GENERAL INFORMATION
Ø News
Ø
General Health Info
Ø Radiology & Oncology
Ø
Breast Health Info Centre
Ø Palliative Care & Cancer Support
Ø The College Of Radiology
Ø
Directories

Our patient briefings explain a variety of diagnostic procedures and treatments, how patients should prepare for them, and what patients can expect to experience during and after the procedure. These briefings are provided as a service to help patients address their medical care with less anxiety and greater comfort.

PILIHAN BAHASA MALAYSIA
Ø Ke Seksyen BM
Ø
Pusat Sumber Kanser Payudara

Click Here! With the introduction of the new Agfa film/screen system for mammography, we have taken mammography another major step forward. This new milestone in mammography incorporates a century of experience in imaging technology, offering an image with high contrast and high definition for outstanding visualization of details throughout the breast.

MEDICAL & RADIOLOGY PROFESSIONALS
Ø Click here, if you are a medical or radiology professional

TALKBACK (Q&A)
Ø Radiology Malaysia Forum
Ø
Having Problems using this website?
Ø Q & A Archive
Ø Send Your Feedback

MEMBERS' CORNER

Restricted Zone
Ø Register for Access
Ø Members' Homepage
Ø JobSearch
Ø Suara Radiologi/College Newsletter


Interested in sponsoring this section? Please click here for more info

You may also place advertisements throughout the Radiology Malaysia web site. For more information on how you may do this, please click here!

 

Media Centre

Information about the College of Radiology and its activities for the Media and Press.
Please Click Here!
 

This web site is best viewed at 1024 x 768 resolution using:

Windows Internet Explorer 7

OR



You should also set your display to show 16M colours for better colour reproduction.




For a complete Web Experience!


Whilst every effort is taken to ensure that information and other content on this site is as true and accurate as possible, there may be instances where errors may occur. In such an event, we should be grateful if you could notify us so that we can set the situation right.

We also take similar efforts to ensure that we do not infringe the rights of Copyright owners. Should you feel that we have committed a breach of copyright, please notify us so that we may arrange for the immediate removal of the material from this site.
 

 

Anti-Virus Info

 
 
 

Adakah Doktor Mengabaikan Pesakit Tenat? Merawat hati yang terluka…  

Oleh Rosalie Shaw, Konsultan Perubatan Paliatif dan Pengarah Eksekutif Rangkaian Perubatan Paliatif Hospis Asia Pasifik, Australia (Asia Pacific Hospice Palliative Care Network)


Pesanan Editor: Ini adalah sebahagian daripada petikan dan sorotan yang diambil dari ucapan Dr Shaw di Majlis Tahunan Makan Malam Hospis Malaysia pada 11 Disember 2005 di mana setiap pakar harus mengambil berat mengenai perasaan pesakit di bawah jagaannya. Dr Shaw meneliti hal ini secara terperinci di mana beliau berkongsi pengalamannya sendiri bersama-sama untuk menolong kita di dalam penjagaan kesihatan dan seterusnya mengubah cara pemikiran kita di dalam usaha menyediakan seliaan perubatan yang efektif.

 

Berilah pendapat ataupun komen anda di Forum Radiology Malaysia


 

Perubahan Konsep Hospis

Tahun 2005 telah menguji daya ketahanan, keberanian dan harapan untuk melalui hari-hari mendatang dengan penuh ketabahan. Era kemodenan dunia bertambah pesat, ia memerlukan kita mengharungi cabaran dengan sepenuh tenaga yang ada di dalam diri kita.

