GENERAL INFORMATION
Ø News
Ø
General Health Info
Ø Radiology & Oncology
Ø
Breast Health Info Centre
Ø Palliative Care & Cancer Support
Ø The College Of Radiology
Ø
Directories

Our patient briefings explain a variety of diagnostic procedures and treatments, how patients should prepare for them, and what patients can expect to experience during and after the procedure. These briefings are provided as a service to help patients address their medical care with less anxiety and greater comfort.

PILIHAN BAHASA MALAYSIA
Ø Ke Seksyen BM
Ø
Pusat Sumber Kanser Payudara

Click Here! With the introduction of the new Agfa film/screen system for mammography, we have taken mammography another major step forward. This new milestone in mammography incorporates a century of experience in imaging technology, offering an image with high contrast and high definition for outstanding visualization of details throughout the breast.

MEDICAL & RADIOLOGY PROFESSIONALS
Ø Click here, if you are a medical or radiology professional

TALKBACK (Q&A)
Ø Radiology Malaysia Forum
Ø
Having Problems using this website?
Ø Q & A Archive
Ø Send Your Feedback

MEMBERS' CORNER

Restricted Zone
Ø Register for Access
Ø Members' Homepage
Ø JobSearch
Ø Suara Radiologi/College Newsletter


Interested in sponsoring this section? Please click here for more info

You may also place advertisements throughout the Radiology Malaysia web site. For more information on how you may do this, please click here!

 

Media Centre

Information about the College of Radiology and its activities for the Media and Press.
Please Click Here!
 

This web site is best viewed at 1024 x 768 resolution using:

Windows Internet Explorer 7

OR



You should also set your display to show 16M colours for better colour reproduction.




For a complete Web Experience!


Whilst every effort is taken to ensure that information and other content on this site is as true and accurate as possible, there may be instances where errors may occur. In such an event, we should be grateful if you could notify us so that we can set the situation right.

We also take similar efforts to ensure that we do not infringe the rights of Copyright owners. Should you feel that we have committed a breach of copyright, please notify us so that we may arrange for the immediate removal of the material from this site.
 

 

Anti-Virus Info

 
 
 

Apakah Peranan “Electrical Impedance Tomografi (EIT)” terhadap Pengesanan Awal Kanser Payudara?  

Ringkasan temuramah elektronik dengan Alexander Hartov PhD, Thayer School of Engineering, Dartmouth College, Hanover, AS. 27 Jan 2006

Bincanglah di forum kami
 

Berkenaan Alexander Hartov

Alexander Hartov mempunyai latar belakang dalam bidang elektronik dan kejuruteraan. Beliau kini bekerja sebagai Profesor Madya (Penyelidikan) Kejuruteraan di Kolej Dartmouth, Amerika Syarikat, di mana beliau bekerjasama dengan doktor perubatan. Beliau mempunyai pengkhususan berkenaan dengan peralatan untuk aplikasi perubatan dan lebih spesifik, kegunaan pengukuran impedance untuk pengesanan awal kanser. Beliau juga menceburkan diri dalam bidang surgeri berpandu pengimejan. Penglibatan beliau dalam EIT bermula pada tahun 1996 apabila beliau memasuki fakulti Kolej Dartmouth.

Beliau dalam temuramah ini bercakap dari segi pandangan seorang saintis dan Radiology Malaysia mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi meluangkan masa untuk berbincang mengenai kajian beliau terhadap EIT. Pendapat yang diberi adalah pendapat beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili atau mencerminkan pendapat atau polisi institusi di mana beliau bekerja. Maklumat dalam petikan ini tidak mengganti konsultasi dengan pakar perubatan profesional.

Soalan 1: Di Malaysia, EIT telah menembusi pasaran, termasuk bidang kecantikan dan saloon melangsingkan badan sebagai sebahagian daripada pakej tambahan nilai terhadap wanita. Iklan menggambarkan pengesanan awal kanser payudara tanpa kesakitan dan radiasi telah muncul. Wanita muda, termasuk remaja (15 tahun ke atas) telah digolongkan dalam kumpulan yang boleh memperolehi faedah daripada EIT.

