You need Macromedia Flash to view this!

Breast Facts B. Malaysia BCWA Info MBCC Forums Q & A Archive Downloads Links Feedback Search For...

Home Latest News CoR MP About Us Contact Us Terms of Use Radiology Malaysia

Mamografi


Dikemaskini 28/01/2008

 Articles in
this section

 

SECTIONS

Maklumat Kanser
Pengesanan Awal
PSP
Rawatan
Penjagaan Semasa
Dibawah 35 Tahun
Mamografi
Ketulan Tak Bahaya
Ceritaku
Arkib

 

Berapa kerapkah saya perlukan pemeriksaan mamogram atau ultrasound atau kedua-duanya sekali?

Tidak kira berapa usia anda, bagi anda yang melakukan mamogram  secara teratur, mungkin juga anda memerlukan pemeriksaan ultrasound sebagai pemeriksaan tambahan untuk menyiasat sesuatu kelainan yang mungkin bukan disebabkan oleh kanser tetapi memerlukan pemantauan yang rapi. 

Walaubagaimanapun, kekerapan pemeriksaan bergantung kepada factor-faktor tertentu. Apa yang digunakan kepada orang ramai yang menjalani pemeriksaan saringan (bermakna mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala penyakit payudara) mungkin tidak boleh disamakan dengan apa yang dialami oleh anda. Perlu diingatkan bahawa mamografi saringan mempunyai implikasi yang berbeza dengan mamografi diagnostik bagi mereka yang mempunyai gejala penyakit. 

Jika anda ada kesangsian.berbincanglah dengan doktor anda. 

Faktor-faktor tersebut termasuklah: 

  • Apa yang dikesan semasa pemeriksaan pertama?
  • Gejala gejala yang anda alami
  • Apakah yang dikesan semasa pemeriksaan yang berikutnya?
  • Riwayat keluarga anda dan faktor risiko yang lain
  • Perancangan doktor anda untuk proses pengawasan anda
  • Tahap kebimbangan anda yang biasanya dinyatakan kepada doktor anda
  • Persepsi anda mengenai manfaat dan risikonya

 

Perbincangan dengan doktor anda adalah langkah yang penting. Apa yang boleh digunakan untuk sahabat anda mungkin tidak sesuai untuk anda. Ingat, setiap kita adalah seorang individu yang berbeza.

 

 

Early Detection
Can Save Your
Life!

Mammography need not be a difficult procedure. Remember to relax and communicate with the lady mammographer. Before you know it, it's all over!

Back Home Up Next

Copyright © 2001-2008, Epromed Services Sdn Bhd

All Rights Reserved
Terms of Use