|
| |
|

|
|
Apa itu radioterapi? |
|
Lebih mengenai radioterapi dan pakar onkologi,
klik di sini
Rawatan Kanser Payudara Perspektif Pakar Onkologi,
klik di sini
Kemoterapi & Radioterapi,
klik
di sini
Sila kemukakan soalan anda pada Forum
Radiology Malaysia

adioterapi adalah satu cara untuk merawat barah. Ia menggunakan
radiasi seperti X-ray, sinaran gamma atau elektron, untuk mengubati atau
mengawal barah. Perkataan tersebut terdiri daripada “radio” bermaksud sinaran
dan “terapi” bermaksud rawatan.
Radioterapi boleh digunakan kerana radiasi menghentikan barah
daripada membesar dan sel barah daripada membahagi. Ia diarahkan kepada sel
barah dengan dua cara- radiasi dalaman dan radiasi luaran.
Radiasi luaran bermakna radioterapi diberi secara luar badan
daripada sebuah mesin yang mengarahkan sinaran radiasi kepada tumbuh barah. Ia
adalah seperti mengambil X-ray tetapi dosnya jauh lebih tinggi daripada xray
untuk diagnosa. Terdapat beberapa jenis mesin radioterapi yang berbeza. Ini
termasuk pemancut linear dan mesin kobalt.
Radiasi dalaman bermakna radioterapi diberi dengan meletak sebuah
bekas radioaktif, dawai radioaktif yang halus atau jarum yang diletak dalam
badan dekat dengan atau di tempat barah wujud. Ini dipanggil sebagai implan
radioaktif. Implan tersebut mengandungi bahan radioaktif seperti
yttrium,
iridium atau
caesium.
Implan tersebut mengarahkan sinaran radiasi kepada barah tersebut.
Radiasi luaran
daripada mesin biasa digunakan untuk rawatan radioterapi. Pakar Terapi Radiasi
ataupun Pakar Onkologi akan menggunakan radiasi dalaman jika sel barah berada
dekat dengan permukaan badan atau tempat yang senang untuk dimasuki. Mereka
boleh menggunakan implan untuk barah payudara, barah serviks, dan barah lidah.
Jika radiasi dalaman digunakan, biasanya radiasi luaran pun akan digunakan juga.
Walau bagaimanapun, pada hari ini, semakin banyak rawatan radiasi yang
bersasaran diberi dengan wujudnya radiologi intervensi yang telah menjadi satu
sumbangan besar kepada rawatan radiasi.
|
|
Siapa yang sepatutnya dapat rawatan
radioterapi dan jenis apa radioterapi sepatutnya digunakan? |
|
Jenis rawatan yang digunakan bergantung kepada jenis barah yang dihidapi, tempat
barah wujud dan saiz tumbuhan tersebut. Rawatan perlu dikhaskan mengikut setiap
individu. Pakar Radioterapi/Pakar Onkologi hanya akan menggunakan rawatan
radioterapi jika rawatan tersebut membawa lebih kebaikan daripada keburukan.
Malangnya, sinaran radiasi tidak boleh membezakan sel barah daripada sel manusia
yang biasa. Walau bagaimanapun, sel barah tidak boleh menahan kesan radiasi dan
akan mati. Sel manusia yang biasa akan pulih semula dan kesan tetap tidak akan
dialami. Di sebab sel barah membesar lebih cepat berbanding dengan sel biasa, ia
akan lebih terjejas dengan radiasi. Sel biasa juga akan terjejas dan mungkin
menyebabkan kesan sampingan pada badan manusia.
|
|
Apakah kesan sampingan radioterapi? |
|
Sesetengah tidak mempunyai kesan sampingan tetapi ada juga sesetengah yang
memberi kesan sampingan. Ia bergantung kepada bahagian badan yang dirawat dan
dos radioterapi yang diberikan. Kebanyakan orang akan berasa keletihan sepanjang
rawatan mereka. Kesan sampingan yang lain akan dihidapi bergantung pada bahagian
badan yang dirawat seperti:
-
Berasa tidak sihat – hanya apabila abdomen/pelvis dirawat
-
Kulit
yang merah dan gatal
-
Mulut
atau kerongkong yang sakit/kering
-
Telinga yang tersumbat
-
Kehilangan rambut - hanya apabila bahagian kepala dirawat
-
Mengalami kesusahan menelan makanan
-
Sakit
perut atau cirit birit
-
Pundi
kencing yang lemah
-
Masalah seksual atau kesuburan
Kebanyakan kesan sampingan adalah sementara sahaja. Kesan sampingan tersebut
akan hilang selepas rawatan dihentikan. Walau bagaimanapun, ada juga kesan yang
tetap. Radioterapi boleh mengubati sesetengah jenis barah seperti barah peti
suara yang awal, kawasan hidung dan serviks (bahagian bawah uterus). Kadang-kala
ia dilakukan bersama pembedahan atau kemoterapi. Dalam kes lain, radioterapi
boleh bantu mengawal barah dengan menghentikan tumbesarannya atau dengan
mengecilkannya. Ini boleh memanjangkan hidup seseorang yang menghidapi barah
atau mengurangkan masalah yang disebabkan oleh barah atau kedua-duanya.
Radioterapi tidak menyakitkan. Untuk implan, ubat bius akan diberikan kepada
pesakit supaya pesakit tidak akan merasa apa-apa.
Dengan radiasi luaran daripada sebuah mesin, pesakit tidak akan menjadi
radioaktif. Ia selamat untuk bersama dan menyentuh orang lain termasuk wanita
dan kanak-kanak.
Pesakit yang dirawat dengan radiasi dalaman tidak digalakkan untuk menjumpai
sesiapa pun supaya radioaktifnya tidak akan menjejaskan kesihatan orang lain.
Apabila implan tersebut dikeluarkan, radio aktiviti dalam badan pesakit turut
akan hilang.
Orang yang dirawat dengan radioterapi mungkin boleh menghidapi barah yang lain
kemudiannya. Walau bagaimanapun, ini adalah kemungkinan yang amat rendah.
Rawatan radioterapi akan mengubati pesakit atau mengawal barah dalam badan
pesakit.
|
|
Masa depan adalah cerah dengan
perkembangan dalam radioterapi |
|
Radioterapi sudah digunakan untuk banyak tahun sekarang. Penyelidikan telah
menemui cara yang lebih baik dan berkesan semasa memberikannya. Mesin-mesin yang
menyinarkan radiasi lebih baik berbanding dengan beberapa tahun dahulu. Selain
itu, perkembangan teknologi dan mesin yang lebih tepat sasaran radiasinya. Pakar
Onkologi, juru terapi dan ahli fizik perubatan sekarang boleh memberi pesakit
dos radioterapi yang lebih tepat dan juga lebih tepat memancarkan sinaran
radiasi hanya kepada tumbuhan barah. Ia lebih senang sekarang untuk mengelakkan
kecederaan sel biasa yang sihat. Sekarang, penyelidikan rawatan adalah pada
paras molekul dan genetik supaya rawatan barah menjadi lebih tepat lagi.
|
Bincang artikel ini pada
Forum Radiology Malaysia
|
|
Kembali
ke laman utama
|
|
|
Copyright © 2001-2008 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia
All Rights Reserved
Terms
of Use Last
Updated:
Tuesday, 01 January 2008 |
|