GENERAL INFORMATION
Ø News
Ø
General Health Info
Ø Radiology & Oncology
Ø
Breast Health Info Centre
Ø Palliative Care & Cancer Support
Ø The College Of Radiology
Ø
Directories

Our patient briefings explain a variety of diagnostic procedures and treatments, how patients should prepare for them, and what patients can expect to experience during and after the procedure. These briefings are provided as a service to help patients address their medical care with less anxiety and greater comfort.

PILIHAN BAHASA MALAYSIA
Ø Ke Seksyen BM
Ø
Pusat Sumber Kanser Payudara

MEDICAL & RADIOLOGY PROFESSIONALS
Ø Click here, if you are a medical or radiology professional

TALKBACK (Q&A)
Ø
Having Problems using this website?
Ø Q & A Archive
Ø Send Your Feedback

MEMBERS' CORNER
Ø
Members' Homepage
Ø Suara Radiologi/College Newsletter

 
 


SPONSORSHIP OPPORTUNITIES

Interested in sponsorship of the Radiology Malaysia web site? Please click here for more information.

You may also place advertisements throughout the Radiology Malaysia web site. For more information on how you may do this, please click here!
 

 
 

Media Centre

Information about the College of Radiology and its activities for the Media and Press.
Please Click Here!
 

This web site is best viewed at 1024 x 768 resolution using:

Windows Internet Explorer 9

OR



You should also set your display to show 16M colours for better colour reproduction.




For a complete Web Experience!


Whilst every effort is taken to ensure that information and other content on this site is as true and accurate as possible, there may be instances where errors may occur. In such an event, we should be grateful if you could notify us so that we can set the situation right.

We also take similar efforts to ensure that we do not infringe the rights of Copyright owners. Should you feel that we have committed a breach of copyright, please notify us so that we may arrange for the immediate removal of the material from this site.
 

 

Anti-Virus Info

 

Locations of visitors to this page

 


Patutkah Anda Melalui Skan Tomografi Berkomputer (CT) Seluruh Tubuh?
Oleh Dr Evelyn Ho; Diterjemah oleh Hashimah Hashim

Dikemaskinikan pada 30 Ogos 2006

 

Bincangkan isu ini di  Forum Radiology Malaysia

 

 

Skan CT paru-paru yang berperinci

Pembinaan semula 3-D skan CT tulang leher

4 Imej Skan CT Abdomen

emeriksaan Radiology memainkan peranan penting dalam penyiasatan mengenal pasti penyakit kanser, peringkat/tahap penyakit kanser, mengawasi perkembangannya, perancangan rawatan, menguji adanya atau tiadanya penyakit kanser, ataupun penyakit berulang semula, dan juga menjadi alat pengimejan untuk memandu proses mengambil tisu untuk kajian tanpa bedah (biopsi).I

Perkembangan dan kemajuan dalam rekaan alat diagnostik imaging amatlah pesat sekali dan ini adalah dialu-alukan kerana tidak payahlah pesakit dibedah untuk penyiasatan! Sekarang pula ada teknologi di mana pengimejan bolehlah dibuat hingga ke peringkat molekul. 

Selanjutnya, dengan perkembangan teknologi ini, adalah diharapkan alat diagnostik canggih ini dapat mengenal pasti penyakit dari peringkat awal lagi dan seterusnya dapat membendung atau mengelakkan kesan penyakit sama sekali! 

Menjalani prosidur Radiologi untuk pemeriksaan saringan (“screening”) ada  faedahnya tetapi juga kesan sampingan yang mungkin membahayakan. Lihat “Menyaring atau Tidak

Di bidang perubatan Radiologi, sebelum saringan dilakukan ke atas pesakit, perkara yang dipertimbangkan adalah: 

  • Faedah berbanding risikonya (“Benefits vs Risks”)

  • ALARA (Pencapaian Tahap Serendah Mungkin)

Adakah wajar menjalankan ujian pengimejan?

Kita perlu memikir tentang soalan-soalan seperti berikut: 

  • Adakah sebab munasabah untuk melakukan ujian ini?

  • Sekiranya ujian ini dilakukan, adakah keputusan ujian ini penting kepada doktor anda untuk mengubah ataupun menentukan rawatan yang paling sesuai untuk penyakit anda?

