|
| |
|
|
Radioterapi dan Onkologi Klinikal di Malaysia – Bagaimana
ini semua bermula...
Oleh Dr Gerard Lim Chin Chye, MBBS, FRCR, Jabatan
Radiotherapi dan Onkologi, Hospital Kuala Lumpur, Malaysia - Dis 2004 |
Dengan penghargaan
kepada yang berikut bagi sumbangan mereka:
Professor Dato’ Dr Tahir Azhar, Dato’ Dr S K Dharmalingam,
Mr T Yogaratnam, Mr Khoo Boo Hock, Dr Beena Devi, Dr D
Jayendran, Dr B M Biswal, Dr Perdamen Singh, Prof Dr Ismail
Saad, Dr Fuad Ismail, Dr Anita Zarina Bustam, Dr Albert Lim
Kok Hooi, Dr Mohd Roslan Haron, Mr Lee Kok San, Mr Mahfuz
Mohd Yusop, Dr Richard Lim Boon Leong, Dr Ednin Hamzah
Nota: Artikel ini telah
menerima kebenaran dari Biomedical Imaging and Intervention
Journal, Biomed Imaging Interv J 2006; 2(1):e18, doi:
10.2349/biij.2.1.e18,
http://www.biij.org/2006/1/e18/default.asp
untuk diubahsuai untuk publikasi di Radiology Malaysia.
Kanser adalah suatu masalah kesihatan yang
semakin meningkat di Malaysia. Berikutnya keterangan
mengenai pembangunan onkologi klinikal yang dahulunya
dikenali sebagai radioterapi dan onkologi.
|
|
Pembangunan Radioterapi di Kuala
Lumpur |
Rekod
terawal terapi x-ray di Malaya adalah kewujudan tiub x-ray
Crookes di Singapura pada 1914 dan tiub Coolidge pada 19201.
Punca Radium dibeli bagi rawatan masalah ginekologi (sakit
puan), lesi kulit dan implan bagi lesi yang tertentu. Jarum
radium dan tiub radium dari Hospital Besar Ipoh, Johor Bharu
dan Pulau Pinang kemudiannya dipindahkan dan disimpan di
Jabatan Radioterapi dan Onkologi di Hospital Kuala Lumpur1.
Satu unit 140 kV X-ray terapi dalam (Deep Therapy) telah
dipasang di Hospital Besar Singapura pada 1933. Pada tahun
1950-an, radioterapi sinaran luaran telah dihantarkan ke
Kuala Lumpur bersama mesin x-ray “permukaan” (superficial)
Phillips Dermopan 50 kV, mesin x-ray 200 kV Mueller dan
mesin x-ray memutar Muller1. Pelan rawatan
dijalankan secara manual. Perlindungan bagi struktur yang
kritikal berdasarkan pemeriksaan filem dengan blok plumbum
atau bentuk plumbum terpotong.
Jabatan ini berkedudukan di sebuah bangunan kayu antara
Hospital Bersalin dan Unit Neurosurgeri. Unit ini tidak
mempunyai katil untuk pesakitnya. Dalam julat masa antara
1950 dan 1960, perkhidmatan radioterapi dibekalkan oleh Dr
Lynch, seorang Pakar Radioterapi dari Ireland, yang
berkhidmat dan berulang alik antara Singapura dan Kuala
Lumpur, dan Dr Lal dari Singapura.
|
|
 |
|
Dato’ Dr S K Dharmalingam |
Konsultan Radioterapi & Pekerja “awal” Jabatan Radioterapi
Pertama Malaysia
Dato’ Dr S
K Dharmalingam mewarisi Dr Lynch selepas pulang dari
Hospital Middlesex di United Kingdom pada tahun 1960 dan
dilantik sebagai Penasihat Radioterapi Malaysia yang pertama.
Encik George Pang merupakan ahli fizik pertama di Jabatan
Radioterapi, Hospital Kuala Lumpur Besar pada 1960-an2.
