| |
|
|---|
Radioterapi dan Onkologi Klinikal di Malaysia – Bagaimana ini semua bermula... Oleh Dr Gerard Lim Chin Chye, MBBS, FRCR, Jabatan Radiotherapi dan Onkologi, Hospital Kuala Lumpur, Malaysia - Dis 2004 | Dengan penghargaan kepada yang berikut bagi sumbangan mereka: Professor Dato’ Dr Tahir Azhar, Dato’ Dr S K Dharmalingam, Mr T Yogaratnam, Mr Khoo Boo Hock, Dr Beena Devi, Dr D Jayendran, Dr B M Biswal, Dr Perdamen Singh, Prof Dr Ismail Saad, Dr Fuad Ismail, Dr Anita Zarina Bustam, Dr Albert Lim Kok Hooi, Dr Mohd Roslan Haron, Mr Lee Kok San, Mr Mahfuz Mohd Yusop, Dr Richard Lim Boon Leong, Dr Ednin HamzahNota: Artikel ini telah menerima kebenaran dari Biomedical Imaging and Intervention Journal, Biomed Imaging Interv J 2006; 2(1):e18, doi: 10.2349/biij.2.1.e18, http://www.biij.org/2006/1/e18/default.asp untuk diubahsuai untuk publikasi di Radiology Malaysia.
Kanser adalah suatu masalah kesihatan yang semakin meningkat di Malaysia. Berikutnya keterangan mengenai pembangunan onkologi klinikal yang dahulunya dikenali sebagai radioterapi dan onkologi. | | Radioterapi dan Onkologi di Universiti | Unit akademik telah bermula di Hospital Universiti Kuala Lumpur (sekarang dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Malaya) dalam tahun 1997, dengan peralatan canggih seperti pemecut linear kolimator multi, radioterapi stereotaktik, brakiterapi jarak jauh kadar dos tinggi (HDR) dan kadar dos rendah dan Simulasi Maya (Virtual Stimulation). Pakar Onkologi termasuk Dr Ibrahim Wahid, Dr Matin Mellor Abdullah; Ahli Fizik pula Cik Nicky Whylde, Mr Khoo Boo Huat, Ms Prema Rassiah dan juru radiografi terapi adalah Encik T. Yogaratnam.
Universiti-universiti lain yang mempunyai bahagian radioterapi dan onkologi adalah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan.
Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi Universiti Sains Malaysia, kampus Kubang Kerian telah bermula servis radioterapi yang pertama di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bahagian Radioterapi dan Onkologi ditambah kepada Jabatan Perubatan Nuklear pada bulan Disember 1995. Servis Radioterapi dan Onkologi telah pertama dijalankan dengan bimbingan Profesor Mustafa Embong (dekan sekolah perubatan pada masa itu) dengan kerjasama Profesor Madya Ahmad Zakaria (Fizik Perubatan). Kementerian Kesihatan telah menghantar seorang Pakar Onkologi Klinikal, Dr Jayendran Dharmaratnam, dan dua juru radiografi terapi, Cik Elisha Shaari dan Encik Khorlid Hassan, ke Kementerian Pendidikan bagi tujuan ini. Pada tahun 1999, perkhidmatan brakiterapi dos kadar tinggi mula beroperasi dengan kerjasama IAEA dan sekarang jabatan ini merupakan salah satu jabatan yang memberi perkhidmatan Brakiterapi HDR di Malaysia. Kemudiannya teknik radioterapi terbaru seperti radioterapi conformal 3 dimensi dan perkhidmatan radiosurgeri X-pisau telah ditambahkan pada 20016.