Semasa saya berada dinegara Cina pada minggu lepas, saya terfikir bagaimana untuk mengubah konsep hospis dan juga mengenai nilai-nilai murni sebagai panduan untuk kita semua. Hospis (atau dikenali sebagai perubatan paliatif) akhirnya diterima di Australia sebagai pengkhususan perubatan. Ia diiktiraf sekarang tetapi telah mengambil masa yang begitu lama untuk diterima oleh masyarakat setempat. Sekarang, di Australia mahupun di kebanyakan negara-negara lain telah berbincang untuk menyediakan lebih banyak pusat hospis, bukan sahaja untuk pesakit kanser tetapi juga bagi pesakit yang memerlukan penjagaan bagi mereka meniti sisa hari-hari yang akan berlalu. Ini termasuklah pesakit jantung yang berada pada tahap kritikal, yang tidak dapat diselamatkan dan juga pesakit paru-paru. Tidak ketinggalan juga kanak-kanak yang menghidapi penyakit yang dihadapi semasa kelahiran yang mengancam nyawa. Di Australia, lebih dari separuh kanak-kanak yang menghuni pusat hospis tidak menghidapi kanser.
 

Terlalu ramai pesakit yang tidak mendapat penjagaan perubatan paliatif yang baik
Terdapat lebih kurang 1000 Pusat Hospis di serata Asia (termasuk di negara Australia dan New Zealand). Lebih 1,200 orang menghadiri Persidangan Asia Pasifik di Seoul, Korea pada bulan Mac tahun ini. Walaupun begitu, masih ramai pesakit yang tidak mendapat penjagaan yang baik.
 

Servis hospis yang begitu baik tidak dapat menghalang daripada dikritik, di mana ia mengfokuskan hanya kepada simptom fizikal dan mengabaikan perasaan pesakit iaitu meredakan perasaan yang disebabkan oleh ketakutan, kebimbangan, kesedihan, rasa berdosa, malu dan juga kekecewaan yang dirasai oleh pesakit dan ahli keluarga mereka.

Belajar Memahami Sifat Belas Kasihan
Di dalam perjalanan pulang dari negara Cina, saya telah membeli sebuah buku semasa berada di dalam kapal terbang. Di dalam buku tersebut, saya telah tertarik untuk membaca mengenai seorang penulis Inggeris bernama Aldous Huxley. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1963, pada hari yang sama presiden Amerika, John F Kennedy dibunuh. Beliau juga menjadi terkenal dengan bukunya yang bertajuk “Brave New World”. Saya terfikir jika Aldous Huxley masih hidup, apakah yang akan bermain di dalam minda beliau mengenai dunia kita pada tahun 2005 hari ini. Beliau telah menulis mengenai keagamaan, tanpa mengira bangsa hingga ke akhir hayat. Di akhir hayatnya, seorang rakan telah bertanyakan kepadanya, sepanjang pertemuan demi pertemuan bersama para ulama dari pelbagai agama dan bangsa, apakah beliau telah mempelajari sesuatu dari mereka. Jawapan beliau sungguh memeranjatkan, beliau berkata, “Saya berasa malu untuk memberitahu anda mengenai pengalaman saya, semua yang saya pelajari tanpa mengira bangsa dan agama ialah belajar mengenai perasaan atau sifat belas kasihan dan penyayang.”

Jawapan yang mudah, sifat belas kasihan yang harus dipupuk di dalam diri kita, akan tetapi kita sering melupakannya. Walaubagaimanapun, semasa saya di Lapangan Terbang Changi, kata-kata Aldous Huxley kembali bermain di benak fikiran saya. Keadaan di lapangan terbang tersebut amat sibuk sehinggakan jangkaan saya lebih 100 orang beratur untuk mendapatkan teksi. Seperti biasa pihak berkuasa lapangan terbang mengawal dan menyediakan laluan berliku-liku yang membingungkan apabila ia dikepung dengan tiang-tiang dan pita-pita yang bersambung-sambung. Ini adalah untuk orang ramai beratur secara sistematik tetapi memerlukan kita untuk berjalan ke hadapan dan ke belakang semasa berada di laluan berliku itu.

