Apakah pendapat beberapa wanita mengenai pengalaman mamogram mereka? Kita telah bertanya beberapa pesakit yang sedang menjalankan mamogram beberapa soalan. Inilah pendapat mereka. Pesakit ini telah mengambil bahagian dalam Program Mammogram Bersubsidi, yang adalah sebahagian Kempen Kesedaran Kanser Payudara 2001, yang taja oleh Dana Yayasan Radiologi MMA serta Kolej Radiologi pada Oktober 2001. Nama penuh hanya dicetak jika diberi kebenaran.
Klik disini untuk mendapat maklumat lanjut mengenai mamogram. Mary T – 49 tahun (mamogram- pertama)RM: Bagaimana pengalaman anda? MT: “Menyakitkan” RM: Bolehkah anda menerangkan tahap kesakitan ini? MT: Sakit yang boleh ditahan, memang dapat ditahan. Soon Sew Hoon – 48 Tahun (mamogram kedua)RM: Bagaimana pengalaman anda? SSH: Senang saja! Julie S – 50 tahun (mamogram- kedua)RM: Ini bukan mamogram pertama anda, bagaimana pula pengalaman kali pertama anda? JS: berasa takut akan prosedur ini kerana saya dengar cerita dari kawan saya tentang cara payudara saya akan ditekan tetapi kerana umur meningkat, saya memilih untuk melakukannya. Saya terkejut bahawa prosedur ini boleh tahan!! Roobavathy – 42 tahun (mamogram pertama)RM: Bagaimana anda dengar mengenai mamogram? R: Kawan saya memberitahu saya mengenai kempen ini dan program mamogram bersubsidi - jadi saya melayari laman web, www.radiologymalaysia.org dan mendaftarkan diri bagi program ini. RM: Apakah perasaan anda sebelum anda menjalani mamogram? R: Saya sangka bahawa prosedur sejenis skan, seperti x-ray ringkas atau sejenis pemeriksaan dengan menggunakan tangan. RM: Apa yang berlaku semasa anda di bilik mamogram? R: Saya terkejut kerana diminta menanggalkan blaus saya serta coli saya! Saya juga berasa pergerakan payudara saya tidak selesa tetapi dapat ditahan. Lagipun bagi masa singkat. RM: Selepas menjalani proses ini, adakah anda akan menyarankan prosedur ini kepada wanita lain jika seorang doktor menasihati mereka berbuat demikian? R: Saya tentu akan menggalakkannya menjalankan mamogram. Proses in jauh lebih senang berbanding dengan lain ujian penyaringan seperti Pap Smear! HCH – 44 tahun (mamogram pertama)RM: Mengapakah anda mengambil bahagian dalam program ini? HCH: Saya baca mengenainya dalam surat khabar RM: Adakah anda risau mengenai menjalani proses mamogram ini? HCH: Saya diberitahu payudara saya akan ditekan kuat dan ini akan menyakitkan. Saya takut akan prosedur ini tetapi berpendapat perlu dijalankan. RM: Bagaimana pengalaman ‘sebenar’ anda? HCH: Memang ok. Kurang selesa tetapi bagi masa yang singkat. Boleh ditahan. RM: Adakah anda akan menjalaninya semula jika perlu? HCH: YA! TGL – 48 tahun (mamogram kedua)RM: Bilakah mamogram pertama anda?
TGL: 10 tahun lalu!
RM: Mengapakah jurang yang begitu besar antara mamogram lalu dan sekarang?
TGL: Saya tidak selesa dengan payudara saya di tekan dan kempis. Saya mendapatinya agak menyakitkan.
RM: Adakah sakit itu boleh tahan? Adakah kesakitan sama dengan kesakitan semasa melahirkan anak?
TGL: Ya kesakitan boleh ditahan dan tidak boleh dibandingi dengan kesakitan melahirkan anak.
RM:Adakah anda akan menyarankannya ke wanita lain?
TGL: Ya, terutama sekali jika mereka memerlukannya. CKN – 53 tahun (mamogram kedua)RM: Bagaimana mamogram anda? CKN: Kesakitan yang boleh tahan. LKY – 41 tahun (mamogram pertama)RM: Bagaimana mamogram anda? LKY: Sakit! RM: Bagaimana kesakitannya apabila dibandingkan dengan melahirkan anak? LKY: Saya tidak tahu. Tidak pernah beranak. RM: Adakah seperti jari anda terkena pintu yang sedang tutup atau seperti kena luka? LKY: Tidak, tidak seperti itu RM: Adakah kesakitannya dapat ditahan? LKY: Ya, memang dapat ditahan kerana kesakitannya bagi masa singkat sahaja (semasa payudara dimampat) |