| |
|
|---|
| Tomografi Pancaran Positron (PET) secara ringkas |

| Seorang pesakit dialih tempat ke katil mesin PET | 
| Skan PET 18-FDG yang menunjukkan kanser kelenjar pankrias (gambar ini adalah dengan ihsan Dr Nat Lenzo, Servis PET Australia Barat). Lazimnya, organ ginjal dan pundi kencing, tiroid, usus, sumsum tulang, jantung dan hepar akan mengumpul radionuklid juga |
engimbas PET menghasilkan imej dengan menggunakan komputer untuk membina semula imej berdasarkan maklumat yang diperoleh. Dari segi ini, PET sama dengan skanner (pengimbas) CT dan MRI. Kesamaannya, walau bagaimanapun berhenti di sini. Skan PET dikelaskan sebagai skan perubatan nuklear.
Pengimbas PET direka untuk mengambil kesempatan pancaran serentak 2 foton pemusnah apabila sesuatu positron mencapai tahap kuasa kosong. Proses ini juga dikenali sebagai pereputan positron. Bahan radioaktif yang boleh mengeluarkan positron termasuk isotop karbon, oksigen, nitrogen dan florin. Ini semua adalah isotop elemen yang penting dalam sistem biologi. Oleh itu, PET membolehkan kajian ke atas kompaun ini di dalam badan kita. PET FDG adalah Tomografi Pancaran Positron menggunakan florin-18 flurodeoksiglukos sebagai bahan pengimejan (kompaun pengesan). Radionuklid memancar positron mempunyai hayat separuh (half life) yang singkat. Oleh itu, untuk sesebuah pusat membekalkan perkhidmatan PET, pusat itu patut dibekalkan dengan sebuah alat siklotron (Pemecut Partikel - cyclotron), ahli fizik nuklear, pakar komputer, juru radiofarmasi, pakar isotop dan doktor. Jika sebuah pusat tidak mempunyai sebuah siklotron, radionuklid ini perlu di hantar ke pusat tersebut.
Dalam tahun kebelakangan ini, PET sedang melalui pembaharuan yang menakjubkan. Di mana-mana dalam badan yang melalui perubahan biokimia boleh diperhatikan melalui PET. PET sangat berguna dalam penyakit neurologi/saraf, terutamanya di otak (penyakit serebrovaskular, epilepsi, dan tumor serebrum). PET juga penting dalam kajian dan kemajuan ubat termasuk untuk mengesan dan mencari tumour serta setakat mana tumour tersebut merebak di dalam badan. PET telah dibuktikan berguna terutamanya untuk pengimejan limfoma serta kanser paru-paru “non-small cell”.
Pada masa kini, pengimbas PET dipasangkan dengan pengimbas CT (multislice) untuk memastikan pengimejan anatomi dalam CT dipasangkan dengan maklumat fungsi asas dari skan PET . Ini telah meningkatkan mutu maklumat yang dibekalkan oleh skan PET biasa.
NOTA: PET = Positron Emission Tomography/ Tomografi Pancaran Positron FDG = Florin-18 flurodeoksiglukos |
|
|
Copyright © 2001-2011 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia All Rights Reserved Terms of Use Last Updated: Monday, 21 February 2011 |
|