|
| |
|

|
|
Langkah-Langkah Memperoleh
Yang Terbaik Dari Lawatan Ke Doktor |
Oleh Dr Ednin Hamzah
 engikut
sejarah, pertalian antara komuniti dengan doktornya sudah
wujud. Sumpah Hippocratic doktor, iaitu the corak fikiran
mengenai bidang perubatan mempunyai misi berikut “untuk
menjadikan terdekat dan disayangi seumpama ibu bapa yang
mengajar kemahiran ini kepada saya, untuk hidup bersama
dengannya dan jika diperlukan berkongsi barangan saya
dengannya; untuk memandang anaknya sebagai adik-beradik saya
sendiri…… Saya akan membuat preskripsi yang terbaik untuk
pesakit saya setanding dengan kebolehan saya dan pendapat
saya agar tidak membawa padah kepada sesiapa…”
Secara keseluruhan, doktor merupakan ahli komuniti, seperti
kita; namun mereka telah diamanahkan dengan keperluan ubatan
komuniti kita. Sepanjang sejarah, nama-nama doktor
termasyhur adalah terpahat dalam fikiran kita. Pasteur,
Curie, Fleming, Jenner adalah antaranya. Sumbangan mereka
mewujudkan teladan dalam masyarakat kita sehingga kedoktoran
menjadi salah satu cita-cita utama belia hari ini. Secara
sejarah, peranan doktor keluarga bukan setakat mengubati
mereka yang sakit malah juga untuk menasihati kita langkah
mencegah penyakit serta membantu dan menyokong kita dalam
semua aspek kehidupan.
Namun demikian, dalam masyarakat moden dan progresif, banyak
telah berubah. Dengan wujudnya Laman Web dan pembaharuan
dalam ilmu perubatan berpasangan dengan emosi ketamakan dan
ketakutan serta tarikan kekayaan sering mengeruhkan isunya.
Walau bagaimanapun, nilai asas masih wujud. Tujuan kehidupan
adalah untuk hidup dan menjamin kehidupan sebaik mungkin,
untuk membebaskan diri daripada kesan negatif penyakit.
Kebenarannya - mencari gaya hidup yang sihat.
Doktor, melalui pendidikan mereka adalah antara golongan
yang paling layak untuk memberikan penjagaan dan nasihat
demikian. Untuk ramai, wujudnya kemahuan memperoleh
pendidikan sedemikian untuk mencegah, mengesan, mengubati
dan menyokong pesakit dan keluarga, nilai ini haruslah
digunakan sepenuhnya.
|
|
Bagaimana caranya memperoleh
yang terbaik daripada doktor anda?
|
Tujuan Lawatan
Apakah sebabnya kita membuat rancangan berjumpa dengan
doktor? Batuk, selsema, menjumpai ketulan pada payudara,
ujian kesihatan, vaksin, mahu antibiotik, viagra atau surat
doktor untuk elak pergi ke kerja? Adakah kita sedia
mendengar nasihat doktor atau hanya mahu semua jawapan
mengikut kehendak kita sahaja?
|
Apabila
melawat doktor, adalah idea baik membuat
rancangan terlebih dahulu. Anda mesti memikirkan
semua isu yang memerlukan penjelasan dan anda
patut menulisnya. Anda mungkin berasa lebih
selesa jika membawa saudara anda atau kawan
rapat bersama anda. |
Dalam keadaan kecemasan, ia
merupakan langkah baik
untuk berhubung dengan doktor sebelum pergi berjumpa
dengannya.
Bolehkah kita
berbincang?
‘Wawancara’ pesakit-doktor adalah langkah terpenting dalam
membina perhubungan pesakit-doktor dan kedua-duanya harus
berterus-terang dengan keperluan dan kemahuan setiap pihak.
Sebagai pesakit, kita patut menyediakan sebanyak maklumat
yang mungkin agar doktor berupaya meninjau isu yang mahu
kita jelaskan. Jika wujudnya kekurangan maklumat, doktor
anda mungkin mencapai konklusi berlainan. Peranan doktor
adalah pertamanya untuk mendengar dan seterusnya menyediakan
perubatan yang terbaik untuk anda.
|
Wujudnya
mereka yang suka menguji doktor – ini mungkin
mempunyai kesan berlainan kerana tidak
memberikan informasi atau kurang melaporkan atau
membesarkan tanda-tanda anda boleh mengakibatkan
doktor terpesong! |
Ramai
pesakit takut untuk menanya soalan kepada doktor malah suka
menanya kawan. Ini boleh menyebabkan kesan serius terhadap
kesihatan anda. Jika anda tidak jelas ataupun tidak setuju,
beritahu doktor. Mungkin wujudnya pilihan lain.
