GENERAL INFORMATION
Ø News
Ø
General Health Info
Ø Radiology & Oncology
Ø
Breast Health Info Centre
Ø Palliative Care & Cancer Support
Ø The College Of Radiology
Ø
Directories

Our patient briefings explain a variety of diagnostic procedures and treatments, how patients should prepare for them, and what patients can expect to experience during and after the procedure. These briefings are provided as a service to help patients address their medical care with less anxiety and greater comfort.

PILIHAN BAHASA MALAYSIA
Ø Ke Seksyen BM
Ø
Pusat Sumber Kanser Payudara

Click Here! With the introduction of the new Agfa film/screen system for mammography, we have taken mammography another major step forward. This new milestone in mammography incorporates a century of experience in imaging technology, offering an image with high contrast and high definition for outstanding visualization of details throughout the breast.

MEDICAL & RADIOLOGY PROFESSIONALS
Ø Click here, if you are a medical or radiology professional

TALKBACK (Q&A)
Ø Radiology Malaysia Forum
Ø
Having Problems using this website?
Ø Q & A Archive
Ø Send Your Feedback

MEMBERS' CORNER

Restricted Zone
Ø Register for Access
Ø Members' Homepage
Ø JobSearch
Ø Suara Radiologi/College Newsletter


Interested in sponsoring this section? Please click here for more info

You may also place advertisements throughout the Radiology Malaysia web site. For more information on how you may do this, please click here!

 

Media Centre

Information about the College of Radiology and its activities for the Media and Press.
Please Click Here!
 

This web site is best viewed at 1024 x 768 resolution using:

Windows Internet Explorer 7

OR



You should also set your display to show 16M colours for better colour reproduction.




For a complete Web Experience!


Whilst every effort is taken to ensure that information and other content on this site is as true and accurate as possible, there may be instances where errors may occur. In such an event, we should be grateful if you could notify us so that we can set the situation right.

We also take similar efforts to ensure that we do not infringe the rights of Copyright owners. Should you feel that we have committed a breach of copyright, please notify us so that we may arrange for the immediate removal of the material from this site.
 

 

Anti-Virus Info

 
 
 

Kanser

Menyaring atau tidak?  

Oleh Dr CH Yip

Apakah itu menyaring?
Menyaring untuk sesuatu penyakit bermaksud bahawa sesuatu penyiasatan, ujian atau prosedur akan dijalankan bagi seseorang yang tidak mempunyai sebarang petanda bagi sebarang penyakit tetapi diharap dapat mengesan sesuatu.
Ini adalah satu cara untuk mengesan sesuatu penyakit pada tahap awal dengan harapan dapat merawatnya.

Sesuatu ujian saringan berdasarkan populasi adalah apabila sesuatu penyaringan dijalankan kepada sesuatu lapisan masyarakat yang dikatakan lebih berkemungkinan menghidapi penyakit ini dengan harapan dapat mengesan kanser sebelum terlambat.
 

Apakah yang dicapai oleh sesuatu program penyaringan yang berkesan?  
Jika sesuatu program penyaringan adalah berkesan, maka kesannya adalah bilangan kematian akibat penyakit yang disaring ini akan berkurangan kerana pengesanan dan rawatan awal.

Bagi kanser, memang terbukti bahawa terdapat hanya beberapa ujian menurut kajian secara besar-besaran yang berkesan untuk mencapai objektif yang diingini. Kajian secara besar-besaran bermaksud ujian tersebut dijalankan atas cukup ramai orang untuk membuat tanggapan yang dapat digunakan sebagai rujukan bagi populasi umum. Kajian secara kecil-kecilan hanya akan menonjolkan sesuatu corak penyakit bagi bilangan orang yang kecil - 100 orang sebagai contoh. Oleh itu, memang salah untuk menjalankan kajian atas sampel populasi yang kecil dan kemudian menggunakan keputusan ini sebagai rujukan bagi seluruh masyarakat.
 
Program saringan berdasarkan populasi – mana, bila dan bagaimana program ini berguna? 
Program saringan berdasarkan populasi (contoh penyaringan yang dijalankan atas populasi am di sesebuah negara) cukup mahal oleh itu sebelum memulakan sebarang program seperti ini, soalan-soalan berikut perlu diambil kira.