Pihak berkuasa beruniform pasti terpandang seorang lelaki yang memakai topang kaki terpaksa mengikuti laluan berkenaan dengan keadaan tempang. Lelaki tersebut patah kaki kanan di mana dia tidak dapat meletakkan kedua-dua kakinya. Dia juga terpaksa mengharungi laluan yang membingungkan itu sambil mengesat peluh yang mengalir ke mukanya dengan saputangan. Kami tidak berpeluh sedikit pun semasa menunggu di dalam laluan berkenaan kerana terminal tersebut berhawa dingin. Peluh kesakitan dan ikhtiar sendiri mungkin yang dirasai oleh lelaki itu. Tiada siapa yang endah akan keadaan itu dan suatu persoalan bermain di fikiran saya, bagaimana untuk membantu lelaki malang tersebut? Patutkah saya mempelawanya untuk duduk di atas beg saya yang diletakkan di troli? Akan tetapi saya tidak pasti dapat menolak lelaki seberat 70kg bersama-sama beg saya yang beratnya sudah 25kg. Maka, seperti orang lain, saya tidak berbuat apa-apa selain memerhatikannya yang berjalan tempang dari satu barisan ke satu barisan hingga ke pintu luar untuk mendapatkan teksi.

Persoalan demi persoalan bermain-main di fikiran saya, apakah yang telah terjadi pada kita semua? Di mana perasaan belas kasihan? Kenapa kita mengendahkan keadaan sekeliling yang mengaburi diri daripada merasai kesakitan yang dialami oleh seseorang?
 
Doktor yang Mengabaikan Pesakit Tenat
Pada bulan Julai yang lalu, Dame Cicely Saunders, pengasas gerakan hospis, telah meninggal dunia pada umur 87 tahun. Kita semua sedia maklum dengan ceritanya, bermula dari seorang jururawat, kemudian telah menjadi seorang pekerja perubatan kemasyarakatan dan akhirnya seorang doktor. Amat menarik apabila beliau mengambil keputusan untuk menjadi seorang doktor, beliau telah mengalami kecederaan di bahagian belakang dan mula melakukan kerja kemasyarakatan. Selepas beberapa tahun kemudian selepas menjalani pembedahan, kecederaan yang dialami telah berkurangan dan beliau telah mengambil keputusan untuk kembali bekerja menjaga pesakit yang tenat. Bagaimanapun, seorang Pakar Bedah di Hospital St. Thomas di mana tempat beliau bekerja telah berkata, “Jika anda mahu bekerja dengan pesakit yang bakal menimpa maut, belajarlah untuk menjadi doktor perubatan kerana doktor sendiri yang mengabaikan pesakit-pesakit yang tenat.”

Adakah ini benar, doktor dan jururawat mengabaikan pesakit tenat? Jawapannya, saya rasa ya – di kebanyakan negara, di kebanyakan hospital dan juga segelintir di rumah hospis. Beberapa minggu yang lalu, salah seorang jururawat perubatan paliatif menelefon saya di tengah-tengah malam. Seorang pesakit kanak-kanak sedang berada di dalam keadaan yang amat tenat, dia dijaga oleh kedua ibu bapanya di rumah pada ketika itu. Kedua-dua ibu bapa berkenaan cemas dan telah menelefon jururawat berkenaan beberapa kali. Jururawat tersebut telah menelefon doktor yang berkenaan tetapi doktor tersebut berkata bahawa tiada apa yang dapat dilakukan olehnya, kerana masa untuk kanak-kanak tersebut sudah tiba untuk menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Perkara sebegini tidak boleh diterima dan tidak boleh berlaku. Hakikatnya, walau tiada apa yang boleh dilakukan oleh doktor berkenaan, ia adalah mengenai perasaan belas kasihan atau berperikemanusiaan. Beliau sepatutnya pergi ke rumah tersebut tanpa mengira waktu pada saat-saat genting itu dan sama-sama berkongsi kesedihan yang dirasai oleh kedua ibu bapa berkenaan.
 