Pekerja terdiri daripada 4 konsultan tempatan dengan
beberapa orang asing dari Korea dan Pakistan, 8 ketua
jururawat, 28 jururawat, 40 pembantu jururawat dan kira-kira
70 pelayan. Beberapa orang pakar dari luar negeri yang
bekerja dengan jabatan termasuk Profesor Roberts dari
Hospital Middlesex, Profesor Keith Brittan dari Hospital St
Bartholomew, dan juga doktor-doktor lain dari Korea,
Pakistan dan Austria2.
Peralatan tambahan yang didapati termasuk peti radium
bernilai $35,000 pada 1965 dan satu lagi mesin rawatan 300
kV ortovoltan. Pada masa itu semasa Tun Omar Ong Yoke Lin
dan Tun Tan Siew Sin masing-masing masih lagi Menteri
Kesihatan dan Menteri Pendidikan, sebuah peruntukkan
bernilai $3 juta telah ditetapkan untuk penubuhan baru
Institut Radioterapi dan Onkologi dan Perubatan Nuklear di
Hospital Kuala Lumpur Besar. Pembinaan bangunan bermula pada
Ogos 1967 dan disiapkan pada bulan November 1968. Bangunan
itu merupakan sebuah kemudahan dengan 180 katil, teater
pembedahan sendiri untuk Brakiterapi, makmal dan farmasi
berasing, dan jabatan pesakit luar. Wad Kanser Ambulatori
ditubuhkan untuk membekal pesakit kanser yang memerlukan
tempat tumpangan tetapi tidak perlu kemasukan hospital. Ini
diperlukan lebih lagi bagi mereka dari negeri lain. Sebelum
penubuhan Wad Kanser Ambulatori, pesakit tersebut di masuk
ke New Hotel dengan bantuan Persatuan Kanser Kebangsaan
Malaysia, dan di Hospital Tai Wah lama yang telah pulihkan2.
Peralatan termasuk sebuah Siemens Betatron yang membekalkan
rawatan dari 5 MeV hingga 43 MeV, dan dua pemecut linear 6
MV (MEL-75)1.
|
|
Perubatan Nuklear di
Kuala Lumpur
Perubatan
Nuklear dimulakan di bawah naungan Jabatan Radioterapi dan
Onkologi pada 1962. Pihak doktor yang terlibat dari
awal-awal lagi termasuk Dato’ Dr Dharmalingam dan V. Mahadev4.
Pakar teknik pertama, Encik Anthony Ng telah dihantar ke
Royal Melbourne Institute of Technologists bagi latihannya.
Makmal Radioisotop telah ditubuhkan di Hospital Universiti
Kuala Lumpur pada 19671.
|
|
Penubuhan Bahagian Fizik Perubatan
Antara ahli fizik yang telah berkhidmat dalam tahun 70an
adalah pemain badminton kebangsaan Tan Aik Huang. Pada 1974,
jawatan ahli fizik diwujudkan dalam bahagian kejuruteraan
Kementerian Kesihatan. Satu bengkel fizik dengan dua mesin
lathe, satu mesin pembentuk, mesin penggerudi, pemotong dan
satu bilik acuan fizik juga telah disediakan di institut
bagi menyediakan alat perlindungan yang diperbuat plumbum
serta lain alat rawatan khas. Dua mesin jenis 2502 pengukur
dos (dosemeter) Farmer telah digunakan untuk memastikan
banyaknya dos serta mengukur mesin voltan mega. Mesin
pengukur dos secara analog Farmer telah digantikan dengan
mesin digital bagi pembacaan dos yang lebih tepat.
|
|
Kuala
Lumpur mendapat lebih peralatan terapi
Satu lagi mesin pemecut linear tunggal dan satu unit
telecaesium telah dipasangkan pada 1977 dan 1978
masing-masing untuk menggantikan mesin orthovoltage. Ahli
fizik telah membuat perancangan isodose dengan pengiraan
secara manual sehingga satu perancang rawatan secara
berkomputer, Mevaplan, telah diperkenalkan kepada jabatan di
bawah suatu projek mempertingkat serta menggantikan mesin
lama pada in 1987 dan 19883.
