GENERAL INFORMATION
Ø News
Ø
General Health Info
Ø Radiology & Oncology
Ø
Breast Health Info Centre
Ø Palliative Care & Cancer Support
Ø The College Of Radiology
Ø
Directories

Our patient briefings explain a variety of diagnostic procedures and treatments, how patients should prepare for them, and what patients can expect to experience during and after the procedure. These briefings are provided as a service to help patients address their medical care with less anxiety and greater comfort.

PILIHAN BAHASA MALAYSIA
Ø Ke Seksyen BM
Ø
Pusat Sumber Kanser Payudara

Click Here! With the introduction of the new Agfa film/screen system for mammography, we have taken mammography another major step forward. This new milestone in mammography incorporates a century of experience in imaging technology, offering an image with high contrast and high definition for outstanding visualization of details throughout the breast.

MEDICAL & RADIOLOGY PROFESSIONALS
Ø Click here, if you are a medical or radiology professional

TALKBACK (Q&A)
Ø Radiology Malaysia Forum
Ø
Having Problems using this website?
Ø Q & A Archive
Ø Send Your Feedback

MEMBERS' CORNER

Restricted Zone
Ø Register for Access
Ø Members' Homepage
Ø JobSearch
Ø Suara Radiologi/College Newsletter


Interested in sponsoring this section? Please click here for more info

You may also place advertisements throughout the Radiology Malaysia web site. For more information on how you may do this, please click here!

 

Media Centre

Information about the College of Radiology and its activities for the Media and Press.
Please Click Here!
 

This web site is best viewed at 1024 x 768 resolution using:

Windows Internet Explorer 7

OR



You should also set your display to show 16M colours for better colour reproduction.




For a complete Web Experience!


Whilst every effort is taken to ensure that information and other content on this site is as true and accurate as possible, there may be instances where errors may occur. In such an event, we should be grateful if you could notify us so that we can set the situation right.

We also take similar efforts to ensure that we do not infringe the rights of Copyright owners. Should you feel that we have committed a breach of copyright, please notify us so that we may arrange for the immediate removal of the material from this site.
 

 

Anti-Virus Info

 

Locations of visitors to this page

 

Radioterapi dan Onkologi Klinikal di Malaysia – Bagaimana ini semua bermula...
Oleh Dr Gerard Lim Chin Chye, MBBS, FRCR, Jabatan Radiotherapi dan Onkologi, Hospital Kuala Lumpur, Malaysia  - Dis 2004
Dengan penghargaan kepada yang berikut bagi sumbangan mereka:
Professor Dato’ Dr Tahir Azhar, Dato’ Dr S K Dharmalingam, Mr T Yogaratnam, Mr Khoo Boo Hock, Dr Beena Devi, Dr D Jayendran, Dr B M Biswal, Dr Perdamen Singh, Prof Dr Ismail Saad, Dr Fuad Ismail, Dr Anita Zarina Bustam, Dr Albert Lim Kok Hooi, Dr Mohd Roslan Haron, Mr Lee Kok San, Mr Mahfuz Mohd Yusop, Dr Richard Lim Boon Leong, Dr Ednin Hamzah

Nota: Artikel ini telah menerima kebenaran dari Biomedical Imaging and Intervention Journal, Biomed Imaging Interv J 2006; 2(1):e18, doi: 10.2349/biij.2.1.e18, http://www.biij.org/2006/1/e18/default.asp untuk diubahsuai untuk publikasi di Radiology Malaysia.

Kanser adalah suatu masalah kesihatan yang semakin meningkat di Malaysia. Berikutnya keterangan mengenai pembangunan onkologi klinikal yang dahulunya dikenali sebagai radioterapi dan onkologi.
 

Penjagaan Paliatif 


Usaha membaiki perkhidmatan penjagaan paliatif di seluruh negara sedang dijalankan secara aktif oleh pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan.

Penjagaan paliatif telah dikenalkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada tahun 1991, oleh Jabatan Kesihatan di Sabah pada tahun 1995. Pada tahun 2000, Polisi Kebangsaan telah dilancarkan. Penjagaan paliatif masih dikendalikan oleh NGO kebanyakannya. Kebanyakan program latihan dalam penjagaan paliatif masih dijalankan oleh NGO. Pihak NGO masih terus bekerja rapat dengan Unit Penjagaan Paliatif di mana-mana mereka mungkin berbuat demikian. Penubuhan Rumah Hospis di Pulau Pinang dapat meninggikan lagi nilai penjagaan paliatif di Pulau Pinang. Penjagaan di rumah oleh sesetengah Hospital Besar kerajaan dapat memastikan kesinambungan penjagaan bagi pesakit yang menghidap penyakit yang boleh membawa maut selepas mereka keluar dari hospital. Contohnya, di Hospital Kuala Lumpur, penjagaan di rumah bermula pada 1995 untuk pesakit yang tinggal jarak tidak lebih dari 10km dari hospital.