Lagi Contoh Doktor dan Jururawat yang Mengabaikan Pesakit Tenat
Di seluruh dunia, saya telah melihat dengan mata saya sendiri, doktor dan jururawat yang mengabaikan pesakit-pesakit tenat. Teringat saya mengenai seorang pesakit wanita di sebuah hospital. Dia baru berusia 27 tahun tetapi telah menghidapi kanser serviks, yang telah menular dan menyerang tulangnya. Kaki kirinya di dalam kast plaster dan tangan kanannya membengkak. Kulitnya panas, merah dan berkilat telah menegang di mana kanser yang dihidapinya pantas merebak. Dia terbaring dengan sehelai tuala membasahi dahi, mata tertutup tetapi riak mukanya jelas terbayang kesakitan yang tidak terhingga.

Tidak mengira waktu, siang mahupun malam, suaminya setia menanti di sisi. Anak-anaknya, berumur 6 dan 8 tahun dijaga oleh ibunya. “ Apa yang boleh dilakukan?” suaminya bertanya. “ Saya tidak sanggup melihat kesengsaraannya sebegini,” suaminya sesekali meratap kesedihan.

Kami jua tidak dapat melihat keadaan isterinya sebegitu. Kami mencadangkan penukaran ubat untuk mengurangkan kesakitan yang dialami. Morfin telah diberikan dengan menggunakan pam yang diberikan secara berterusan dengan menyuntiknya di bawah lapisan kulit. Pada waktu tengahari, kami pergi melawat dan mendapati pam tersebut tidak ditukarkan. Sekali lagi kami menyuruh staf wad untuk menukarkannya. Keesokan harinya, pada awal pagi saya melihat pesakit berkenaan kelihatan tenang. “Dia dapat tidur semalam?” saya bertanya kepada suaminya. “Tidak,” dia menjawab. “Dia menahan sakit sehingga mereka menukar pam berkenaan pagi ini,” sambungnya lagi. Saya sungguh kecewa, amat kecewa. Kenapa jururawat dan doktor bertindak sedemikian, tidak berperikemanusiaan? Mereka ada ubatnya, mereka tahu banyak manakah yang perlu diberi kepada pesakit berkenaan tetapi mereka tidak langsung ambil peduli untuk mengurangkan kesakitan dan kesengsaraan yang dialami oleh pesakit berkenaan. Mereka tidak perihatin, bagi mereka ia hanyalah suatu kes kanser kronik di katil 17.
 

Cerita ini mengingatkan kita mengenai penjagaan paliatif ialah bukan sahaja mengenai pengetahuan dan kemahiran. Tentunya kemahiran adalah penting dan boleh diajar dan dipelajari. Pengkhususan tugas amat penting di mana ia menekankan penggunaan ubat yang betul serta kebolehan berkomunikasi dengan terang dan sopan juga amat penting. Terapi yang paling penting dan mujarab tertaluk kepada sikap seseorang itu sendiri.

Kesan Hospis Malaysia
Hospis Malaysia telah menjaga lebih daripada 900 orang pesakit untuk tahun 2005. Ini amatlah penting kepada pesakit itu sendiri, keluarga dan juga masyarakat sekeliling. Orang ramai sering bercakap mengenai kebaikan yang mereka terima daripada hospis tersebut. Perkara utama yang diutarakan oleh mereka ialah sifat pengasih dan penyayang yang diterima daripada staf dan juga sukarelawan yang tampil membantu. Inilah yang membuatkan pengalaman di hospis tidak luput di ingatan, ucapan terima kasih sentiasa bermain di mulut mereka.

Hospis Malaysia telah mengembangkan perkhidmatan mereka kepada komuniti yang lebih besar. Tahun ini, seramai 270 orang yang terdiri daripada doktor dan jururawat telah menjalani 6 kursus di mana matlamat kursus lebih memberi penekanan terhadap sikap pengasih dan penyayang seiring dengan pengetahuan dan kemahiran cara pengendalian simptom. Mereka kembali bekerja seperti biasa dengan membawa pulang semangat yang baru dan jitu.

Mahatma Ghandi pernah berkata “Anda perlu berubah untuk melihat perubahan di dunia.” Saya percaya inilah yang sedang diusahakan oleh Hospis Malaysia. Ia melahirkan insan yang lebih perihatin, penyayang dan tabah.
 

