| |
|
|---|
Sehari Dalam Kehidupan Pakar Onkologi Radiasi di Adelaide, Australia Oleh Dr Martin Borg MD FRANZCR | Dr Martin Borg adalah seorang Pakar Senior Onkologi Radiasi di Royal Adelaide Hospital. Beliau juga adalah Setiausaha Fakulti Onkologi Radiasi, Kolej DiRaja Radiologi Australia dan New Zealand.
Pembaca diingatkan bahawa cerita ini hanya berkaitan dengan Hospital DiRaja Adelaide di Australia dan keadaan mungkin berlainan dari pusat ke pusat . Memang terdapat perbezaan antara Malaysia dan Australia dan anda digalakkan untuk mendalaminya lagi dengan membaca temu bual dengan Dr Gerard Lim, Ketua Jabatan, Jabatan Radioterapi dan Onkologi, Hospital Kuala Lumpur. | | Apakah itu Onkologi Radiasi atau Siapa Pakar Onkologi Radiasi? | | |  | Gambar 1 – Pemecut Linear | | |
Onkologi Radiasi adalah suatu kepakaran yang berkaitan rawatan tumor berbahaya dan tidak berbahaya, serta beberapa keadaan tidak berbahaya seperti penyakit jantung ischaemic.
Pakar Onkologi Radiasi adalah doktor perubatan yang pakar dalam bidang ini dan dapat mencadangkan terapi radiasi (secara luaran menggunakan Pemecut Linear, atau dalaman menggunakan isotop radioaktif (brachytherapy), Gambar 1 dan 2) terpulang kepada keadaannya.
 | Gambar 2 - Brachytherapy |
| | Hari biasa Pakar Onkologi Radiasi di Hospital DiRaja Adelaide | Pada waktu pagi… Kerana kanser adalah sesuatu keadaan biasa yang melanda 1 daripada setiap 3 orang dalam hayat mereka (di Malaysia, kanser melanda 1 daripada 4 orang dalam hayat mereka), kerja kami memakan masa sebahagian besar daripada minggu kami. Umumnya, kerja bermula pada pukul 8.00 pagi dengan suatu mesyuarat bersama-sama pakar-pakar dari semua bidang termasuk pakar bedah, pakar perubatan, pakar radiologi, pakar patologi, jururawat, pekerja kebajikan, pakar genetik, pengurus data, dan pakar onkologi perubatan yang bertemu untuk berbincang mengenai beberapa pesakit. Pesakit baru dan klinik sambungan bermula pada pukul 9 pagi. Di sini, pesakit yang telah dirujuk ke Jabatan Radiasi Onkologi bagi kali pertama akan diperiksa dan diberi penerangan secara lisan, tertulis dan kadang kala secara visual mengenai radioterapi yang dicadangkan. Pesakit yang telah menjalankan rawatan lengkap juga akan datang untuk diperiksa semula tindak balas mereka terhadap rawatan, demi mengenal pasti sama ada penimbulan kanser semula berlaku serta mengawal sebarang kesan sampingan yang mungkin berlaku.
