GENERAL INFORMATION
Ø News
Ø
General Health Info
Ø Radiology & Oncology
Ø
Breast Health Info Centre
Ø Palliative Care & Cancer Support
Ø The College Of Radiology
Ø
Directories

Our patient briefings explain a variety of diagnostic procedures and treatments, how patients should prepare for them, and what patients can expect to experience during and after the procedure. These briefings are provided as a service to help patients address their medical care with less anxiety and greater comfort.

PILIHAN BAHASA MALAYSIA
Ø Ke Seksyen BM
Ø
Pusat Sumber Kanser Payudara

Click Here! With the introduction of the new Agfa film/screen system for mammography, we have taken mammography another major step forward. This new milestone in mammography incorporates a century of experience in imaging technology, offering an image with high contrast and high definition for outstanding visualization of details throughout the breast.

MEDICAL & RADIOLOGY PROFESSIONALS
Ø Click here, if you are a medical or radiology professional

TALKBACK (Q&A)
Ø Radiology Malaysia Forum
Ø
Having Problems using this website?
Ø Q & A Archive
Ø Send Your Feedback

MEMBERS' CORNER

Restricted Zone
Ø Register for Access
Ø Members' Homepage
Ø JobSearch
Ø Suara Radiologi/College Newsletter


Interested in sponsoring this section? Please click here for more info

You may also place advertisements throughout the Radiology Malaysia web site. For more information on how you may do this, please click here!

 

Media Centre

Information about the College of Radiology and its activities for the Media and Press.
Please Click Here!
 

This web site is best viewed at 1024 x 768 resolution using:

Windows Internet Explorer 7

OR



You should also set your display to show 16M colours for better colour reproduction.




For a complete Web Experience!


Whilst every effort is taken to ensure that information and other content on this site is as true and accurate as possible, there may be instances where errors may occur. In such an event, we should be grateful if you could notify us so that we can set the situation right.

We also take similar efforts to ensure that we do not infringe the rights of Copyright owners. Should you feel that we have committed a breach of copyright, please notify us so that we may arrange for the immediate removal of the material from this site.
 

 

Anti-Virus Info

 
 
 

Alangkah senangnya! Ujian darah untuk mengetahui sama ada anda mempunyai kanser?  

Oleh Dr Evelyn Ho

Pengenalan

“Ambillah ujian ini – anda setakat perlu memberi sedikit darah untuk mengetahui sama ada anda mempunyai kanser.”

Memang sesuatu yang ingin didengar oleh semua orang. Melegakan! Tiada siasatan, pembedahan, tekanan pada badan kita serta tidak terdedah kepada prosedur yang kurang selesa demi mengesan kanser awal. Tambahan pula, kosnya rendah .. atau itu tanggapan kita!
 

Sedarkan diri! Adakah ujian darah/serum ideal bagi petanda tumor wujud?  

FAKTA PENTING:

Sebaliknya nilai sebenar ujian petanda tumor adalah dalam memerhati respons pesakit kepada rawatan serta sama ada petanda itu bertambah bagi sesuatu kanser yang anda sudah menghidapi dan kemudian untuk memerhatikan sama ada perulangan kanser berlaku.

Ujian darah yang ideal adalah ujian yang keputusannya menunjukkan petanda apabila sesuatu tumor yang malignan hadir; menunjukkan bahagian badan tumor ini tumbuh, boleh dibandingkan saiz tumor tersebut, tindak balas dengan perubahan saiz tumor, murah dan senang dihitung menggunakan ujian makmal.

Malangnya, tidak satu ujian yang wujud yang memenuhi kriteria tersebut. Jadi ujian petanda serum tumor mempunyai nilai yang terhad bagi saringan kanser dan diagnosis.
 
Jadi apakah petanda serum tumor or petanda darah kanser?  
Terdapat bahan dalam darah yang berkait rapat dengan kehadiran atau pertumbuhan sesuatu tumor. Tolong sedar bahawa sesuatu tumor tidak semestinya berbahaya (benigna atau malignan tumor). Bukan semua tumor malignan adalah kanser, walaupun secara umum perkataan kanser membawa maksud sesuatu pertumbuhan yang berbahaya dan mengancam nyawa.

Terdapat 4 kumpulan petanda tumor. Antara ini adalah lelehan atau enzim, petanda sel (mungkin dalam gen), molekul yang dijumpai pada permukaan sel (seperti as CA 19-9 CA 15-3, CA125) dan mereka yang wujud hasil penghasilan sel baru.
 

Adakah petanda serum tumor boleh diharapkan?  
Malangnya kebanyakan petanda tidak dapat diharapkan bagi saringan dan diagnosis tumor malignan. Di Amerika, Pihak FDA (Agensi mengendalikan dadah/ubat di Amerika) hanya telah membenarkan ujian PSA (prostate specific antigen) bagi saringan bagi kanser prostat . Walaupun demikian , bagi kanser prostat di Amerika, bagi mereka yang disaring dan dengan PSA melebihi 4ng/ml, insiden kanser prostat hanya lebih kurang 30%. Sebab ujian saringan PSA bagi lelaki melebihi 50 tahun di Amerika adalah kerana kanser prostat adalah kanser terutama di kalangan lelaki di negara tersebut.

Ujian darah petanda kanser dalam pakej kesihatan serta sebagai ujian saringan darah telah memesongkan fikiran orang ramai sehingga mereka menganggap bahawa ujian petanda ini adalah ‘kunci’ kepada pengesanan awal bagi pelbagai kanser. Malangnya bukti daripada pelbagai kajian saintifik tidak menyokong penggunaan petanda serum tumor bagi saringan umum yang tidak terperinci.

