Breast Facts B. Malaysia BCWA Info MBCC Forums Q & A Archive Downloads Links Feedback Search For...

Home Latest News CoR MP About Us Contact Us Terms of Use Radiology Malaysia

Ceritaku


Diterbitkan 28/01/2008

Artikel diseksyen Ini

 

Maklumat Kanser
Pengesanan Awal
PSP
Rawatan
Penjagaan Semasa
Dibawah 35 Tahun
Mamografi
Ketulan Tak Bahaya
Ceritaku
Arkib

 
 
 
 
 
 

 

Cerita Siti Marlina telah memenangi hadiah di dalam Peraduan Radiology Malaysia MyStory: CeritaKu 2005. Cerita asal adalah dalam Bahasa Inggeris, “I lost my breast, but not everything else!”

Aku Kehilangan Payudara Tetapi Bukan Segala-galanya!

Aku tenang sahaja apabila mendapati terdapat satu ketulan pada bahagian bawah payudara kananku. Walaubagaimanapun, 3 bulan selepas harijadiku yang ke 28, aku diberitahu bahawa aku menghidapi penyakit kanser payudara.

Di hospital, aku digegaskan ke bilik 9 dan aku tertanya-tanya mengapa ramai orang dipanggil ke sana. Rupa-rupanya bilik itu adalah bilik yang diasingkan.

Di sinilah duniaku yang indah hancur. Kanser, kata doktor sambil menjeling ke rambutku. Inilah saatnya di mana hala tuju hidupku yang telah dirancang terpesong. Aku mempunyai pekerjaan yang baik dan dalam semester terakhir dalam ijazah Master. Aku sepatutnya bergaji besar, mengumpul wang sebanyak mungkin, merantau ke seluruh dunia dan menulis sajak-sajak indah tentang kehidupan. Aku seharusnya menulis banyak cerita yang diilhamkan oleh mereka yang dijumpai sepanjang perjalananku. Dalam beberapa bulan lagi, aku sepatutnya bernikah dengan lelaki yang aku cintai. Ini semua tidak berlaku. Sebaliknya, aku berulang ke hospital dan berhadapan dengan penantian yang panjang di wad onkologi.

Aku masih ingat bagaimana terkejutnya ayah bila mengetahui keadaanku. Dia kelihatan takut, “Doktor mesti silap ni katanya”. Sukar bagiku melihat ayah begitu pahit menerima kenyataan ini. Airmataku bergenang lagi, namun kupejamkan saja.

Kata orang, apabila seseorang telah disahkan menghidap kanser, ahli keluarganya juga akan turut menderita. Aku juga tahu kenyataan ini akan merosakkan hubungan kekeluargaanku dan bertekad untuk tidak akan membiarkannya berlaku.

Ibuku sebaliknya kelihatan tenang. Begitu juga kakakku, Julie dan abangku Zul. Eida, adikku pula nampak lebih bersimpati. Mungkin dia fikir aku nampak tenang, lalu dia pun ikut sahaja. Sememangnya aku telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, namun aku menangis jua bila keputusan biopsi mengesahkannya.

Aku tidak ingin keluargaku risaukan diriku, tetapi bila mereka mula merunggut, aku terasa seperti tidak dipedulikan. Hakikatnya aku serba salah, walaupun aku mungkin kelihatan tenang dan tabah.

Tunangku sebaliknya lebih memahami. Kepadanyalah segala masalah ku curahkan. Aku dapat menceritakan segala kerisauan, dari rasa takut dan kekecewaan yang aku alami hingga kepada peluang aku untuk hidup.
Dia tetap bersamaku saban hari, mendengar sambil memegang tanganku dan mengusap lenangan airmataku yang tidak dapat dihentikan.

Aku bertanyakan soalan yang sama berulang-ulang kali samada dia masih akan terus menyayangiku jika aku hanya tinggal satu payudara sahaja. Terus-terusan aku mengatakan kepadanya bahawa aku rela melepaskannya dari segala janji-janji jika keadaan tidak menyebelahiku. Sebaliknya dia tanpa henti terus menyakinkanku bahawa dia menyayangi diriku, bukannya payudaraku. Aku berpura-pura memahami walaupun sebenarnya aku tidak.