Perubatan sering kali adalah akibat simptom dan tanda-tanda
pada seorang pesakit. Kadangkala, kajian ditujukan oleh
tanda dan simptom spesifik serta khas untuk membuktikan
kehadiran sesuatu penyakit yang dijangkakan. Anda hanya
membawa padah pada diri sendiri jika enggan memberitahu
doktor semua maklumat mengenai masalah anda.
Mengambil Ubat
Nasihat yang diberikan oleh doktor mungkin dalam pelbagai
situasi berbeza daripada
apa yang didengar daripada kawan anda, rakan sekerja anda
atau apa yang anda baca dalam majalah atau melalui laman
web. Namun, nasihat tersebut dihasilkan daripada kajian
bertahun-tahun serta lesen untuk mengamalkan perubatan oleh
Majlis Perubatan Malaysia. Ingat bahawa nasihat daripada
orang lain mungkin pendapat berlandaskan atau berkaitan
pengurusan perniagaan.
Perubatan yang diberikan bukan sahaja berdasarkan ujian
darah, ujian X-ray, ubat-ubat atau suntikan. Kadangkala
nasihat yang diberikan berlandaskan mengamalkan gaya hidup
yang sihat dan bukannya mengambil ubatan berlainan.
Menukur
Hasilnya
Hasil daripada lawatan ke doktor kita bergantung pada
setakat berapa kami terbuka kepada si doktor mengenai isu
yang kami mempersembahkan kepada doktor. Jika kami tidak
mempercayai akan nasihat wang diberi, kemungkinan hasilnya
kurang memuaskan. Tidak gunanya melawat doktor jika kami
lebih yakin pada bomoh dan pawang.
Terdapat hasil yang perlu diambil kira. Nasihat si doktor
boleh dilihat setakat pulih dari sesuatu penyakit tetapi
nasihat mengenai mengelakkan penyakit lebih susah di terima.
Doktor anda memang akan cuba memberi nasihat serta rawatan
terbaik kepada anda. Ini sangat bergantung pada individu dan
tidak boleh digunakan bagi orang lain.
Ingat bahawa perubatan memerlukan masa dan kita haruslah
bersikap toleransi dan mesti mendengar penjelasan.
Menginginkan masa lalu yang lebih baik adalah sesuatu yang
mustahil tetapi sering diminta oleh
si pesakit!
Akhir sekali anda harus mengingati bahawa menjaga kesihatan
ialah isu kompleks. Sebagai contoh, penyakit barah bukan
setakat satu penyakit yang dapat dikesan daripada ujian
darah, ujian x-ray, skan atau menuding jari menuduh ibu bapa
kita. Ia merupakan penyakit kompleks yang mempunyai pelbagai
faktor penyebab.
|
|
Kesimpulan
|
Saya berharap perbincangan ringkas di atas akan membolehkan
anda bersedia untuk lawatan seterusnya ke doktor anda. Saya
akan mengakhiri dengan pendapat berikut sebagai perkara yang
perlu diambil kira!
Masyarakat meletakkan tanggungjawab utama perubatan sebagai
beban doktor. Kegiatan dan usaha mereka akan melipat ganda
sekiranya kita, sebagai pesakit, mendengar lebih banyak
kepada sumber tak tepat seperti syarikat penjual ubat atau
cerita dongeng mengenai rawatan. Kenapa?
Kita merupakan individu dan penyakit yang sama boleh
manifestasi secara berlainan pada individu berlainan. Oleh
itu, pengesanan penyakit dan perubatan kerap kali dikhaskan
untuk seseorang individu.
Mungkin, jawapan untuk
Langkah-Langkah Memperoleh Yang Terbaik Dari Lawatan Ke
Doktor terletak dalam jiwa diri kita sendiri….dan
mungkin boleh didapati dalam jawapan kepada ‘ Mengapa adalah
lebih senang mendengar cerita orang lain daripada nasihat si
doktor’.
Adakah anda bersedia menghadapi diri sendiri?
|
|
Sila
klik disini untuk artikel selanjut
|
|
|
Copyright © 2001-2008 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia
All Rights Reserved
Terms
of Use Last
Updated:
Monday, 11 April 2005 |
|