Kelebihan Utama Mamografi Tidak semua kanser membentuk ketulan. Tidak semua kanser boleh dikesan melalui pemeriksaan fisikal atau sentuhan tangan kecuali setelah ianya menjadi cukup besar. Ada jenis kanser yang hanya boleh dirasai selepas satu atau dua tahun mengikut kadar pembesaran kanser tersebut. Sungguh pun mamogram tidak seratus peratus tepat, ianya boleh: - Mengesan lesi (lesion) pada peringkat awal
- Mengesan lesi yang tidak dapat dirasai dengan tangan
- Mengesan lesi sebelum ianya boleh dirasai dengan tangan
- Memberi maklumat penting mengenai ketulan atau perubahan payudara yang dikesan oleh anda atau doktor anda.
Mamogram yang dilakukan harus dibandingkan dengan mamogram yang dibuat sebelumnya untuk mendapat maklumat baru yang membantu pakar radiologi mengesan perubahan kecil yang disebabkan oleh kanser. Mamogram yang dilakukan secara teratur dapat memberi peluang yang lebih baik untuk mengenal pasti kanser pada peringkat awal jika dibandingkan dengan mamogram yang lakukan secara sekali sekala sahaja. |