Di Malaysia Timur, program-program penjagaan paliatif telah bermula dengan unit-unit penjagaan paliatif termasuk penjagaan di rumah sebagai sebahagian daripada perkhidmatan berasaskan komuniti. Program-program khas termasuk latihan khusus untuk doktor, jururawat, pembantu perubatan dan sukarelawan umum dalam penjagaan paliatif bagi pesakit kanser. Unit penjagaan paliatif telah disediakan di beberapa hospital kerajaan contohnya di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu dalam tahun 1995 dan telah menjalankan latihan bagi kakitangan Kementerian Kesihatan.

Sekarang terdapat 11 Unit Penjagaan Paliatif dan 48 Kumpulan Penjagaan Paliatif di pelbagai hospital di Jabatan Kesihatan dan 17 badan Hospis (NGO) di bawah naungan suatu organisasi payung yang dikenali sebagai Majlis Hospis Kebangsaan yang telah ditubuhkan pada Jun 1998.

Unit penjagaan paliatif Hospital Selayang telah bermula pada bulan Disember 2002, sebagai sebahagian daripada polisi Jabatan Kesihatan untuk menyokong perkhidmatan penjagaan paliatif di semua hospital kerajaan di seluruh Malaysia. Memandangkan Hospital Kuala Lumpur kebanyakannya sesak dan tiadanya ruang untuk pembinaan wad baru, mereka telah memutus untuk memulakan unit penjagaan paliatif dan servis di Hospital Selayang yang juga merupakan pusat regional bagi pengendalian kesakitan.

Badan bukan kerajaan (NGO) aktif dalam pelbagai aspek kebajikan kanser, seperti kesedaran kanser, perkhidmatan kaunseling kanser, kumpulan sokongan pesakit kanser, perkhidmatan kebajikan, mengaturkan simposium tempatan dan antarabangsa serta membekalkan perkhidmatan terapeutik.

 

Latihan


Latihan merupakan sebahagian asas sebarang program kanser. Bilangan pakar dalam rawatan kanser dan perkhidmatan yang wujud perlu dipertingkatkan demi mengendalikan kerja yang semakin tambah. Terdapat 39 pakar onkologi klinikal di Malaysia dan 21 daripada jumlah ini bekerja di sektor swasta. Ahli fizik perubatan berbilang 26, manakala terdapat 104 juru radiografi terapi, 2 juru teknologi perubatan dan 45 jururawat yang telah melalui latihan onkologi tambahan.

Pada 1971, adalah dilaporkan bahawa terdapat lebih kurang 30 pakar radioterapi dan radiologi di Semenanjung Malaysia, dan Kementerian Kesihatan bertungkus-lumus pada masa itu untuk meningkatkan bilangan pakar ini. Satu tindakan serta-merta adalah merekrut dari Pakistan dan Mesir, manakala tindakan jangka masa panjang adalah menghantar lebih ramai rakyat Malaysia ke luar negara untuk latihan12.

Sebuah Sekolah Radiografi telah dimulakan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 1963. Dato’ Dr Dharmalingam mencadangkan pendirian Sekolah Radioterapi ini di Hospital Besar Kuala Lumpur. Dengan Encik A R Hutchinson sebagai penasihat Radioterapi, lima penuntut radiografi radioterapi memulakan latihan mereka pada 19691.

Kursus pasca asas kejururawatan onkologi dimulakan di Sekolah Jururawat di Kuala Lumpur pada 1 Oktober, 1996.

Mesyuarat Sains Persatuan Pakar Radiologi ASEAN yang pertama diadakan pada 30 Oktober 1980 ke 1 November 1980 di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya. Penceramah-penceramah yang diundangkan termasuk Profesor J G Bloom dari Hospital Royal Marsden, London.

Agensi Kuasa Atomik Antarabangsa (IAEA) telah mengaturkan Kursus Brakiterapi IAEA bagi kanser uterus menggunakan teknik Manual dan beban-hilir kawalan jauh di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) dan Hospital Besar Kuala Lumpur dari 6 hingga 26 Oktober 1986. Kursus ini diaturkan dengan kerjasama Kerajaan Malaysia dan UKM, dengan usaha sama Hospital Besar Kuala Lumpur dan unit Tenaga Nuklear dalam Jabatan Perdana Menteri. Jawatankuasa penganjur diketuai oleh Profesor Ismail Saad, disokong oleh Dr Perdamen Singh, manakala setiausaha adalah Dr Md Tahir Azhar, penolong Setiausaha Dr Albert Lim, dan jawatankuasa teknikal dan sains termasuk Encik Wong Jin Tin dan Encik T Yogaratnam. Pensyarah termasuk Mr Hirohiko Tsujii, Dr S Ganesan dan Dr M K Tan. Peserta terdiri daripada 23 wakil dari 10 negara dan seorang wakil dari Timur Tengah. Alat Ralstron B 20 (Shimadzu) telah diderma oleh kerajaan Jepun dan dialirkan melalui IAEA ke Malaysia, menjadi komponen asas kepada latihan/kursus13 ini dan menjadi mesin Brakiterapi beban-hilir kawalan jauh yang pertama yang dipasangkan di Malaysia.

