Kolej Radiologi, Akademi Perubatan Malaysia Sejarah Ringkas Pada tanggal 27 November 1976, seramai 13 orang pakar radiologi daripada universiti tempatan dan juga Hospital Kuala Lumpur telah membentuk satu jawatankuasa bertujuan untuk menubuhkan Persatuan Radiologi Malaysia (Malaysian Radiological Society). Pada tanggal 28 Disember 1978, Persatuan Radiologi Malaysia telah didaftarkan. Sejak itu, persatuan ini telah mengadakan berbagai-bagai persidangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pada tanggal 23 Ogos 2001, persatuan ini telah digabungkan keseluruhannya dengan Akademi Perubatan Malaysia dan dikenali sebagai Kolej Radiologi, Akademi Perubatan Malaysia (College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia). Pada hari ini jumlah ahli-ahli adalah seramai 240 orang. Wawasan Untuk mempastikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pesakit dan juga masyarakat dengan menggunakan radiologi dan onkologi klinikal sebaik mungkin selaras dengan wawasan kesihatan kebangsaan. Misi Sebagai badan berkuasa dalam radiologi, onkologi klinikal, dan sains bersekutu, kolej ini berhasrat untuk mewujudkan taraf piawaian yang tertinggi secara: Menyediakan pendidikan dan latihan Merumus dan melaksanakan program penentuan kualiti dan taraf amalan Menggalakkan penyelidikan Menasihat dan membantu pihak berkuasa kawalan perkhidmatan yang berkenaan Memberi perkhidmatan kepada masyarakat Bekerjasama dengan badan-badan yang memberi perkhidmatan jagaan kesihatan dan mendidik orang ramai mengenai faedah dan risiko prosedur radiologi dan radioterapi Menentukan taraf piawai dan garis panduan amalan dalam penggunaaan teknologi maklumat.
|