibat pemeriksaan yang baru dan moden. Walau bagaimanapun, pemeriksaan-pemeriksaan ini masih merupakan bahagian asas Radiologi, terutamanya apabila kaedah-kaedah yang baru tidak dapat didapati. Seperti pemeriksaan X-ray yang lain yang menggunakan medium kontras, pesakit yang mempunyai alahan atau lelah patut diberitahu kepada Pakar Radiologi atau juru x ray yang bertugas. Walaupun pemeriksaan ini melibatkan pendedahan kepada radiasi mengion, risikonya adalah minimum apabila mengambil kira kebaikannya kepada pesakit dari segi diagnosis bagi kawalan seterusnya. Pemeriksaan ini akan diterangkan dengan ringkas.
| | Mielografi (myelography) | Ini adalah pemeriksaan X-ray khas yang menunjukkan saraf tunjang dan akar saraf melalui suntikan medium kontras ke dalam kanal saraf tunjang dengan jarum ke dalam bahagian tulang belakang pesakit. Medium kontras akan membuat garis kasar pada saraf tunjang dan akar saraf. Pemeriksaan ini biasanya digunakan untuk menilai sebab punca sakit tulang belakang, siatika atau masalah saraf yang lain. Pemeriksaan ini kini diganti MRI. Walau bagaimanapun, untuk pesakit yang tidak boleh menjalankan pemeriksaan MRI , maka mielografi diikuti skan CT mungkin adalah pemeriksaan pilihan.
Pesakit perlu memberitahu Pakar Radiologi yang bertugas sekiranya dia mengambil ubat anti-epileptik. Pemeriksaan adalah dibuat dengan membersihkan satu bahagian kulit permukaan tulang belakang diikuti oleh ubat bius tempatan yang akan disuntik. Kemudian, sebilah jarum halus akan digunakan untuk menyuntik medium kontras ke dalam kanal saraf tunjang dan seterusnya, jarum itu di keluarkan. Selepas ini, gambaran menggunakan X-ray akan diambil. Meja di mana pesakit berbaring di atas mungkin perlu ditundukkan ke bawah atau ke atas sementara Pakar Radiologi mengambil gambaran X-ray/fluoroskopi. Dalam kebanyakan kes, mielografi akan diikuti oleh pemeriksaan CT. Selepas pemeriksaan, pesakit perlu berehat dalam katil dengan kepalanya dinaikkan. Cecair yang banyak digalakkan dan pesakit boleh makan seperti biasa dan rehat untuk 4 ke 6 jam biasanya dinasihati. Kesan sambilan yang biasa daripada pemeriksaan adalah rasa pening kepala dengan sedikit perasaan tidak seimbang, yang biasanya boleh diubati dengan Paracetamol atau aspirin. | | Kolangiografi | Pemeriksaan X-ray ini terdiri daripada beberapa pemeriksaan yang berlainan untuk menunjukkan duktus hempedu dalam hati dan kadangkala pundi hempedu. Pemeriksaan ini dijalankan untuk mencari punca jaundis dalam seorang pesakit. Terdapat beberapa kaedah untuk menjalankan prosedur ini. Persediaan untuk semua jenis pemeriksaan yang berlainan adalah berbeza dan Pakar Radiologi serta doktor yang bertugas akan menentukan jenis pemeriksaan yang paling sesuai untuk pesakit. Pemeriksaan ini akan dibuat dengan “menebuk” jarum terus ke dalam hati dan suntikan medium kontras ke dalam duktus hempedu (dipanggil kolangiografi perkutaneus transhepatik), menyuntikkan medium kontras melalui tiub yang diletak pada masa pembedahan (dipanggil tiub-T kolangiografi) atau mengikuti pergerakan endoskop bawah ke dalam esofagus dan perut (endoskop) dan menyuntikkan medium kontras ke dalam duktus hempedu (dipanggil kolangiopankreatografi retrogred endoskopi)
| | Sinografi | Pemeriksaan X-ray ini dijalankan untuk menunjukkan tempat dan laluan sebarang lelehan luar biasa pada permukaan kulit. Ini dibuat dengan meletakkan tiub yang halus ke dalam pembukaan lelehan keluar (dipanggil sinus) diikuti dengan suntikan medium kontras. Gambaran diambil oleh X-ray. Dalam kes-kes tertentu, Pakar Radiologi yang bertugas akan bercadang untuk menjalankan skan CT demi melihat laluannya ke dalam tubuh badan dengan lebih jelas. | | Dakriosistografi | Pemeriksaan ini berguna untuk menunjukkan sekatan duktus, yang biasanya mengeluarkan air mata dari mata, yang mungkin akan menyebabkan air mata berlebihan dalam pesakit. Untuk membuat ini, satu kateter halus atau jarum diletakkan ke dalam duktus air mata yang berkedudukan dalam bahagian dalam litupan mata dan medium kontras akan disuntik. Gambaran X-ray akan diambil kemudiannya.
| | Sialografi | Pemeriksaan ini adalah untuk menunjukkan duktus dalam kelenjar air liur demi menunjukkan kehadiran batu karang, penyempitan akibat penyakit yang lain yang mungkin adalah punca kelenjar air liur berkembang dan terasa sakit. Tiub atau jarum yang halus dimasukkan ke dalam pembukaan duktus air liur yang terletak dalam mulut dan medium kontras disuntik ke dalam. Gambaran X-ray diambil kemudiannya. Kadangkala, pemeriksaan ini diikuti oleh skan CT . Kemungkinan terdapat ketidakselesaan dalam kelenjar air liur apabila medium kontras disuntik ke dalam duktus. Medium kontras mungkin juga mempunyai rasa yang kurang sedap.
|
|
|
Copyright © 2001-2011 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia All Rights Reserved Terms of Use Last Updated: Monday, 21 February 2011 |
|