Sering kita terdengar keluhan-keluhan doktor: “Ia tidak akan menjadi masalah kepada anda – doktor perubatan paliatif. Anda boleh berhadapan dengan pesakit sepanjang hari, tetapi kami semua amat sibuk, menguruskan klinik. Kami tidak mempunyai masa untuk mendengar masalah pesakit.”

Suatu Lagi Pengalaman Wad Hospis
Saya ditanya jika ingin berjumpa dengan seorang pesakit yang sudah lumpuh (‘paraplegia’) di mana saya telah mengetahui serba sedikit mengenai latarbelakang beliau. Pesakit berkenaan berada di dalam linkungan 50-an, beristeri dan dua orang anak yang masih bersekolah. Penyakit kanser beliau telah merebak hingga ke tulang. Ini menyebabkan beliau menjadi lumpuh dari pinggang ke bawah. Walaupun beliau telah menjalani rawatan radioterapi, tetapi ia tidak menunjukkkan sebarang tanda-tanda untuk sembuh.

Saya duduk di sisi beliau dan seorang penterjermah mengatakan bahawa beliau berasa amat sedih kerana berhadapan dengan masalah ini tetapi saya amat terharu kerana sakit yang dihidapinya telah berkurang walaupun penyakit yang dihidapinya semakin kronik. Saya menyelami hati beliau dan juga isterinya yang berada di sisi katil, bahawa bukan mudah untuk berhadapan dengan semua ini. Saya bertanya kepada beliau, keinginannya untuk pulang ke rumah. Saya juga bertanya bagaimana keadaannya di rumah jika beliau pulang kelak kerana dia tidak dapat menggerakkan kedua-dua kakinya. Beliau mengatakan isterinya telah menguruskannya dalam keadaan begini di hospital, maka sama sahaja di rumah nanti.

Pada sebelah petang hari yang sama, doktor-doktor di situ membawa saya makan malam. Saya berasa amat terkejut apabila mereka memberitahu saya bahawa saya tidak sepatutnya bertanyakan mengenai pesakit tadi pulang ke rumah. “Anda tidak faham tradisi kami di sini. Pesakit ini akan menemui ajal dan apabila pesakit-pesakit memasuki hospis, mereka tidak akan pulang. Kami tidak bercakap mengenai kepulangan pesakit ke rumah kerana kami tidak mahu menambahkan lagi kesedihan mereka,” kata doktor-doktor berkenaan kepada saya.

“Adakah pesakit itu berasa sedih?” saya bertanya. “Tidak, itulah yang aneh bagi kami tadi,” mereka menambah. “ Dia tidak langsung kelihatan sedih apabila anda bertanyakan soalan itu dan kami tidak tahu samada dia ingin pulang ke rumah atau tidak,” kata doktor-doktor tersebut. Mereka memberitahu saya lagi, sebaik sahaja saya keluar dari wad tersebut, jururawat yang bertugas telah melihat pesakit berkenaan menangis. Mereka tidak pernah melihatnya menangis.

Saya amat perihatin apabila saya merasakan bahawa saya telah membuatkan pesakit berkenaan menangis. Lantas saya bertanya, “Apa yang telah membuatkan beliau menangis?” Kemudian mereka memberi jawapan yang memeranjatkan, “Saya rasa kerana anda telah menyentuh beliau. Pada mulanya dia tidak berasa selesa tetapi kami rasa dia menyukainya dan anda telah memandangnya sebagai seorang insan biasa yang sihat.”

Apa yang perlu saya katakan! Mereka tidak pernah menyentuh seorang pesakit? Mereka tidak pernah memandang tepat ke arah mereka? Bagaimana mereka meluahkan perasaan kasih sayang tanpa sentuhan? Doktor yang berpengalaman di situ mengatakan saya telah menyentuh hati dan perasaannya, “Saya belajar sesuatu daripada anda hari ini iaitu menjalinkan hubungan sesama manusia tanpa mengira waktu.”

