| | 
|
|---|
| Merokok memang tidak ‘cool’! | Oleh Dr Evelyn Ho Bincang isu ini pada Forum Radiology Malaysia 
| Jika anda tidak berhenti merokok, anak anda lebih berkemungkinan memulakan tabiat ini... |
elevisyen dan filem sering menonjolkan bintang kesukaan kami menyalakan rokok dengan senang dan selamba sahaja. Kini di negara atas angin, merokok semakin menurun tetapi di Malaysia, giat semakin melihat golongan remaja merokok di khalayak orang ramai dengan selamba sahaja. Pada suatu masa dahulu, merokok ‘disorokkan’ oleh golongan remaja yang degil ingin membantah kehendak ibu bapa mereka serta melanggar peraturan sekolah. Apabila mereka ditangkap, pasti mereka akan dihukum. Tambahan pula golongan wanita muda dalam baju berfesyen mereka yang merokok semakin menambah!
Tidak lama dahulu, saya di sebuah kedai mamak dan memerhatikan seorang wanita yang cantik datang bersama seorang budak untuk memakan. Sebaik sahaja wanita tersebut habis makan, dia terus menyalakan rokok di hadapan anak muda tersebut. Apakah mesej yang kita sedang sampaikan kepada kanak-kanak hari ini?
| | Bagaimanakah merokok membawa kesan kepada badan kita? (merokok secara pasif juga membahayakan) | Kesan kepada rupa kita - Kulit muka kita akan menjadi lebih kering dan senang berkedut
- Gigi menjadi kuning perang
- Menyumbang kepada nafas buruk
- Jari dan kuku menjadi kekuningan
Sebab atau penyumbang kepada risiko kanser Merokok meningkatkan kanser dalam pelbagai organ tetapi khususnya - paru-paru, peti suara, kerongkong, esofagus, pundi kencing, ginjal dan pankreas. Merokok telah dikenal pasti dalam sebagai penyumbang kanser perut, payudara, hati, serviks dan leukemia.
Penyakit paru-paru Ini adalah salah suatu organ yang paling terjejas dan terus di pengaruhi oleh asap rokok. Merokok menyebabkan penyakit paru-paru secara beransur-ansur yang akhirnya mewujudkan keadaan sesak nafas dan masaalah pertukaran udara dalam paru-paru akibat pemusnahan saluran udara. Infeksi paru-paru adalah lebih kerap dan senang bermula di kalangan perokok. Memang ini tidak menjadi suatu cara meninggal dunia yang ‘baik’ memandangkan anda berasa sering dicekik atau sesak nafas senantiasa. Bercunggap sehingga akhir hayat anda merupakan suatu risiko yang ganjil demi untuk mendapat kepuasan merokok.
Jantung Merokok diketahui meningkatkan kadar denyutan jantung serta menyebabkan jantung anda bekerja lebih keras. Merokok juga merosakkan sel darah anda. Pengguguran dan bayi anda yang bakal lahir! Merokok mengurangkan kesuburan dan di kalangan lelaki, kemungkinan mati pucuk lebih tinggi. Kadar keguguran adalah lebih tinggi apabila anda merokok.
Jika anda hamil, risiko anda menghadapi masalah lebih tinggi. Fikirkan mengenai anak anda yang bakal lahir. Bayi yang lahir berkemungkinan lahir dengan berat yang kurang dari biasa dan ini meningkatkan risiko kematian dan penyakit semasa bayi dan kanak-kanak. | | Cabarkan diri – elakkan merokok! | Kerajaan Malaysia telah bertindak menghapuskan tabiat ini yang membunuh berjuta orang di serata dunia serta memakan belanja yang tinggi bagi menangangi masalah yang bersangkut paut dengan merokok. Walau bagaimanapun, ini adalah suatu tanggung jawab yang mesti dipandang berat kerana tidak ada orang lain kecuali diri anda yang akan bertanggungjawab jika anak anda mula merokok. Adakah kami sedia menerima tanggung jawab ini untuk menjadikan udara kita lebih bersih serta menjadikan dunia ini lebih selamat bagi generasi akan datang?
Semasa kita menghadapi cabaran ini, kami mesti cuba mengharamkan merokok pada semua filem – kecuali untuk menunjukkan bahaya merokok! | | Link berguna (dalam Bahasa Inggeris) | Action on Smoking and Health www.ash.org www.ash.org.uk
Tobacco Information and Prevention Source (TIPS) www.cdc.gov/tobacco/
Medline Plus Information on smoking http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/smoking.html
Kids’ Health for Kids – Smoking Stinks! http://kidshealth.org/kid/watch/house/smoking.html
BBC news: Smoking Killing Millions Globally http://news.bbc.co.uk/1/hi/health/4034597.stm Confessions of a Nicotine Addict http://202.186.86.35/health/story.asp?file=/2005/3/13/health/10373394&sec=health
| Bincang isu ini pada Forum Radiology Malaysia | Kembali ke laman utama
|
|
Copyright © 2001-2012, College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia All Rights Reserved Terms of Use Last Updated: Thursday, 08 March 2012 |
|