|
| |
|

|
|
Resipi Memperoleh Yang
Terbaik Daripada Kehidupan Bersama Penyakit Barah |
|
pabila
doktor mengumumkan bahawa kita menghidap penyakit barah, ia
boleh dikatakan sebagai sesuatu yang menggerunkan.
Disebabkan minda kita memerlukan masa yang lama untuk
menerima hakikat hidup bersama penyakit tersebut, kami terus
membuat kesimpulan bahawa kita sedang mati disebabkan
penyakit barah. Sementara masa dan pengalaman membawa kita
mengharungi perjalanan untuk memulihkan diri, kita
menghadapi anjakan paradigma dan mula-mula mengetahui bahawa
kita boleh dan sedang hidup dengan barah.
Setiap makhluk di dunia ini sentiasa berusaha memperoleh
sesuatu yang terbaik daripada kehidupan. Lebih-lebih lagi
apabila kita menghidapi penyakit yang mengancam nyawa kita.
Oleh itu, bukannya aneh bahawa kehidupan biasa mereka yang
menghidapi penyakit barah tidak diheboh-hebohkan. Sebaliknya,
mereka yang mengalami kehidupan ‘luar biasa’ kerana menerima
rawatan luar biasa sentiasa diumumkan dalam berita untuk
pengetahuan orang ramai.
Di samping usaha kerajaan membina populasi untuk menghadapi
cabaran negara yang pesat membangun, terdapat beberapa
sektor yang didapati sedang merosot. Malangnya, golongan
kecil rakyat Malaysia yang mengamalkan tabiat membaca
terdedah kepada bahan yang salah. Kita lebih dipengaruhi
oleh cara mengubati penyakit barah yang aneh sedangkan kita
mengabaikan fakta-fakta benar, hasil daripada kajian
saintifik yang sudah diuji berkali-kali dan telah mengalami
pelbagai ujian klinikal sebelum diberikan kepada orang ramai
untuk digunakan. Terdapat juga beberapa sektor yang cuba
menjual produk mereka yang belum dibuktikan keberkesanannya
dan cuba mengambil kesempatan untuk memperdaya kita.
Teknologi perubatan sudah banyak melonjak ke depan sehingga
seseorang dapat hidup dengan sesetengah penyakit setelah
diubati melalui pelbagai kaedah yang sudah dibuktikan
keberkesanannya melalui ujian saintifik. Saya sentiasa
memperkenalkan diri saya dengan kata-kata “Saya sedang hidup
dengan penyakit barah payudara”, ini membuktikan bahawa
seseorang dapat menyambung fungsi atau peranan dalam
masyarakat dengan mudah-mudahan. Sudah tentu bahawa
pengesanan awal penyakit ini serta penerimaan rawatan adalah
mustahak dalam peringkat awal hidup dengan penyakit barah.
Bagi mencapai peringkat ini, setiap seseorang yang didapati
mempunyai penyakit barah tidak sepatutnya berputus asa malah
mesti menghadapi pelbagai rawatan dalam usaha sembuh.
Menggunakan pengalaman kami dalam pengesanan, rawatan dan
penyembuhan penyakit payudara, kami sedia membantu dan
memberikan hala tuju kepada anda dan saudara anda.
Kebanyakan penduduk Malaysia secara terus dikaitkan dengan
penyakit barah. Rawatan secara kerap serta ujian pengesanan
penyakit mesti diadakan dengan doktor famili atau pakar
perubatan yang sedang mengubati anda.
|
|
Menyediakan diri untuk rawatan
|
Ia
lebih menyenangkan apabila anda bersama seorang ahli
keluarga atau kawan baik bersama anda sewaktu anda bercakap
dengan doktor. Antara soalan yang dapat anda menanya doktor
anda ialah:
• Apakah jenis barah yang sedang
dihidapi oleh saya?
• Apakah peringkat penyakit barah tersebut?
• Apakah jenis rawatan yang disyorkan oleh doktor?
• Berapakah kos rawatan ini?
• Apakah caranya untuk saya mengawal kesan sampingan rawatan
ini?
• Mestinya saya mengubah corak hidup saya semasa mengalami
rawatan? |
|
Langkah Tambahan Dalam Menerima
Rawatan |
1.
Tanya doktor anda soalan walaupun anda berasa soalan itu
mungkin tidak begitu tepat.
2. Bawa semua bahan mengenai rawatan sebelumnya yang telah
anda menghadapi serta semua bahan tambahan seperti x-ray dan
hasil ujian semasa berjumpa doktor anda.
3. Ikuti langkah ‘menguji-sendiri’ seperti yang telah
diarahkan contoh: Pemeriksaan Sendiri Payudara setiap bulan
- PSP.
4. Pastikan bahawa pakar anda memberikan anda semua
informasi yang diperlukan. Ia mungkin menakutkan pada
awalnya tetapi dengan memperoleh fakta ini, anda akan lebih
memahami penyakit anda serta cara untuk mengawal penyakit
itu.
5. Jika anda membaca apa-apa artikel mengenai penyakit barah
dalam majalah atau menerusi internet, bawakan artikel itu
kepada pakar anda untuk mendapat tahu ketepatannya.
Disebabkan keadaan kita, kita mungkin terpengaruh dengan
pelbagai “rawatan aneh” yang hanya bertujuan menipu anda
serta mengambil wang anda. Jika anda mahu mengambil vitamin
tambahan ataupun bahan herba, anda mesti memberitahu doktor
anda. Kesan daripada pengambilan bahan herba ini boleh
menjejaskan rawatan yang sedang diambil oleh anda.
6. Pengurangan berat badan serta mengubah tabiat pemakanan
sentiasa diheboh-hebohkan sebagai sesuatu rawatan barah.
