Breast Facts B. Malaysia BCWA Info MBCC Forums Q & A Archive Downloads Links Feedback Search For...

Home Latest News CoR MP About Us Contact Us Terms of Use Radiology Malaysia

Mamografi


Dikemaskini 23/06/2008

Artikel diseksyen Ini

 

Maklumat Kanser
Pengesanan Awal
PSP
Rawatan
Penjagaan Semasa
Dibawah 35 Tahun
Mamografi
Ketulan Tak Bahaya
Ceritaku
Arkib

 

Anggapan salah mengenai mamografi

Jika doktor saya tidak mensyorkan mamografi, saya tidak harus melakukannya?

Banyak kajian telah menunjukkan sebab utama wanita tidak melakukan mamografi adalah kerana tidak disyorkan oleh doktor mereka sendiri.

Jika umur anda termasuk dalam golongan yang berisiko mendapat kanser payudara, terpulang pada anda untuk menanyakan doktor anda mengenai keperluan mamografi.
 

Ibu dan nenek saya tidak mendapati kanser payudara, jadi saya tidak perlu bimbang 

Sebenarnya, jika anda seorang wanita, dan umur anda meningkat, anda adalah mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser payudara. Sebanyak 70-80% wanita yang mendapat kanser payudara tidak mempunyai riwayat keluarga. Wanita berusia lebih 40 tahun digalakkan menjalani pemeriksaan mamografi setiap 1-2 tahun. Jika ia mempunyai riwayat keluarga yang positif, pemeriksaan ini mungkin harus bermula pada umur yang lebih muda.
 

Saya tidak memerlukan mamografi kecuali jika saya ada ketulan di dalam payudara dan juga tidak mempunyai apa-apa gejala 

Sebenarnya pemeriksaan saringan mamografi membantu mengesan kanser payudara di peringkat awal semasa ia masih belum dapat dirasai oleh pesakit sendiri. Masa yang paling baik untuk mengesan kanser ialah semasa anda belum merasai apa-apa tanda.   
 

Aduh, mamografi menyakitkan

Semasa mamografi dilakukan, tisu payudara dimampatkan seketika dan ini menimbulkan perasaan sakit. Proses pemampatan membolehkan mamografi dilakukan dengan dos radiasi yang rendah dan juga membolehkan tisu payudara kelihatan lebih jelas. Proses pemampatan ini hanya sekejap sahaja dan boleh diterima oleh ramai pesakit. Ramai wanita berpendapat kesakitannya tidaklah seperti yang dijangkakan. Perasaan sakit ini bergantung kepada individu. Perasaan cemas dan ketakutan menambah lagi perasaan sakit. Kekurangan perbincangan antara juru mamografi dan pesakit juga akan menambahkan perasaan sakit.

Perasaan tidak selesa semasa mamografi adalah kecil berbanding dengan sakit semasa bersalin tetapi perasaan sakit semasa bersalin ini boleh diterima kerana kegembiraan dan kesyukoran menerima zuriat. Perasaan sakit semasa mamografi mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda.

Kini peralatan mamografi mempunyai reka bentuk termoden yang mengesan proses pemampatan dengan optima. Kebanyakannya mempunyai alat pengesan pemampatan yang akan menghentikan proses pemampatan sebaik sahaja pendedahan dilakukukan. Sekiranya anda pergi mendapatkan mamografi dengan minda yang terbuka, ia tidak akan menjadi pengalaman yang pahit kepada anda. Praktiskan sikap positif dan anda akan mengatasi ketakutan menjalani pemeriksaan mamografi.
 
 

Saiz payudara terlalu kecil untuk mamogram!

Sungguhpun payudara saiz kecil lebih sukar dilakukan, anda tidak perlu bimbang. Jarang sekali mamogram tidak boleh dilakukan kerana saiz payu dara kecil.
 

Saya akan terdedah kapada kadar radisi yang berlebihan -Mamogram adalah merbahaya! Saya boleh menghidapi kanser payudara sekiranya saya melakukan mamogram

Adalah langkah bijak bagi kita mengetahui mengenai bahaya radiasi, tetapi kita mungkin tidak mengetahui mengenai radiasi yang didedahi kita. Kita terdedah kapada radiasi daripada angkasa lepas, daripada persekitaran, jumlah kecil daripada pemakanan, akibat pendedahan semasa kerja, daripada bahanapi dan daripada pemeriksaan perubatan. Walaubagaimanapun kepandaian  mengenai radiasi tidak bermakna anda takut terhadap radiasi. Lagipun, kita selalu lupa kita sentiasa menghadapi ancaman, contohnya melintas jalanraya tanpa menggunakan jejantas atau pun kita masih merokok sungguhpun rokok itu terbukti kaitannya dengan kanser paru-paru. 

Satu pemeriksaan mamogram sama saperti berjemur matahari selama 2 jam atau 2 minggu pendedahan radiasi persekitaran

Pusat mamogram mempunyai kakitangan yang mahir serta peralatan moden khusus untuk mamogram. Kombinasi teknologi dan kemahiran tinggi akan menghasilkan mamogram berkualiti tinggi dengan pendedahan dos radiasi yang rendah. 

Satu pemeriksaan mamogram sama dengan risiko  

  • Pejalanan udara sejauh 70 batu
  • Memandu 10 batu
  • Menghisap 1/8 batang rokok
  • Hidup selama 3minit pada usia 60 tahun.

Merokok lebih merbahaya daripada mamogram kerana mamogram dilakukan sekali setahun dibandingkan merokok iaitu 365 hari setahun 

Risiko menghidapi kanser adalah 1 kematian setahun dalam setiap 6,000,000 wanita yang melakukan mamogram selama 10 tahun. Ini dikenal pasti selepas 10 tahun kerana kesan kanser mungkin tidak akan timbul sekurang-kurangnya 10 selepas pendedahan. 

Peringatan

Dengan peralatan kini, dos radiasi adalah minima. Kanser yang tidak dikesan pada peringkat awal adalah lebih merbahaya daripada pendehadan dos radiasi yang rendah. 

Sebagai tambahan:
“Tiada seorang wanita yang terbukti menghidapi kanser akibat mamografi”
Dr. Stephen Feiq, Radiological Society of North America, Disember 1997

 

 

Mamografi tidak perlu ditakuti!

“Tiada seorang wanita dibuktikan mendapat kanser payudara akibat menjalani pemeriksaan mamografi, " kata Dr Stephen Feig

Back Home Up Next

Copyright © 2001-2008, Epromed Services Sdn Bhd

All Rights Reserved
Terms of Use