Ini adalah benar. Ada satu pepatah yang mengingatkan kita mengenai perkara ini. “Kita sering melupakan keajaiban sentuhan, sebuah senyuman, sepatah kata tanda ingatan, mendengar keluhan, memuji dengan ikhlas atau walau sedikit perlakuan penyayang dilakukan, ia dapat merubah kehidupan seseorang dengan jayanya.” Leo Buscaglia
 
Adakah Kita Saling Menghormati Satu Sama Lain?
Ini membawa saya kepada perkara yang terakhir. Saya telah bercakap mengenai kasih sayang terhadap pesakit kami. Di Hospis kami juga bercakap mengenai bekerjasama demi menghasilkan penjagaan yang terbaik untuk pesakit-pesakit kami.

Tetapi, adakah kita saling menghormati satu sama lain? Saya rasa kita sering menumpukan perhatian terhadap kerja menyebabkan kita lupa dengan keperitan dan kesengsaraan di sekeliling kita.

Penjagaan perubatan paliatif adalah suatu kerja yang rumit dan sukar. Setiap hari kita melihat manusia yang menderita dengan kecacatan dan kesakitan. Kita menyayangi pesakit-pesakit berkenaan tetapi mereka menemui ajal jua. Kami berhadapan dengan keputusan yang mungkin akan menyebabkan hidup dan mati seseorang itu. Kami bekerja tidak mengira waktu sehingga mengorbankan waktu bersama keluarga. Kami harus tenang dan sabar walaupun berhadapan dengan masalah ahli keluarga kami yang membantah.

Adakah kita menyayangi antara satu sama lain? Adakah kita memberi pujian yang ikhlas jika sesuatu perkara berjalan dengan lancar? Adakah kita bersedia mendengar, memberi sentuhan yang lembut dan memberi pandangan yang penuh makna apabila sesuatu itu tidak berjalan dengan begitu lancar?

Pepatah lain, kali ini dari rancangan “Winnie the Pooh”. Anda mungkin teringat cerita ini dari zaman kanak-kanak anda, Winnie the Pooh adalah seekor beruang yang banyak mengharungi hidup dengan rakan-rakannya, Tigger, Eeyore, Piglet dan Kanga. Kanga hanyalah seekor kangaru mainan yang mempunyai seekor anak bernama Roo. Pepatah ini dipetik dari buku Milne’s: “Bukan kerana seekor haiwan yang besar tidak memerlukan kasih sayang, walau sebesar mana Tigger, beringatlah bahawa ia juga memerlukan kasih sayang seperti Roo.”

Bermaksud : Orang yang dewasa juga memerlukan kasih sayang seperti seorang bayi.

Ini mengingatkan kita kasih sayang amat penting dalam kehidupan tanpa mengira pangkat ataupun darjat seseorang itu.
 
Kata-Kata Semangat untuk Usaha Hospis Malaysia
Kesedaran masyarakat terhadap pentingnya perubatan paliatif di seluruh negara menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Sepertimana yang kita sedia maklum terdapat 500 perkhidmatan hospis di Asia namun negara-negara seperti Bangladesh, Kemboja dan Laos hampir tiada perkhidmatan seperti ini disediakan. Masih terdapat banyak wad-wad yang tidak menghiraukan keadaan pesakit barah yang menyamai kes di katil 17. Kita haruslah menyambung usaha murni ini. Perubatan paliatif bukan sahaja membuktikan bahawa jururawat dan doktor yang berkebolehan mempunyai sifat penyayang, tetapi ia juga menyediakan program pendidikan yang inovatif bagi mengalakkan orang ramai untuk menjadikannya sebagai model bagi servis perubatan yang terbaik.
 
Berilah pendapat ataupun komen anda di Forum Radiology Malaysia 
 

Kembali ke laman utama


 


Copyright © 2001-2008 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia
All Rights Reserved

Terms of Use

Last Updated:
Tuesday, 01 January 2008