Anda mungkin terpengaruh bahawa wujudnya sesetengah makanan
yang dapat menyembuhkan penyakit yang anda sedang menghidapi.
Anda sepatutnya berjumpa dengan doktor anda serta
membincangkan perubahan tabiat pemakanan yang mahu anda
membuat sebelum mengambil langkah tersebut kerana keadaan
ini boleh menjejaskan kesihatan anda dengan lebih teruk.
7. Pembuktian penyakit barah mesti diikuti dengan rawatan
yang sudah dibuktikan keberkesanannya melalui kajian
saintifik kerana ini mustahak dalam memastikan anda terus
hidup serta memastikan anda menikmati taraf hidup yang
sempurna. Anda mesti berhubung dengan pakar perubatan anda
seperti pembedah, pakar onkologi, serta pakar perubatan yang
lain.
8. Semasa menghadapi rawatan, anda mungkin juga mengalami
pelbagai kesan sampingan. Anda boleh menghubungi NGOs (Badan
Bukan Kerajaan) untuk menerima sokongan emosi seta pelbagai
informasi. Persatuan Kebajikan Kanser Payudara - Breast
Cancer Welfare Association (603-79540133), Persatuan Kanser
Kebangsaan Negara -National Cancer Society of Malaysia
(603-26987300), Hospis Malaysia (603-91333936).
9. Sementara pendapat kedua boleh membantu, ia adalah
penting bahawa anda tahu mengenai pendapat yang bertentangan
serta dapat membezakan kedua-dua pendapat tersebut. Anda
mestilah menanya pelbagai soalan agar anda mengurangkan
kekeliruan anda serta membolehkan anda menerima rawatan
terbaik.
Ramai penduduk Malaysia berpendapat bahawa pakar perubatan
dalam negara asing terutamanya dalam negara jiran kita
adalah lebih berkebolehan serta lebih berpengalaman
berbanding pakar di negara kita sendiri. Pakar perubatan di
negara kita telah menerima pendidikan setaraf dengan pakar
perubatan lain serta mempunyai lebih banyak pengalaman
disebabkan populasi negara kita yang lebih tinggi. Benar
bahawa satu keburukan yang kita hadapi sebagai pesakit ialah
kita akan memilih seseorang doktor setelah mendengar nasihat
kawan atau saudara kita. Oleh itu, anda mesti menerima
senarai pelbagai pakar perubatan agar anda dapat membuat
pilihan yang terbaik untuk diri anda.
10. Anda mesti mengingati bahawa anda paling terdedah pada
waktu ini. Anda mestilah berhati-hati kerana wujudnya ramai
orang yang akan mencuba menipu anda untuk menjalani rawatan
cepat sembuh. Pakar perubatan anda paling sesuai dijumpai
untuk menerima nasihat. Anda mesti berhati-hati semasa
membaca artikel mengenai penyakit barah menerusi internet
atau laman-laman yang tidak disyorkan oleh hospital ataupun
pihak bertanggungjawab.
|
|
Langkah Tambahan Dalam Menjaga
Diri Sewaktu Sembuh |
|
1.
Perjalanan untuk sembuh dicampuradukkan dengan pelbagai
perasaan gelisah dan gembira. Anda mungkin mahu memulakan
tabiat hidup yang baru. Pastikan anda tidak lupa mengikuti
rawatan tambahan atau berjumpa dengan doktor anda.
2. Tabiat pemakanan seimbang serta senaman ringan
membolehkan kita menjaga kesihatan kita. Jika anda mahu
mengubahkan tabiat pemakanan anda, anda mesti berjumpa
dengan doktor anda.
3.
Anda sepatutnya membina tabiat atau hobi yang membolehkan
anda berasa baik. Amalkan setiap hari sebagai permulaan yang
baru.
4. Berjumpa dengan kawan-kawan anda yang anda rapat atau
menyukai. Tontonlah atau baca buku-buku yang berupaya
membuat anda ketawa dan berasa riang.
5. Jangan berasa malu. Anda mestilah berterus terang dengan
mereka di sekeliling anda serta memberitahu mereka bahawa
anda sedang hidup dengan penyakit barah. Mereka akan
menyokong langkah-langkah anda serta akan mengucapkan
tahniah kepada anda kerana berjaya mengatasi penyakit
tersebut.
6. Ikuti kumpulan sokongan ataupun sekumpulan penghidap
penyakit yang serupa dengan anda. Lama kelamaan, anda akan
merasa diri anda sebagai seorang teladan kepada pesakit baru.
Jika anda menjadikan diri anda berfaedah kepada komuniti,
anda sendiri akan berasa baik. Anda harus mengingati bahawa
pengalaman anda dengan penyakit barah boleh menjadi teladan
kepada orang lain dan sebaliknya, pengalaman seseorang lain
boleh menjadi teladan kepada anda.
7. Membina keyakinan diri dan menjalani aktiviti seperti
biasa boleh mengambil masa yang lama. Rapatkan diri dengan
saudara dan kawan-kawan anda yang sentiasa memberikan anda
sokongan.
8. Jangan mengabaikan sesuatu. Anda sudah diberikan satu
lagi peluang untuk hidup! Jika anda mahu membuat sesuatu
jangan berfikir panjang… Buatnya sahaja!!!
9. Sentiasa mengingati bahawa anda dalam perjalanan untuk
menjadi sihat. Kehidupan anda adalah di depan anda. Langit
adalah hadnya. Ambil kesempatan membuat sebaik-baiknya
dengan kehidupan anda. |
|
|
|
Sila
klik disini untuk artikel selanjut
|
|
|
Copyright © 2001-2008 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia
All Rights Reserved
Terms
of Use Last
Updated:
Monday, 11 April 2005 |
|