Fasa II pembangunan Institut ini lengkap pada 1995, dan
kemudahan seperti Pusat Penjagaan Harian serta pembaharuan
bilik pembedahan telah dicapai. Dengan pemasangan dua
pemecut linear yang canggih dan terbaru pada 1997 dan 2001,
satu sistem beban hilir kawalan jauh (remote afterloading
system) Brakiterapi dos berkadar tinggi pada 1997, sistem
merancang rawatan tiga dimensi, simulator pengimejan digital
pada 2001, jabatan ini dapat menawarkan radiosurgeri
stereotaktik, Brakiterapi Kadar Dos Tinggi, radioterapi
conformal dengan kolimator dan irradiasi penuh badan.
Irradiasi penuh badan di Hospital Kuala Lumpur digunakan
untuk program transplan sum-sum tulang di kedua-dua Pusat
Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Kuala Lumpur
sendiri.
Radiosurgeri Stereotaktik dimulakan di Hospital Kuala Lumpur
pada 4 Mac 1999. Sistem beban hilir kawalan jauh Brakiterapi
dos berkadar tinggi telah mengambil alih sistem beban hilir
manual sepenuhnya sejak Oktober 2003 di Hospital Kuala
Lumpur.
|
|
Perkembangan Radioterapi dan
Onkologi di Sarawak |
Jabatan Radioterapi dan Onkologi di Hospital Besar Sarawak
telah dibuka secara rasmi pada 15 Ogos 1985. Pakar Onkologi
Klinikal yang pertama berkhidmat di Sarawak ialah Dr Jaswant
Singh.
Bahagian Perubatan Nuklear telah dimulakan pada waktu yang
sama. Pada 1993, kemoterapi harian telah dimulakan dalam
jabatan ini. Kini jabatan ini ada 68 katil. Mula-mula,
jabatan ini mempunyai dua pemecut linear, simulator
konvensional dan satu mesin beban hilir kawalan jauh
Brakiterapi dos berkadar medium Buchler yang menggunakan
punca radioaktif Caesium-137. Satu mesin kobalt baru telah
dipasang di jabatan ini pada 1996. Salah satu daripada
pemecut linear telah digantikan dengan mesin baru pada 1997.
Pada Jun 2001, unit Brakiterapi Buchler telah digantikan
dengan unit Brakiterapi HDR. Pesakit dengan kanser
nasofaringeal (hidung/tekak) di Hospital Besar Sarawak
sekarang dapat dirawat dengan Brakiterapi kerana dahulunya
mesin Brakiterapi hanya merawat pesakit dengan masalah sakit
puan malignan5.
Perkhidmatan Penjagaan Paliatif di Sarawak
Perkhidmatan Penjagaan Paliatif telah dimulakan di Pejabat
Radioterapi & Onkologi dan Perkhidmatan Penjagaan Hospis di
rumah bermula sejak 1995 di Kuching. Menjelang 1996,
Perkhidmatan Penjagaan Hospis di rumah telah menjangkau
seluruh negeri apabila lebih ramai jururawat dari seluruh
Sarawak menerima latihan. Pada 2003, satu wad untuk
Penjagaan Paliatif telah siap dibina. Jabatan ini kini
mempunyai 16 katil bagi penjagaan paliatif, iaitu 8 katil
bagi penjagaan rapi dan 8 katil untuk penjagaan sambungan.
Unit Penjagaan Paliatif di jabatan ini mempunyai tugas
memastikan perkhidmatan penjagaan paliatif dimajukan dengan
teratur dan perkhidmatan ini disediakan untuk sesiapa yang
memerlukan perkhidmatan ini di Sarawak. Satu sistem
menghantar ubat disediakan untuk memastikan pesakit di
kawasan terpencil Sarawak juga dapat menerima ubat mereka
bagi melegakan simptom mereka. Latihan penjagaan paliatif
bagi doktor, jururawat dan paramedik dijalankan oleh Jabatan
Radioterapi dan Onkologi di Hospital Besar Sarawak sejak
1995. Latihan ini mula-mula dijalankan di Hospital Besar
Sarawak, dan kemudian dilanjutkan ke Sibu pada 1996 dan Miri
pada 1997.