| | Radioterapi dan Onkologi di Pulau Pinang | Servis di Pulau Pinang telah meningkat gred pada tahun 1996 dengan kehadiran Dr D. Jayendran, seorang Pakar Onkologi Klinikal dari Kementerian Kesihatan yang telah bersukarela untuk servis ini. Kemoterapi dan penjagaan paliatif telah diberi di Pulau Pinang Hospital sementara radioterapi dirancang dan diberi kepada pesakit kerajaan di Hospital Mount Miriam pada permulaannya dan kemudian juga diberi di Pusat Perubatan Pantai Mutiara. Klinik Onkologi juga dijalankan di Alor Setar, Seberang Perai dan Taiping.
| | Pandangan Umum Perkhidmatan Radioterapi di Malaysia | Setakat 2004, terdapat 20 pusat bagi Radioterapi dan Onkologi di Malaysia yang terdiri daripada 5 pusat kerajaan dan 15 pusat swasta. Terdapat 25 pemecut linear, 7 mesin Kobalt-60 teleterapi, 15 unit Brakiterapi, 11 simulator dan 4 unit simulasi CT.

| Model Pemecut Linear |
Peningkatan mutu peralatan radioterapi pada tahun 2000 dijalankan pada kos RM10 juta, dengan pemasangan pemecut linear, simulator dan perancang rawatan berkomputer. Pemecut linear telah dilengkapkan dengan kolimator multileaf dan menjalankan Radioterapi Kekuatan Bermodulasi.
Empat puluh satu hospital Kementerian Kesihatan menawarkan kemoterapi selain universiti dan sektor swasta. Kemoterapi konvensional diberi di banyak Hospital Besar, hospital daerah dan pusat swasta. Kemoterapi berdos tinggi dengan sumsum tulang dijalankan di Hospital Universiti Kuala Lumpur sejak 1989 dan di Hospital Kuala Lumpur sejak 1994.
Demi mengurangkan beban kepada pusat perubatan kerajaan, pihak kerajaan telah membeli perkhidmatan radioterapi swasta dari Hospital Mount Miriam, Pusat Perubatan Pantai Mutiara, Pusat Perubatan Mahkota, Pusat Perubatan Pantai Ayer Keroh, Institut Kanser Nilai dan Pusat Onkologi Gleneagles.
Pembinaan Pusat Onkologi Kementerian Kesihatan di Jabatan Radioterapi dan Onkologi in Hospital Pandan, Johor telah berlangsung. Kos pembinaan mencecah RM558 juta, dengan Sistem Maklumat Hospital Penuh, 2 pemecut linear, satu unit CT, teater pembedahan dan lain perkhidmatan sokongan. | | Beban Barah | Semasa iktibar Daftar Kanser Kebangsaan mula-mulanya dilaporkan dalam surat khabar The Star pada 7 April, 1978, Laporan Pertama Daftar Kanser Kebangsaan dicapai pada 4 Julai, 2003. Pada pertama kalinya, beban kanser yang sebenarnya di Malaysia dianggarkan dengan lebih tepat. Sejumlah 26,098 kanser dikenal pasti di kalangan semua penduduk dalam Semenanjung Malaysia dalam tahun 2002. Anggaran untuk Sabah dan Sarawak adalah masing-masing 1748 dan 2002. Risiko kumulatif warganegara Malaysia mendapat kanser dalam hidupnya adalah 1 dalam 5. Apabila semua kes-kes yang tidak dilaporkan dipertimbangkan, risiko kumulatif hidup adalah 1 dalam 47. Sejak itu, Laporan Kedua Daftar Kanser Kebangsaan telah dikeluarkan pada Disember 2004.
Daftar Kanser Pulau Pinang dalam laporan lima tahunnya dari 1994-1998 telah menunjukkan bahawa 53.1% daripada barah telah dalam peringkat terakhir, iaitu Peringkat III atau Peringkat IV. Statistik ini telah dikeluarkan pada 15 Disember 20038.
| | Menangani Beban Kanser | Peranan kesihatan awam tidak boleh dianggarkan terlalu rendah. Ini termasuk kesedaran awam, pendidikan,menyaring dan pengesanan penyakit ini pada peringkat awal, selain pemulihan dan penjagaan paliatif. Jabatan Kesihatan telah melancarkan kempennya menentang kanser sebagai sebahagian daripada langkah ‘Cara Hidup Yang Sihat’ kepada pencegahan dan kawalan sebahagian besar masalah kesihatan awam dalam 19959.