Kebanyakan petanda serum tumor yang paling biasa diminta dihasilkan oleh tisu berlainan di dalam badan. Dalam kata lain, mendapat petanda tumor yang tinggi seperti CA19.9 tidak dapat memberitahu organ kanser ini berpunca. Petanda ini mungkin dari kanser di pankreas, hati, perut, usus besar atau mungkin wujud akibat inflamasi pankreas, sirosis hati/hepar dan fibrosis pankreas bersista.

Apabila petanda tumor sudah meningkat dengan jelas dan lebih spesifik, adalah biasa kebanyakan orang sudah mempunyai tanda dan simptom dan ujian pengimejan adalah lebih berfokus dan tepat. Dalam banyak tumor awal, petanda tumor tidak akan meningkat atau diperhatikan dan bukan semua tumor mengeluarkan petanda tumor.

 

Baik Buruknya Petanda Serum Tumor 
Walaupun ujian darah ini memang mempunyai nilai, bergantung kepada situasi atau dalam kes kanser prostat; banyak daripada ujian ini menghasilkan lebih banyak ujian dijalankan demi mencari sesuatu kanser yang tidak wujud atau sesuatu or tumor malignan.

Perasaan cemas dan risau, serta wang dan masa yang terlibat boleh meningkatkan kos kepada tahap yang tidak dapat dihitung. Ini juga menambahkan kos kepada pihak kerajaan juga.

Sebagai contoh: perjumpaan serum carcinoembryonic antigen (CEA) yang lebih tinggi boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Ini boleh memulakan sesuatu siri ujian, contohnya kalau karsinoma kolorektal disyaki - yang melibatkan kolonoskopi , CT abdomen atau MRI abdomen untuk mengecualikan sesatu malignansi. Selain itu, pembayaran yang terlibat, perasaan cemas seseorang itu juga mesti dikira. CEA jarang sekali meningkat dalam peringkat/tahap awal kanser atau dalam tumor malignan.
 
Apa akan terjadi jika saya mempunyai petanda tumor positif – tetapi kajian mendapatinya negatif? Bilakah saya boleh mula berhenti merisau? Bagaimana saya boleh pastikan keadaan sebenar.

Ini adalah soalan yang anda perlu tanya diri sebelum anda menjalankan ujian petanda tumor darah apabila anda tidak mempunyai tanda atau simptom sebarang penyakit.

FAKTA PENTING:

Ujian darah untuk kanser yang negatif tidak semestinya bermakna anda tidak mempunyai kanser. Umumnya, pada tahap yang awal dan bukan semua jenis kanser dan tumour malignan mengeluarkan petanda tumor.

Bergantung pada tahap petanda yang wujud serta perasaan cemas anda dan doktor anda, anda akan memerlukan pelbagai penyiasatan perubatan. Jika didapati negatif, kemungkinan anda akan menjalankan lebih ujian yang lebih peka tetapi pada kos yang lebih tinggi. Memang susah untuk melegakan minda yang terangsang oleh kemungkinan yang anda mungkin ada kanser tahap awal yang sebarang proses pengimejan serta proses lain tidak dapat menangkap. Siapa yang sanggup memberitahu anda yang anda tidak berkanser? Terutamanya apabila keputusan negatif, tidak semestinya bermakna anda tidak mempunyai kanser.

Kemungkinan besar anda akan diminta mengulangi ujian ini demi melihat sama ada petanda ini meningkat mengikut peredaran masa.
 

Apakah impak ujian darah petanda kanser yang positif kepada pembelian insurans nyawa dan kesihatan?

Apa akan terjadi apabila anda ingin membeli insurans nyawa atau kesihatan? Sudah tentu ujian petanda yang positif ini akan mempunyai impak ke atas kebolehan anda mendapat insurans atau tahap bayaran anda walaupun ujian ini tidak khusus. Keadaan dapat diserupai menjalankan ujian gen bagi sesuatu kanser – kemungkinan orang yang diuji positif untuk diinsuranskan kemudiannya lesap- kerana ini adalah sama seperti mendapat notis awal mengenai risiko mendapat kanser. Dalam keadaan seperti ini, kaunseling adalah wajib sebelum sebarang ujian dijalankan. 

Jadi lain kali anda ingin mendapat pakej ujian darah yang termasuk petanda kanser– fikirkanlah mengenai kesan dan akibatnya! (Ini hanya merujuk kepada saringan sahaja  – dan bukan situasi yang anda mempunyai tanda dan simptom dan doktor telah menyarankan suatu ujian untuk mengesan untuk sesuatu petanda yang tertentu yang akan dijalankan bersama lain penyiasatan.) 

Anda dapat cari lebih maklumat di:

  1. Clinical Practice Guidelines on Serum Tumor Markers, 2003. Academy of Medicine of Malaysia and Ministry of Health of Malaysia.
    www.acadmed.org.my
  2. The Pathology Service of St Vincent’s Hospital, Sydney, Australia. http://www.sydpath.stvincents.com.au/ujian s/InfSheets.htm
  3. Fact Sheet, National Cancer Institute: http://cis.nci.nih.gov/fact/5_18.htm

 

Sila klik disini untuk artikel selanjut
 


 


Copyright © 2001-2008 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia
All Rights Reserved

Terms of Use

Last Updated:
Monday, 11 April 2005