Latihan Pengawasan Awal Kanser (Early Cancer Surveillance
Training) dimulakan pada 1995 memandangkan lebih daripada
70% daripada pesakit mempunyai kanser yang lazim seperti
nasofaringeal, payudara dan serviks hanya dikesan pada tahap
lewat. Latihan ini melibatkan teori serta sesi praktikal
bagi pihak jururawat dan pembantu perubatan dari pelbagai
hospital dan klinik berdekatan.
Kumpulan Sokongan Kanser Payudara
Kumpulan sokongan kanser payudara telah bermula pada tahun
1993. Selain daripada mesyuarat bulanan kumpulan sokongan
kanser payudara yang tetap, kumpulan ini telah melancarkan
beberapa majlis untuk pesakit dalam Jabatan serta upacara
makan malam tahunan. Hasil permintaan orang ramai, sebuah
kumpulan sokongan pesakit kanser telah dimulakan pada tahun
1997 dengan kumpulan berasingan untuk kedua-dua jantina.
Pesakit-pesakit ini akan berjumpa dari masa ke semasa untuk
berbincang dan berkongsi pengalaman dan kegemaran mereka.
Dr. Paola Pisani dari unit Epidemiologi Pertubuhan Kesihatan
Dunia (WHO), Lyon, Perancis melawati Sarawak dari Jun 6- 10,
2001 untuk membantu Dr Beena dalam menganalisis data
mengenai insiden atau kekerapan kanser nasofaringeal di
Sarawak.
>>>
Radioterapi dan
Onkologi di Universiti
|
|
Bibliografi |
- A A Tajuddin, D A
Bradley (eds). Centennial of the X-ray. An Account of
Developments in Radiological Physics and Radiology in
Malaya and Malaysia. Penang. Malaysian Institute of
Physics. 1995.
- Dato’ Dr S K
Dharmalingam. Personal Communication.
- Khoo Boo Huat.
Personal communication.
- Lee Kok Sun. Personal
communication.
- Beena Devi. Personal
communication.
- Biswa Mohan Biswal.
Personal communication.
- Lim G C C, Halimah
Yahaya, Lim T O (Eds). The First Report of the National
Cancer Registry. Cancer Incidence in Malaysia 2002.
National Cancer Registry. Kuala Lumpur. Excellence
In-Tech Sdn Bhd, 2003. (also available on-line:
http://www.acrm.org.my/ncr/)
- Zarihah M Z, Mohd
Yusoff H, Devaraj T, et al. Penang Cancer Registry
Report 1994-1998. Penang. Penang Cancer Registry. 2003.
- Maju Tanpa Kanser.
Berita MMA.1995;Vol 25:1 (col 1-3), 5 (col 3).
- Tang TS, Devi B. Early
cancer surveillance programme in Sarawak. Proceedings of
the 13th Asia Pacific Cancer Conference. Penang. 1996;
620.
- Narimah A, Rugayah B,
Tahir A, Maimunah A H. Cervical Cancer Screening. Pap
smear examination. In: Public Health Institute, Ministry
of Health of Malaysia. National Health and Morbidity
Survey 1996. Kuala Lumpur: Ministry of Health, 1999;
19:16.
- Research in K.L. on
oral cancer. Govt. all-out to recruit specialists. The
Malay Mail. Tuesday. October 5, 1971.
- Proceedings of the
IAEA Regional Training Course. Brachytherapy of the
Uterine Cancer Using Manual and Remote After-loading
Techniques. International Atomic Energy Agency. 1988.
- Medicine in Malaysia:
Radiotherapy and Oncology. A K H Lim. Med J Malaysia. 50
(Suppl A):S39-41. 1995.
|
|
|
|
Copyright © 2001-2008 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia
All Rights Reserved
Terms
of Use Last
Updated:
Tuesday, 01 January 2008 |
|