Mengurangkan perkadaran kanser tahap lewat dapat meningkatkan peluang penyakit disembuh ataupun meningkatkan pemulihan jangka panjang. Di Sarawak, tempat di mana 70% daripada tiga jenis kanser utama (nasofarinks, payudara dan serviks) yang selalunya dikesan pada peringkat lewat, usaha-usaha telah dilakukan bagi pengesanan awal. Mereka yang terlibat dalam penjagaan kesihatan seperti pembantu perubatan dan jururawat yang telah dilatih tentang kaedah-kaedah mengesan tanda-tanda awal dan gejala penyakit barah nasofarinks, payudara dan serviks.
Walaupun kempen kesedaran dan ceramah awam telah diadakan, latihan bagi penyaringan kanser tidak cukup meluas. Kajian Kesihatan Dan Morbiditi Kebangsaan yang kedua11 mendedahkan bahawa jumlah kelaziman smer PAP hanya 26%. Jumlah kelaziman untuk pemeriksaan sendiri payudara adalah 46.8%10. Kadar penyaringan melalui pemeriksaan sendiri payudara ialah 34.1%, dan pemeriksaan oleh pekerja kesihatan hanyalah 31.1%. Mamografi hanya dilakukan oleh 3.8% daripada golongan wanita. Pendidikan program kesihatan perlu ditujukan kepada kumpulan sasaran tertentu yang dapat manfaat daripada penyaringan, termasuk wanita dalam golongan umur tua. >>> Penjagaan Paliatif | | Bibliografi | - A A Tajuddin, D A Bradley (eds). Centennial of the X-ray. An Account of Developments in Radiological Physics and Radiology in Malaya and Malaysia. Penang. Malaysian Institute of Physics. 1995.
- Dato’ Dr S K Dharmalingam. Personal Communication.
- Khoo Boo Huat. Personal communication.
- Lee Kok Sun. Personal communication.
- Beena Devi. Personal communication.
- Biswa Mohan Biswal. Personal communication.
- Lim G C C, Halimah Yahaya, Lim T O (Eds). The First Report of the National Cancer Registry. Cancer Incidence in Malaysia 2002. National Cancer Registry. Kuala Lumpur. Excellence In-Tech Sdn Bhd, 2003. (also available on-line: http://www.acrm.org.my/ncr/)
- Zarihah M Z, Mohd Yusoff H, Devaraj T, et al. Penang Cancer Registry Report 1994-1998. Penang. Penang Cancer Registry. 2003.
- Maju Tanpa Kanser. Berita MMA.1995;Vol 25:1 (col 1-3), 5 (col 3).
- Tang TS, Devi B. Early cancer surveillance programme in Sarawak. Proceedings of the 13th Asia Pacific Cancer Conference. Penang. 1996; 620.
- Narimah A, Rugayah B, Tahir A, Maimunah A H. Cervical Cancer Screening. Pap smear examination. In: Public Health Institute, Ministry of Health of Malaysia. National Health and Morbidity Survey 1996. Kuala Lumpur: Ministry of Health, 1999; 19:16.
- Research in K.L. on oral cancer. Govt. all-out to recruit specialists. The Malay Mail. Tuesday. October 5, 1971.
- Proceedings of the IAEA Regional Training Course. Brachytherapy of the Uterine Cancer Using Manual and Remote After-loading Techniques. International Atomic Energy Agency. 1988.
- Medicine in Malaysia: Radiotherapy and Oncology. A K H Lim. Med J Malaysia. 50 (Suppl A):S39-41. 1995.
|
| |
Copyright © 2001-2012, College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia All Rights Reserved Terms of Use Last Updated: Thursday, 08 March 2012 |
|