|  Onkologi Radiasi merupakan satu peluang yang baik untuk bekerja sama dengan jurutera, ahli fizik, ahli biologi, pakar anatomi, lain pakar onkologi, pakar rawatan paliatif dan lain pekerja
|
Semasa makan tengah hari… Waktu makan tengah hari kadang kala di ambil alih oleh mesyuarat jabatan, biasanya mesyuarat berkaitan meningkatkan mutu perkhidmatan, iaitu apabila rancangan rawatan pesakit diteliti semula oleh pakar, pelatih dan juru terapi radiasi. Juru terapi radiasi mahir dalam bidang merancang dan melaksanakan terapi radiasi. Mereka dilatih khas untuk mengendalikan Pemecut Linear. Pemecut Linear ini adalah suatu mesin yang dikawal komputer yang menghantar terapi radiasi dengan tepat ke atas tumor atau kawasan yang diingini.(Gambar 1). Pada waktu tengah hari…dan waktu petang… Waktu tengah hari biasanya padat dengan lawatan ke pelbagai hospital untuk bertemu dengan pesakit klinik lawatan serta pesakit di wad. Kemudian, pada waktu petang beberapa mesyuarat berlangsung, biasanya semasa sesuatu makan malam yang ditaja. Pakar perubatan akan mengambil giliran untuk berbincang mengenai beberapa topik semasa seperti mengendalikan kanser payudara, diikuti perbincangan dan disertai oleh lawatan seorang pakar dari negara atau negara lain. Pertemuan ini biasanya dianjurkan oleh beberapa kumpulan pakar Australia Selatan yang terdiri dari pakar perubatan (seperti Kumpulan Pengkaji Kepala dan Leher “Head and Neck Study Group”) Merancang terapi radiasi … Pada hari lain, pakar radiasi onkologi mungkin akan menghabiskan 2-3 jam di bilik perancangan, untuk merancang pengendalian radiasi (bersama juru terapi radiasi dan pakar fizik) bagi sesuatu kes tertentu menggunakan sistem merancang komputer 3-dimensi demi mengesyorkan ketepatan menghasilkan keadaan tersebut setiap kali diingini. Rancangan ini termasuk menggabung mesin pengesanan MRI, CT dan PET, dan menggabungkan penyiasatan klinikal, pembedahan dan patologi, berdasarkan pengetahuan luas kemajuan sejarah sesuatu tumor. Semua maklumat ini digabung untuk membentuk pelan rawatan demi kebaikan sesuatu pesakit. Radiasi Onkologi, terutama sekali dengan kemajuan dalam bidang perancangan menggunakan komputer serta Pemecut Linear yang termoden, merupakan peluang menarik untuk bekerjasama dengan jurutera, pakar fizik perubatan, ahli biologi, pakar anatomi, lain pakar onkologi, pakar rawatan paliatif serta lain kaki tangan. | | Bagaimanakah mendapat latihan Onkologi Radiasi di Australia? | Kursus latihan dianjurkan oleh Kolej DiRaja Pakar Radiologi Australia dan New Zealand, Fakulti Radiasi Onkologi. Kursus ini dibahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian 1 melibatkan kursus 1-2 tahun dalam bidang Radiobiologi, Fizik Radiasi dan Anatomi. Bahagian kedua pula melibatkan 3 tahun lagi dan peperiksaan kedua dan terakhir dalam bidang Onkologi Radiasi, Onkologi Perubatan, Rawatan Paliatif, Hematologi dan Patologi.
Di antara peperiksaan bahagian 1 dan 2, modul-modul dalam bidang statistik, onkologi radiasi pediatrik, kanser payudara dan lain topik berkaitan diadakan. Latihan ini percuma memandangkan setiap jabatan menjalankan kursus mengajar mereka tersendiri yang tersusun. Semua registrar atau pelatih mesti digajikan dalam suatu jawatan latihan yang disahkan, atau jika ditaja (biasanya bagi mereka dari luar negara) mesti bekerja sebagai Registrar Pelatih. Adalah diwajibkan semua pakar perubatan meluangkan masa untuk mengajar. Walaupun semua kepakaran yang tertera di atas melibatkan banyak pembelajaran teori (buku, CD,dan sebagainya), semua calon akan dinilaikan atas kebolehan mereka untuk menggunakan teori (aplikasi) ini kepada kes-kes individu masing-masing.
| | Mengapakah saya menjadi seorang Pakar Onkologi Radiasi? | Saya tertarik dengan Onkologi Radiasi kerana ini membuka peluang untuk melibatkan diri dalam kes-kes kanser dan kebolehan untuk merawat atau membantu mereka hidup kehidupan mereka yang tertinggal dengan harga diri dan kehormatan. Selain daripada kepuasan peribadi yang terdapat dari mengajar dan membuat penyelidikan, keberanian yang ditunjukkan oleh pesakit kanser serta kebesaran hati kaki tangan hospital sendiri adalah antara kebaikan yang didapati dari kerjaya ini. Gajinya juga cukup baik!
| | Siapakah Rakan Sejawat Pakar Onkologi Radiasi Australia di Malaysia? | Radiologi Malaysia berbual dengan Dr Gerard Lim, Ketua, Jabatan Radioterapi and Onkologi, Hospital Kuala Lumpur. (Maklumat diperbaharui Julai 2004).