Aku sanggup melepaskan dia pergi kerana aku tahu walaupun aku mungkin terselamat kali ini, namun aku akan terus hidup dalam ketakutan disebabkan masih ada kemungkinan masalah ini akan berulang lagi. Aku juga mungkin terpaksa melupakan hasratku untuk mendapatkan zuriat kerana badanku akan dipenuhi dengan estrogen (penyumbang utama kanser payudara) ketika hamil nanti. Mie berhak membina keluarga yang lebih sempurna yang tidak dapat aku berikan. Tetapi dialah tunggak kekuatanku dan aku masih terlalu takut untuk menghadapinya seorang diri.

Beberapa hari sebelum pembedahan, aku berdiri di hadapan cermin. Pakaian aku lepaskan dan mataku tertumpu pada bahagian yang berpenyakit itu. Inilah payudaraku yang masih dara dan tegang yang baru berusia 28 tahun , menunggu saat dilupuskan. Belum pun sempat lagi ia melaksanakan tugasnya sebagai sesuatu yang hebat dalam perhubungan suami-isteri dan menyusukan anak-anakku hingga mereka sihat dan kuat. Kemungkinan ini, tidak akan berlaku lagi. Fikirku “kurang dari seminggu lagi, bahagian tubuhku ini akan meninggalkanku”. Tidak mahu terus ditelan kekecewaan, aku luangkan beberapa minit setiap hari untuk mengucapkan selamat tinggal sambil mengusapnya. Aku cuba untuk tidak terlalu memikirkan ketulan yang dapat dirasai di bawah lapisan lembut tisu payudaraku. Aku juga membisikkan salam perpisahan kepadanya bagi menyediakan diriku untuk menerima kenyataan bahawa ia bakal pergi dan bukan lagi sebahagian dari tubuh badanku. Terlintas juga difikiranku ketika itu “kalaulah aku ada kamera polaroid”.

Dua hari selepas aku dibenarkan pulang dari hospital, aku begitu sibuk menyediakan kek dan sajian untuk Hari Raya. Sesi kemoterapi berjalan seperti biasa. Seperti selalu, apabila rambutku mula gugur, Mie juga mencukur rambutnya. “Aku kelihatan seperti pelakun cina dalam cerita ‘Chinese Soccer’” katanya sambil tersenyum dan saat aku mula jatuh cinta padanya seolah berulang kembali. Mac 2005, aku selesai menjalani rawatan dan doktor memberitahu bahawa aku akan beransur pulih. Maka, pada 4 September 2005, aku dan Mie diijab-kabulkan. Itulah hari paling bahagia dalam hidup kami.

Tiada siapa tahu yang aku pernah berada di ambang maut. Mereka tidak mungkin dapat meneka bahawa hanya beberapa bulan yang lalu aku pernah terlantar di katil hospital dengan dikelilingi peralatan yang besar yang mengeluarkan radiasi untuk memerangi sisa sel-sel kanser. Dengan prostesis di dalam tubuhku, aku kelihatan seperti wanita-wanita lain. Tetapi apabila pakaian dilucutkan kenyataan kembali menjelma. Di sana, menggantikan tempat payudaraku, adalah parut yang kelihatan melengkung ke bawah, merah gelap warnanya, sepanjang 19cm merentas di dadaku.

 

Kes barah
payudara meningkat di seluruh dunia

Setiap 3 minit, seorang wanita akan disahkan menghidap penyakit barah payudara di Amerika Syarikat.

Setiap 11 minit,
seorang wanita meninggal akibat serangan penyakit
barah payudara di Amerika Syarikat.

Setiap tahun, sebanyak 30,000 wanita dan200 lelaki disahkan menghidap penyakit barah payudara
di United Kingdom.
 

   

Home Up Next

Copyright © 2001-2008, Epromed Services Sdn Bhd
All Rights Reserved
Terms of Use