1. Adakah penyakit ini cukup penting untuk sesuatu program penyaringan diwujudkan deminya?
Kanser paling kerap adalah kanser payu dara bagi wanita dan kanser paru-paru bagi kaum lelaki. Kanser yang lain yang lazim berlaku adalah kanser kolon (usus besar) dan serviks.

2. Adakah terdapat ujian yang dapat diharapkan (“reliable”) bagi penyakit tersebut?
Hanya terdapat 2 ujian penyaringan yang diuji (hasil penyelidikan menyeluruh) dengan teliti dan didapati cukup berkualiti dan boleh dipercayai, iaitu mamografi bagi kanser payudara dan PAP smear bagi kanser serviks.

Penyaringan kanser usus besar menggunakan darah okulta dalam najis didapati tidak boleh diharapkan (“not reliable”). Kajian atas penyaringan kanser usus besar menggunakan sigmoidoskopi (melalukan tiub ke dalam usus melalui dubur demi mencari sesuatu pertumbuhan) juga tidak memberi keputusan yang kukuh. (“inconclusive”)

Menyaring menggunakan petanda tumor dalam darah yang dikenali sebagai PSA (prostate specific antigen) telah diluluskan oleh badan berkanun di Amerika iaitu FDA (Food and Drug Administration) bagi menyaring kanser prostat. Bagi mereka dengan petanda yang tinggi, kemungkinan menghidapi kanser adalah lebih kurang 30%. Ini dianggap cukup bagi Amerika Syarikat kerana kanser prostat adalah kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki tetapi di Malaysia, kanser ini hanya kanser yang ke 6 paling kerap ( mengikut register kanser 2002).

3. Adakah penyaringan membawa perbezaan kepada kadar kematian penyakit ini?
Kajian secara besar-besaran yang dijalankan atas penyaringan mamogram dalam dekad 60 an ke 80 an di negara barat menunjukkan pengurangan sebanyak 30% dalam bilangan kematian akibat kanser payudara. Walau bagaimanapun terdapat kajian kontroversial yang tidak menunjukkan keputusan seperti tersebut. Kesan atas kadar kematian hanya dilihat di lingkungan umur 50-74 tahun.  Walau bagaimanapun, data terbaru menunjukkan bahawa terdapat kekurangan dalam kematian bagi lingkungan umur 40-49.

4. Bolehkah kita berasa lega jika ujian penyaringan ini menunjukkan keputusan negatif bagi penyakit terlibat?
Tidak, kerana kanser boleh berlaku dalam jangka masa rehat antara ujian penyaringan. Satu lagi sebab adalah kewujudan negatif palsu. Ini bermaksud keputusan negatif di peroleh walaupun kanser itu hadir. Kadar keputusan negatif palsu ini bergantung pada jenis ujian serta jenis penyakit yang disaring tambahan pula keadaan dan jaminan kualiti ujian tersebut.

5. Apakah yang berlaku jika ujian penyaringan itu menunjukkan anda menghidapi penyakit (seperti kanser) apabila sebenarnya, anda tidak menghidapinya? Adakah ini boleh berlaku? Mengapa?
Keputusan positif palsu (apabila ujian itu menunjukkan keputusan positif bagi penyakit tetapi orang tersebut tidak menghidapinya) boleh juga berlaku. Ini mewujudkan tekanan jiwa. Orang tersebut mesti melalui pelbagai ujian yang mahal dan tidak diperlu demi memastikan sama ada penyakit itu wujud. Keputusan positif palsu seperti keputusan palsu negatif memang lumrah ujian penyaringan yang mesti diterima oleh pihak ahli perubatan. Oleh itu, adalah penting bahawa ujian anda di baca oleh seorang yang layak dan dapat menerangkan keputusan itu kepada anda tanpa meningkatkan kerisauan anda.

Seperti keputusan negatif palsu, peratus ujian palsu positif bergantung kepada jenis ujian serta keadaan ujian tersebut dijalankan. Jaminan kualiti serta pembacaan keputusan ujian tersebut juga memainkan peranan penting.