Hartov: Saya bersependapat dengan anda bahawa saringan berleluasa di kalangan wanita termasuk wanita semuda 15 tahun adalah melampau. Ia adalah penipuan walaupun apa teknologi digunakan. Di Amerika Syarikat, usia yang disyorkan untuk permulaan saringan dengan mamografi adalah di antara 40 dan 50 tahun. Saya bersetuju bahawa sejarah keluarga dan faktor-faktor yang lain kadang-kadang mempengaruhi keperluan untuk mamogram pada usia muda. Saringan golongan berumur 20-40 tahun adalah membazir masa jika tiada tanda-tanda keperluan. Saya ingin menambah bahawa ia adalah merugikan sumber dari aspek polisi kesihatan masyarakat. Tetapi ia adalah lumayan dari perspektif perniagaan, iaitu mengapa ia ditawarkan sebagai sebahagian dari pakej organisasi seperti saloon kecantikan dan pelansing badan.

Soalan 2: Apakah itu EIT, Electrical Impedance Tomography, terutamanya merujuk kepada payudara? Saya mendapati terdapat pelbagai perkataan digunakan untuk saringan payudara seperti T-scan, Electrical Impedance Scanning , Electrical Impedance Tomografi. Adakah terdapat perbezaan antara jenis peralatan tersebut?

Hartov: Inilah adalah penerangan secara ringkas terhadap electrical impedance dan apakah kaitannya dengan saringan kanser payudara. Semua tisu mempamirkan ciri elektrik yang memberi kesan terhadap betapa baik arus elektrik mengalir melaluinya (konduktiviti) dan menyimpan arus elektrik (permitiviti). Ini bukan merupakan ciri istimewa tisu kerana semua jisim mempunyai ciri tersebut dan magnitudnya menggambarkan samada ia adalah konduktor (mempunyai konduktiviti yang tinggi) atau isolator (konduktiviti rendah). Jisim yang mempunyai permitiviti tinggi biasanya digunakan di dalam industri elektronik untuk membuat kapasitor, sebagai contohnya.

Dengan mengalirkan arus pada kulit seseorang, kita boleh menyukat impedance tisu tersebut. Impedance merupakan kesan dari konduktiviti dan permitiviti pada aliran arus. Dengan memasang banyak elektrod pada payudara pesakit (sebagai contoh) dan menyukat aliran arus pada setiap elektrod, kita mampu untuk membentuk suatu “peta” variasi impedance tisu. Imej ini dapat memaparkan kawasan yang mempunyai konduktiviti tinggi dan apabila dikesan pada tisu payudara, ini dikaitkan dengan ketumbuhan (tumor). Kesemua proses ini adalah tidak berbahaya memandangkan arus amat sedikit untuk mendatangkan sebarang kesan dan tiada radiasi yang terlibat.

Namun, masih terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan pengunaan pengukuran impedance. Pertama, ia masih belum dibuktikan secara klinikal yang ia mampu secara berkesan untuk membezakan abnormaliti benign (bukan kanser) dan malignan (kanser) pada payudara. Perbezaan memang jelas melalui penyukatan invasi terus in-vivo (dalam organisma hidup) tetapi, bila menyukat secara tidak-invasive, resolusi spatial dan sensitiviti adalah tidak memadai untuk perbezaan yang berkesan. Kami secara terperinci, masih lagi dalam proses kajian klinikal.

Terdapat beberapa teknik untuk penyukatan dan pembinaan semula peta impedance. Kita mengunakan pendekatan pembinaan-semula tomografi. Peralatan Rusia mengunakan pendekatan lebih ringkas di mana bacaan magnitud impedance array elektrod dipersembahkan sebagai imej skala kelabu (grey-scale image). Tompok yang kelihatan cerah (konduktiviti tinggi) dianggap anomaly.