  • Sekiranya ia adalah ujian saringan, adakah bukti yang kukuh bahawa ujian ini akan mengurangkan kematian dan kesiksaan pesakit daripada penyakit tertentu?
Apakah ujian pengimejan atau penyiasatan yang terbaik untuk anda?

Sebagai contoh: Dalam kes di mana batu hempedu disyaki, pemeriksaan yang terbaik dan senang sekali adalah pemeriksaan ultrasound. Ia adalah lebih baik daripada x-ray abdomen kerana hanya 10% batu karang hempedu boleh kesan oleh gambar x-ray. 

Sekiranya tujuan ujian adalah untuk saringan- apakah cara yang terbaik? Sebagai contoh: Untuk kanser payudara setakat ini, mamografi telah terbukti cara yang terbaik untuk mengenalpasti kanser di peringkat awal. Namun, ia tidak memberi jawapan 100% kerana ia bergantung kepada kepadatan tisu payudara seseorang, kualiti mamogram dan kemahiran Pakar Radiologi dalam membaca mamogram anda. 

ALARA merujuk kepada mendapati informasi optimum dengan menggunakan penyebaran radiasi ion yang minimal, mengambil kira faktor sosioekonomi. Prinsip ini masih digunakan walaupun bidang Radiologi (yang sekarang lebih tepat dinamakan bidang perubatan pengimejan biomedical) tidak lagi hanya menggunakan x-ray sahaja. Sekarang ini terdapat isu keselamatan dalam penggunaan ultrasound
atau pengimejan resonans magnetik (MRI).
 
Skan CT dan sukatan radiasi yang diterima 

Skan CT menggunakan radiasi ion (X-ray) dan oleh kerana ia memerlukan banyak imej rajah silangan (cross-sectional images) di bahagian tubuh berkenaan, penyebaran radiasi adalah lebih tinggi berbanding dengan x-ray dada (radiograf dada). Sekiranya ujian ini wajar diperlukan, isu radiasi ini tidak lagi penting berbanding dengan kebaikan yang akan diterima untuk diagnosa ataupun rawatan seseorang tersebut. 

Masalah timbul apabila individu biasa terdedah kepada pancaran skan CT terutamanya CT seluruh tubuh semata-mata mengenalpasti penyakit kanser. Walaupun skan CT merangkumi 5% sahaja dari jumlah ujian Radiologi, tetapi ia menyumbangkan 40% penyebaran radiasi di dalam kesemua ujian Radiologi (Unscear 2000 Report). 

Teknologi canggih menggunakan lapisan berganda yang sangat nipis yang boleh dilakukan di tubuh manusia dalam masa yang singkat amatlah mudah mempengaruhi pengggunaan skan CT untuk pemeriksaan yang lebih terperinci. Skan CT kepala adalah bersamaan 243 hari penyebaran persekitaran radiasi (“background radiation”)! Secara teori, risiko untuk seseorang mendapat kanser selepas skan CT abdomen adalah 1 dalam 2000 orang untuk jangka seumur hidupnya. 

Menurut satu laporan penyelidikan antarabangsa (Radiology 2004; 232:735-738) pendedahan risiko radiasi CT scan seluruh tubuh adalah bersamaan seperti pendedahan radiasi yang diterima oleh beberapa manusia hidup bomb atom Hiroshima dan Nagasaki!

Patutkah anda takuti skan CT?
Jawapannya adalah TIDAK sekiranya sesuatu dijumpai semasa menjalani ujian awal seperti radiografi, ultrasound atau doktor anda telah diagnosis dan mengenal pasti anda perlu menjalani skan CT untuk penyiasatan selanjutnya. Sekiranya dengan ujian CT dapat menolong dalam penyiasatan dan rawatan yang diberi oleh doktor anda, ujian CT mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda. Faedah menggunakan CT Scan ternyata lebih daripada risikonya. Jika dibandingkan bahawa kadangkala hidup penuh dengan risiko – seperti melintas jalanraya, menghisap rokok, memandu kereta atau bernafasan udara sekeliling anda! Oleh itu sekiranya skan CT sangat diperlukan dan dinasihati oleh doktor pakar anda, maka risiko radiasi tidak perlu difikirkan lagi.
 