Kita mengambil ujian makmal ke atas sampel darah sebagai contoh. Ingat, kesalahan makmal boleh berlaku termasuk sampel yang dicampur adukkan, sistem menyimpan sampel yang buruk yang menjadikan sampel itu kurang sesuai untuk diuji lagi.

6. Bolehkah kami bercampur tangan dengan berjaya? Dalam kata lain, jika kami bertindak apabila sesuatu ujian bagi kanser itu positif, adakah tindakan itu akan membawa kesan kepada kehidupan orang tersebut?
Dalam hampir semua jenis kanser, pengesanan awal akan membantu meningkatkan kemungkinan pulih. Setiap kanser yang didiagnosis awal boleh dirawat dengan baik.
 
Halangan kepada penyaringan 
1. Pendidikan
Satu halangan terbesar adalah pendidikan. Masih kekurangan kesedaran mengenai faedah menyaring. Selain itu, juga terdapat kesalahan maklumat mengenai jenis ujian penyaringan yang berfaedah.

2. Kebaikannya dari segi kos
Kos yang tinggi serta hasil yang rendah kepada penyaringan adalah salah satu faktor penghalang. Di kalangan mamografi pun, yang merupakan cara menyaring kanser payudara yang paling diteliti dan dikaji, kadar mengesan kanser payudara bagi program penyaringan yang berdasarkan populasi adalah hanya 6-7 bagi setiap 1000 wanita yang disaring di United Kingdom.

3. Sumber manusia
Penyaringan memerlukan ramai sumber manusia -  Pakar Radiologi, Pakar Pembedahan, Pakar Patologi, jururawat, serta juru x-ray. Demi memastikan mutu perkhidmatan yang baik, sumber manusia yang terlatih serta kerjasama amat penting. Penyaringan berdasarkan populasi di negara sumber terhad tidak munasabah.
 
Bagaimana pula dengan penyaringan individu?
Penyaringan memang patut jika seseorang itu berpotensi tinggi menghidapi sesuatu penyakit. Sebagai contoh, jika anda mempunyai sejarah kanser payudara atau kolon di kalangan ahli keluarga anda, maka ujian menyaring bagi kanser tersebut akan meningkatkan kemungkinan mengesan penyakit ini pada tahap awal. Ujian petanda kanser di dalam darah tidak berguna secara umum kerana petanda ini biasanya hanya meningkat pada tahap akhir.
 
Oleh itu, apakah yang kita perlu buat? Menyaring atau tidak?
Jadi akhirnya, jika anda sihat, tidak mempunyai tanda penyakit, serta tidak mempunyai kaum keluarga yang pernah menghidapi penyakit ini, perlukah anda menjalani penyaringan demi mengesan sama ada anda menghidapi kanser?

Mula-mula apabila anda ingin menjalani ujian penyaringan, pastikan keutuhan ujian tersebut. Jika ujian tersebut mempunyai kadar negatif palsu yang tinggi, anda akan mendapati diri anda leka dan tidak akan mengambil tindakan walaupun mempunyai tanda-tanda sesuatu kanser.

Jika ujian tersebut mempunyai kadar positif palsu yang tinggi pula, anda akan mengalami satu jangka waktu yang penuh kerisauan serta menjalankan lebih banyak ujian yang mahal dan tidak diperlukan demi membuktikan bahawa anda tidak mempunyai kanser.

Perkara kedua yang perlu diambil kira ialah sama ada kanser yang anda ingin menguji adalah sejenis kanser yang mempunyai insiden tinggi. Jika anda seorang wanita, kanser paling biasa adalah kanser payudara dan serviks, dan pastikan sama ada wujudnya ujian yang dapat diharapkan sebelum memilih menjalankan ujian penyaringan bagi kanser tersebut.

Anda mesti sedar bahawa sebarang perkara yang luar biasa yang di jumpa mesti terus disiasat. Hakikatnya bahawa memang semua ujian akan mewujudkan keputusan yang palsu kadang kala dan tidak ada satu-satunya ujian yang sempurna.
 

Sila klik disini untuk artikel selanjut
 


 


Copyright © 2001-2008 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia
All Rights Reserved

Terms of Use

Last Updated:
Monday, 11 April 2005