Mesyuarat kanser regional yang Malaysia telah mengambil bahagian termasuk Kongres Radiologi Asian Oceania (Jun 1995) dan Kongres Kanser Asia Pasifik (Oktober 1996)14.

Kursus pertama Brakiterapi Malaysia /IAEA telah dianjurkan bersama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dari 24-27 Februari 2004, dengan kerjasama Institut Teknologi Nuklear Malaysia (MINT). Pakar luar negara bagi kursus ini adalah Profesor Subir Nag. Penglibatan serta kerjasama antara kerajaan, universiti dan sektor swasta sungguh menakjubkan di sepanjang kursus ini yang telah disertai oleh 93 peserta.

Latihan Onkologi Tempatan Bermula Pada 2002

Latihan pasca graduan dalam bidang radioterapi dan onkologi secara tradisi dijalankan di United Kingdom / Ireland tetapi kerajaan Malaysia telah menghantar dua pelatih ke Hong Kong bagi kali pertama pada 2002. ini adalah kerana pelatih kami menempuh pelbagai masalah semasa menjalankan latihan pasca graduan di United Kingdom. Sarjana tempatan dalam Onkologi Klinikal telah dimulakan di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada November 2002, dengan sokongan kuat dari Kementerian Kesihatan. Ujian profesional telah dijalankan pada November 2003, dengan Profesor Michael Barton dan Profesor Dato Dr Tahir Azhar sebagai pemeriksa luaran dari Sydney dan Universiti Antarabangsa Islam masing-masing. Pemeriksa luaran ini memberi laporan yang merangsang mengenai mutu dan pengendalian pemeriksaan.

Seperti yang terbukti dalam penerbitan laporan pertama dan kedua Daftar Kanser Malaysia, bilangan pakar klinikal onkologi mesti mencapai jumlah yang lebih tinggi daripada sekarang. Kedua-dua latihan di luar negara dan kursus pasca graduan bagi onkologi klinikal disokong oleh pihak kerajaan demi melatih lebih ramai pakar onkologi klinikal dengan secepat mungkin.

 

Konklusi


Banyak yang telah dicapai dalam Onkologi pada 40 tahun yang lalu. Rawatan kanser yang baik dan komprehensif memang hak semua orang. Perkhidmatan penjagaan kanser mesti senang diperoleh dan mampu oleh orang ramai bagi seluruh sistem kesihatan, dari penjagaan asas ke pusat perubatan yang lebih tinggi.

<<< ke Laman Utama
 

Bibliografi
  1. A A Tajuddin, D A Bradley (eds). Centennial of the X-ray. An Account of Developments in Radiological Physics and Radiology in Malaya and Malaysia. Penang. Malaysian Institute of Physics. 1995.
  2. Dato’ Dr S K Dharmalingam. Personal Communication.
  3. Khoo Boo Huat. Personal communication.
  4. Lee Kok Sun. Personal communication.
  5. Beena Devi. Personal communication.
  6. Biswa Mohan Biswal. Personal communication.
  7. Lim G C C, Halimah Yahaya, Lim T O (Eds). The First Report of the National Cancer Registry. Cancer Incidence in Malaysia 2002. National Cancer Registry. Kuala Lumpur. Excellence In-Tech Sdn Bhd, 2003. (also available on-line: http://www.acrm.org.my/ncr/)
  8. Zarihah M Z, Mohd Yusoff H, Devaraj T, et al. Penang Cancer Registry Report 1994-1998. Penang. Penang Cancer Registry. 2003.
  9. Maju Tanpa Kanser. Berita MMA.1995;Vol 25:1 (col 1-3), 5 (col 3).
  10. Tang TS, Devi B. Early cancer surveillance programme in Sarawak. Proceedings of the 13th Asia Pacific Cancer Conference. Penang. 1996; 620.
  11. Narimah A, Rugayah B, Tahir A, Maimunah A H. Cervical Cancer Screening. Pap smear examination. In: Public Health Institute, Ministry of Health of Malaysia. National Health and Morbidity Survey 1996. Kuala Lumpur: Ministry of Health, 1999; 19:16.
  12. Research in K.L. on oral cancer. Govt. all-out to recruit specialists. The Malay Mail. Tuesday. October 5, 1971.
  13. Proceedings of the IAEA Regional Training Course. Brachytherapy of the Uterine Cancer Using Manual and Remote After-loading Techniques. International Atomic Energy Agency. 1988.
  14. Medicine in Malaysia: Radiotherapy and Oncology. A K H Lim. Med J Malaysia. 50 (Suppl A):S39-41. 1995.
     

 


Copyright © 2001-2008 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia
All Rights Reserved

Terms of Use

Last Updated:
Tuesday, 01 January 2008