Skan CT Seluruh Tubuh – Apa Nasihatnya? 
 

Tiada bukti terkini (Ogos 2006) untuk menggunakan Skan CT ke atas mana-mana bahagian tubuh untuk pemeriksaan saringan penyakit diperingkat awal untuk mengawal atau menghalang penyakit itu dari bertambah serius atau menyelamat seseorang dari kematian awal.


Setakat ini skan CT tidak dapat mengenal pasti penyakit pada peringkat awal di mana rawatan boleh membawa lebih faedah daripada risikonya.

 

Ini adalah benar walaupun dengan menggunakan sistem teknologi yang tercanggih buat masa ini termasuk “multislice CT Scanner” atau ‘Electron Beam CT Scanner”. Mungkin ada kebenaran bahawa skan CT dapat menolong mengenal pasti pengiraan kalsium saluran darah untuk menyaring penyakit aterosklerotik urat darah koronari (jantung). Skan CT Scan juga diselidik dan digunakan untuk menyaring kanser paru-paru atau kanser kolon. Walaubagaimanapun, skan CT hanya digunakan di bahagian tubuh tertentu dan tidak seluruh badan dan hanya kepada mereka yang berisiko tinggi!

 

Perlu diingatkan bahawa dalam kes-kes penyakit termasuk kanser, tidak ada bukti yang skan CT dapat mengesan penyakit di peringkat awal. Seperti contoh, CT mungkin menunjukkan seseorang itu normal walaupun pesakit itu sudah alami penyakit tetapi tidak berasa sakit. Ini bermaksud menjalani skan CT seluruh tubuh tidak memberi jaminan 100% seseorang itu tidak mengalami penyakit atau kanser. Tidak kesemua penyakit dapat dikesani oleh skan CT terutama di peringkat awal.

 

Apakah potensi bahaya daripada saringan skan CT seluruh tubuh?

Teknik canggih skan CT multislice mungkin boleh mengesan keadaan tisu tidak normal tetapi keadaan tidak normal ini tidaklah merbahaya kepada kesihatan seseorang. Walaubagaimanapun apabila ianya dikesan, penyiasatan lanjut dijalankan seperti biopsi atau pembedahan di mana ada risikonya. Semuanya bukan sahaja memerlukan kos perbelanjaan perubatan tetapi seseorang itu terpaksa mengalami perasaan runsing, ketakutan dan kepahitan apabila melalui proses penyelidikan selanjutnya termasuk risiko yang terlibat dalam pemeriksaan lanjutan tersebut.   

Sebagai contoh, menjalani saringan skan CT untuk kanser paru-paru bagi mereka yang merokok. Ini tidak semestinya mengurangkan kadar kematian pesakit kanser paru-paru walaupun dikesan di peringkat awal. Satu laporan (Radiology 2005; 235 ;259-265) menunjukkan bahawa walaupun skan CT dapat mengesan kanser paru-paru diperingkat awal pada penghisap rokok, penyakit kanser ini berkembang lambat, kemungkinan tidak ketaraf kematian. Ada pula jenis kanser paru-paru yang berkembang cepat dan agresif sehingga mengesannya di peringkat awal tidak dapat dirawati dan tidak dapat menyelamatkan nyawa pesakit tersebut. 

Separuh daripada keputusan biopsi yang dijalankan melalui pembedahan adalah nodul paru-paru bukan kanser. Ini adalah proses yang mahal dan boleh membahayakan kepada mereka yang menjalani pembedahan untuk membuang nodul paru-paru. Jangan lupa- pembedahan kanser paru-paru mempunyai 3-5% risiko kematian. 

Walaupun skan CT tidak bersifat ceroboh (non-invasive) tetapi ia ada memberi kesan radiasi ion seperti dibincangkan diatas. Ini adalah seperti menjalani beratus hingga seribu radiograf dada (chest x-ray) bergantung kepada protokol dan parameter mengskan yang digunakan. 

