Menurut laporan pertama Registri Kanser Kebangsaan yang telah diterbitkan pada Julai 2003, 26,089 kes telah didaftarkan di Semenanjung Malaysia. Mengambil kira-kira 10,656 kes yang tidak didaftar serta 3750 yang terdapat di Sabah dan Sarawak, jumlah pesakit kanser baru bagi Malaysia pada 2002 adalah lebih kurang 40,500. Kemungkinan mendapat kanser di Malaysia adalah satu kes bagi setiap empat orang.
Menjelang 2004, hanya terdapat 36 Pakar Onkologi Klinikal.
Beban kanser di Malaysia semakin meningkat dan akan menjadi semakin penting dengan bertambah majunya negara. Pada 1998, kanser menjadi pembunuh keempat terbesar di kalangan kematian yang disahkan secara perubatan, selepas penyakit yang berkaitan (1) sistem pengaliran darah, (2) kemalangan, keracunan dan keganasan, dan(3) penyakit yang berkaitan sistem pernafasan.
Adalah dianggarkan bahawa terdapat 35,000 pesakit kanser baru setiap tahun. Jadi jelaslah bahawa terdapat keperluan besar bagi pakar onkologi klinikal di negara ini.
Jadilah sebahagian daripada usaha meningkatkan kualiti kehidupan pesakit kanser dalam negara ini dengan menjadi seorang Pakar Onkologi Klinikal. Memang terdapat banyak yang perlu dilakukan oleh pakar ini. Bukan sahaja pencapaian anda sebagai pakar begitu memuaskan, sumbangan anda amat diperlukan oleh masyarakat dan negara dan tidak ternilai. |
Dimanakah anda boleh dilatih? Pegawai perubatan yang minat dalam bidang onkologi sebagai kerjaya mereka boleh berhubung Jabatan Radioterapi dan Onkologi , Hospital Kuala Lumpur, Unit Onkologi Klinikal di Pusat Perubatan Universiti Malaya, atau Jabatan Radioterapi dan Onkologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hospital Universiti Sains Malaysia ataupun Pusat Perubatan Swasta. Program Latihan Yang Sedia Ada Kerajaan Malaysia menyediakan kedua-dua kursus tempatan dan luar negara bagi Onkologi Klinikal demi mengatasi kekurangan Pakar Onkologi Klinikal di negara ini secepat mungkin. Program Sarjana Tempatan Sarjana Onkologi klinikal (Universiti Malaya) telah bermula pada tahun 2002, dan sejak itu telah mengambil 3 kumpulan pelatih menjelang tahun 2004. Peperiksaan profesional pertama telah dijalankan 2 kali dengan pemeriksa luar dari Australia dan satu universiti tempatan. Program Luar Negara Bagi calon yang ingin menceburkan diri dalam program luar negara, tempat tradisi program ini adalah di United Kingdom. Memandangkan kesukaran mendapat tempat latihan bagi calon dari Malaysia di United Kingdom, Kerajaan Malaysia telah ditawarkan beberapa tempat di Hong Kong College of Radiologists atau Kolej Radiologi Hong Kong yang menjalankan peperiksaan yang sama seperti yang di jalankan di United Kingdom, iaitu Fellowship of Royal College of Radiology (FRCR). Kemudahan mengajar serta sistem melatih di Hong Kong rapi dan terkenal menghasilkan calon yang berwibawa dalam bidang onkologi klinikal. Dari tahun ini, JPA telah mula menawarkan biasiswa 4 tahun bagi calon yang berlatih bagi FRCR di Hong Kong.
Satu perkara baru bagi calon yang ingin pergi ke luar negara bagi latihan adalah mereka mula-mula mesti lulus FRCR bahagian 1 secara bersendirian. Keperluan Minima Bagi Kerjaya dalam Bidang Onkologi Klinikal Berikut adalah keperluan minima bagi Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan yang ingin menceburkan diri dalam bidang Onkologi klinikal :
(1) 3 tahun sebagai Pegawai Perubatan setelah menjalankan ‘Housemanship’ atau latihan kedoktoran.
(2) Sekurang-kurangnya bekerja satu tahun dalam bidang bukan onkologi seperti Perubatan Am, Obstetrik dan Perubatan Sakit Puan, Pediatrik atau pembedahan (sebarang pekerjaan di bidang pembedahan akan diterima; Otolaringologi, Ortopedik, Neurosurgeri dan sebagainya).
(3) Diharapkan calon juga telah bekerja sekurang-kurangnya satu tahu dalam Jabatan Radiologi dan Onkologi atau Jabatan Onkologi Klinikal, demi memastikan persediaan asas untuk pengetahuan serta kemahiran dalam bidang onkologi klinikal sedia terada dan kesesuaian calon bagi kursus ini dapat di kenal pasti.
(4) Diharapkan juga calon telah bertugas di tempat luar bandar atau yang kurang popular. |