Peralatan T-scan digolongkan dalam kategori yang sama, walaupun cara pembinaan semula (reconstruction) adalah lebih maju di mana ia mampu memberi penggambaran mengikut kedalaman (depth) juga. Sesuatu yang kita perlu tahu tentang peralatan planar array, T-scan terutamanya ialah ia masih belum mendapat kebenaran sebagai pemeriksaan saringan di Amerika Syarikat. Kajian yang dilakukan setakat ini dengan peralatan ini adalah berpandukan pada penggabungan penggunaan T-scan dengan mamografi. Bila ia digunakan secara begini, di mana T-scan hanya diguna pada pesakit yang mempunyai keputusan mamografi yang abnormal, kombinasi ini (mammo + T scan) memperbaiki ketepatan saringan ini secara keseluruhan. Secara bersendirian, T-Scan tidak layak diguna sebagai peralatan saringan kanser payudara.

Soalan 3: Baru-baru ini terdapat laporan, contohnya: Electrical Impedance Scanning untuk Pengesanan Awal Kanser Payudara pada Wanita Muda: Keputusan Preliminari Pelbagai-Pusat Kajian Prospektif Klinikal, Journal of Clinical Oncology, Vol 23, No 12 (April 20) 2005: pp. 2703-2715 & Technology review: Pengunaan Elektrikal Impedance Scanning untuk Pengesanan Kanser Payudara, Breast Cancer Res 2004, 6:69-74. Ada kemungkinan terdapat peranan untuk wanita muda yang mempunyai payudara yang mampat. Apakah pendapat anda?

Hartov: Apa yang penting, saya percaya anda pun tahu, mamografi adalah jauh dari sempurna dan keputusan yang diperolehi mempunyai kadar kesalahan positif dan negatif (error rate). Ini adalah sebabnya kita masih berusaha untuk mencari teknik saringan yang lebih baik. Namun, masih tidak banyak kemajuan telah diperolehi setakat ini. Satu lagi kategori pesakit di mana kadar kesalahan negatif lebih tinggi ialah pada wanita dengan payudara yang mampat. Ia adalah dipercayai bahawa EIT mungkin mampu memperbaiki keputusan saringan bagi golongan ini.

Soalan 4: Adakah masalah iklan yang mengelirukan (pada pengetahuan dan pengalaman yang anda tahu) wujud di negara lain? Jika ada, apakah langkah yang dilakukan di tempat lain bagi membendung dakwaan yang mengeliru dan undang-undang serta peraturan yang sedia ada.

Hartov: Untuk membendung dakwaan tidak berasas dan penipuan untuk mengaut keuntungan akan sentiasa membelenggui kita untuk masa akan datang. Perundangan yang tegas berkait dengan peralatan perubatan akan membantu, terutama bila ia melibatkan dasar kesihatan masyarakat umum.

Soalan 5: Mungkin, akhir kata, anda mempunyai nasihat bagi rakyat Malaysia berkaitan dengan isu Electrical Impedance?

Hartov: Nasihat saya terhadap mereka yang bercadang untuk melakukan EIT ialah ia masih di tahap eksperimen. Jika pakar kecantikan di tempat anda menawarkan perkhidmatan ini, anda patut tanya pada diri anda samada orang tersebut mempunyai qualifikasi untuk mengoperasi peralatan tersebut dan adakah ia mampu menafsirkan keputusan yang terhasil. Saya akan mencadangkan anda menukar pakar kecantikkan anda dan berbincang dengan pakar kesihatan yang bertauliah berkenaan dengan keperluan anda untuk saringan payudara. Jika anda di bawah umur 40 tahun dan tiada riwayat kanser payudara di kalangan ahli keluarga anda, anda berkemungkinan besar masih tidak perlu bimbang mengenainya lagi.

 

Berikanlah pandangan anda! Bincang topik ini di Forum Radiology Malaysia
 

<<< Kembali ke laman utama
 


 


Copyright © 2001-2008 College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia
All Rights Reserved

Terms of Use

Last Updated:
Tuesday, 01 January 2008