Laporan pembelanjaan efektif kos skan CT diterbitkan baru-baru ini (Radiologi 2005; 234:415-422). Perbandingan dibuat antara skan CT seluruh tubuh dengan penjagaan perubatan biasa dan ia menunjukkan faedah skan CT hanyalah menambahkan hidup 6 hari untuk kos USD 2513 bagi seseorang pesakit. Ini tidak memadai untuk seorang pesakit yang tidak berisiko tinggi. Laporan itu juga memberi kesimpulan bahawa skan CT Scan tidak “cost effective” dan menambahkan kos bebanan di sistem penjagaan kesihatan.
 

Bilakah skan CT berguna dan diperlukan? 

Keadaan berbeza sekiranya ada petunjuk dan simptom serta kemungkinan adanya penyakit tertentu adalah tinggi. Bersamaan ini doktor mendapati kesan tidak normal dan skan CT Scan dijalankan di bahagian tubuh berkenaan sahaja untuk mengenal pasti keadaan penyakit. 

Di situasi lain, skan CT digunakan untuk mengetahui peringkat penyakit, contohnya, penyakit kanser di mana CT boleh menolong dalam biopsi. Skan CT juga boleh digunakan bersamaan dengan penyelidikan pengimejan yang lain untuk penyiasatan penyakit selanjutnya dan penting untuk pelan rawatan. Ada banyak lagi cara kaedah pengimejan yang patut dipertimbangkan mengikut situasi seperti MRI, ultrasound dan sebagainya. 

Ia memang boleh mengelirukan seseorang. Adakah satu cara lebih baik dari yang lain? Jawapannya ya atau tidak and bergantung kepada bahagian tubuh berkenaan, soalan yang perlu kita jawab dan jenis penyakit seseorang itu. Perbincangan dan kerjasama yang rapi di antara pihak doktor dan Pakar Radiologi adalah penting supaya anda dapat yang terbaik dari pemeriksaan/ujian anda!
 

Ringkasan:
Berilah perhatian dan pertimbangan semula sekiranya anda berpendapat CT untuk seluruh badan adalah baik dan tidak ada risiko. Buatlah perbandingan faedah dengan risikonya terdahulu.

 

Pernyataan Kolej Radiologi terhadap skan CT untuk seluruh tubuh - 12 April 2005 

Setelah meneliti dan membuat kajian semua data yang sedia ada, pihak Kolej tidak menyokong kegunaan skan CT seluruh tubuh termasuk CT paru-paru, CT kolonoskopi, CT arteri koronari untuk mereka yang sihat tanpa faktor risiko kerana risiko skan CT melebihi faedahnya. 

Organisasi lain yang turut bersependapat ialah : -

  • American College of Radiology
  • American College of Cardiology/American Heart Association
  • American Association of Physicists in Medicine (AAPM)
  • Health Physics Society
  • Royal Australian and New Zealand College of Radiologists
Rujukan:

US Food and Drug Administration on Whole Body CT: www.fda.gov/cdrh/ct

US Food and Drug Administration on Radiation Risks: http://www.fda.gov/cdrh/ct/risks.html

American College of Radiology Position Statement on CT Screening Examinations
http://www.acr.org/s_acr/doc.asp?CID=2192&DID=16014

Health Physics Society http://hps.org/documents/CTPosStm.pdf

National Radiological Protection Board (UK)/Health Protection Board Radiation Division: http://www.hpa.org.uk/radiation/default.htm

Royal Australian and New Zealand College of Radiologists Media Statement on Whole Body CT http://www.ranzcr.edu.au/newsandevents/mediareleases/index.cfm

Radiation Health and Safety Advisory Council (Australia) www.arpansa.gov.au/pubs/rhsac/st1_aug02.pdf

NSW Environment Protection Authority. Information on whole body scanning 2003. www.epa.nsw.gov.au/radiation/ctbodyscans.htm

New South Wales Health: New Penalties to Control Whole Body CT Scan
www.health.nsw.gov.au/news/2003/June/08-06-03ct.htm

 

Bincangkan isu ini di Forum Radiology Malaysia  
 

<<< Kembali Ke laman utama 


 


Copyright © 2001-2011 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia
All Rights Reserved

Terms of Use

Last Updated:
Monday, 21 February 2011