Apakah yang saya faham mengenai faktor risiko kanser payudara? Faktor risiko adalah suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung. Risiko seorang individu terhadap sesuatu penyakit tidak mudah ditentukan kerana pengaruh faktor-faktor risiko berbeza. Seorang wanita seharusnya mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi risikonya terhadap kanser payudara. Secara ringkas, faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko kanser payudara: Kaum wanita (99% kes kanser payudara adalah di kalangan kaum wanita) umur yang meningkat mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara (adik-beradik, ibu, anak, bapa) telah mendapat kanser pada satu payudara tidak pernah melahirkan anak
Risiko seorang wanita meningkat selepas usia 40 tahun. Jika ada riwayat keluarga yang positif, maka risikonya akan meningkat juga. Wanita seperti ini harus mengambil langkah berjaga-jaga seperti selalu melakukan PSP sebelum berusia 40 tahun. Mamografi mungkin perlu dilakukan walaupun usia lebih muda daripada 40 tahun. Perlu diingatkan bahawa risiko seorang individu terhadap kanser payudara tidak boleh ditentukan dengan tepat di mana terdapatnya faktor-faktor lain seperti tabiat pemakanan, paras aktiviti harian, dan riwayat keluarga yang boleh mempengaruhi risiko tersebut. |