|
| |
|
|---|
Apakah Onkologi Klinikal? (Pernah dikenali sebagai Radioterapi dan Onkologi) | Definisi Onkologi Klinikal Pakar Onkologi Klinikal adalah pakar perubatan yang mahir dalam pelbagai bidang rawatan tanpa pembedahan bagi kanser menggunakan radioterapi, kemoterapi, terapi hormon, isotop radioaktif dan lain kaedah khas untuk merawat pesakit kanser. Tambahan merawat pesakit yang akhirnya mengatasi penyakit mereka, Pakar Onkologi Klinikal biasanya adalah satu-satunya doktor bersama dengan doktor keluarga yang mengurus seorang pesakit semasa seluruh tempoh kansernya. (Punca: The Royal College of Radiologists, 2000) | | Peranan Pakar Onkologi Klinikal | Pelbagai disiplin terlibat dalam mengelak, perjumpaan awal, penjagaan dan rawatan pesakit kanser. Setelah seseorang dikenal pasti mengidap kanser, rawatan perlu diberi secepat mungkin. Negara kita memerlukan lebih ramai pakar dalam bidang ini terutama sekali Pakar Onkologi Klinikal. Pakar Onkologi Klinikal mempunyai tugas yang penting dalam meningkatkan mutu penjagaan pesakit kanser kerana kebanyakan pesakit kanser memerlukan radioterapi atau/dan kemoterapi pada sesuatu tahap tertentu penyakit mereka. Ini sesuatu yang sangat mencabar tetapi sungguh memuaskan. Bukan sahaja mengubati semakin ramai pesakit kanser malah meningkatkan keselesaan pesakit turut penting. | | Apakah yang terlibat dalam rawatan kanser? | Pesakit kanser boleh dirawat dengan mana-mana yang berikut atau kombinasi rawatan ini:
Bagi direktori perkhidmatan kanser di Malaysia, klik sini. Kemoterapi biasa diberikan di pusat onkologi dan hospital besar, hospital daerah dan pusat perubatan swasta. Penyakit kanser darah (Hematologi) dewasa dirawati di hospital besar oleh Pakar Hematologi dan doktor dengan minat dan pengetahuan dalam isu penyakit darah.
Rawatan onkologi pediatrik (yang juga termasuk pengurusan tumor yang pejal serta penyakit kanser darah) disediakan di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur. Rawatan seterusnya atau rawatan menjaga diberi di pelbagai hospital besar di negara kita. Terutama sekali oleh pakar pediatrik yang minat dalam bidang onkologi pediatrik.
Apabila sesuai, Klinik untuk pelbagai kanser di aturkan bersama pakar perubatan lain seperti bersama pakar bedah dan pakar sakit perempuan. Kerjasama rapat antara pakar bedah, pakar onkologi, pakar radiologi, pakar patologi dan pelbagai kepakaran lain juga menggalak kemajuan polisi pengurusan yang rapi.
Usaha untuk membaiki servis penjagaan mereka yang uzur di seluruh negara sedang dijalankan oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan.
Bagi direktori perkhidmatan pakar darah (hematologi), pakar patologi dan penjagaan mereka yang uzur, sila tekan sini Sementara usaha untuk memperbaiki serta meningkat mutu mesin serta perkhidmatan yang ditawarkan dalam rawatan kanser, isu utama yang perlu diambil berat adalah melatih lebih pakar onkologi serta kaki tangan (pakar fizik perubatan, juru radiografi terapi, ahli farmasi yang terlatih dalam bidang onkologi dan jururawat onkologi).
Bilangan pakar mesti ditingkatkan demi mengendalikan beban kes kanser di negara kita. Negara kita hanya mempunyai 36 pakar onkologi klinikal(bilangan tahun 2004) yang telah menjalani latihan dalam bidang radioterapi, kemoterapi dan terapi hormon. Ramai pakar onkologi , jururawat onkologi, pakar fizik perubatan, juru radiografi terapi dan lain kaki tangan sokongan diperlukan.
Sila tekan sini untuk senarai pusat perubatan dengan pakar onkologi klinikal. |
Copyright © 2001-2013 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia All Rights Reserved Terms of Use Last Updated: Tuesday, 04 January 2005 |
|