Penyunting: Dr Martin Borg telah memberi penerangan mengenai sehari dalam kehidupan Pakar Onkologi Radiasi Australia. Adakah ini sama bagi pakar di Malaysia?
Dr Lim: Di Malaysia, sistem dan latihan yang diikuti adalah sedemikian untuk membolehkan pakar yang digelar Pakar Onkologi Klinikal boleh melaksanakan terapi radiasi, kemoterapi dan juga terapi hormon. Di Australia, Pakar Onkologi Radiasi biasanya hanya bekerja dengan terapi radiasi, walaupun latihan mereka juga termasuk modul lain seperti Onkologi Perubatan. Oleh itu kerja seharian kami di Malaysia juga termasuk kedua-dua aspek terapi radiasi (merancang dan membuat keputusan) termasuk onkologi perubatan. Dalam kata lain, seorang pesakit hanya perlu berjumpa dengan seorang Pakar Onkologi Klinikal jika rawatan kansernya memerlukan kedua-dua radiasi dan kemoterapi, walaupun pengendalian terapi ini adalah pada masa yang berlainan.
Penyunting: Apakah negara-negara lain yang mengikuti sistem Onkologi Klinikal ini–Kepakaran yang di satukan?
Dr Lim: Britain, Ireland, Sri Lanka, Hong Kong, Afrika Selatan.
Penyunting: Kami diberitahu bahawa terdapat kekurangan Pakar Onkologi Klinikal yang ketara. Apakah langkah yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengatasi keadaan ini?
Dr Lim: Kami telah berjaya melancarkan satu latihan tempatan dengan pengambilan pelatih pertama bermula pada Jun 2002 untuk Sarjana Onkologi Klinikal di Universiti Malaya. Kumpulan perintis ini terdiri daripada 3 calon, satu dari Kementerian Kesihatan, satu dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan satu dari Pusat Perubatan Universiti Malaya. Sejak itu, kami telah mengambil kumpulan ketiga. Peperiksaan profesional telah dijalankan 2 kali dengan pemeriksa dari Australia dan sebuah universiti tempatan
Latihan juga boleh dijalankan di luar negara. Ini biasanya di UK tetapi Kolej Radiologi Hong Kong/ the Hong Kong College of Radiologists (HKCR) juga menawarkan tempat untuk calon dari Malaysia. HKCR juga mengendalikan peperiksaan yang sama seperti di United Kingdom, iaitu the Fellowship of the Royal College of Radiology (FRCR).
Satu perkara baru adalah calon yang ingin pergi ke luar negara mesti lulus FRCR bahagian 1 bersendirian.
Penyunting: Adakah anda mempunyai apa-apa pesanan kepada rakyat Malaysia?
Dr Lim: Beban kanser di Malaysia memang tinggi - Kanser adalah pembunuh keempat besarnya tetapi kami hanya mempunyai tenaga kerja yang terhad dalam bidang perubatan ini. Selain Pakar Onkologi Klinikal, kami juga memerlukan lebih jururawat, juru terapi radiasi, pakar fizik perubatan dan seterusnya kerana rawatan kanser memerlukan sekumpulan orang yang terlatih, berwibawa dan berdikari.
Saya ingin menggalakkan lebih orang menceburkan diri dalam bidang ini.
Nota penyunting: Untuk membaca lebih mengenai kerjaya dalam bidang Onkologi Klinikal, sila tekan sini |
Copyright © 2001-2011 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia All Rights Reserved Terms of Use Last Updated: Tuesday, 04 January 2005 |
|