 Dikemaskini 28/01/2008
| Anggapkan penjagaan prosthesis seperti kulit sendiri. Prosthesis anda akan bertahan beberapa tahun lamanya sekiranya anda menjaganya dengan baik.
| Cara penjagaan:- Simpan di dalam kotak yang disediakan. Ini akan menjaga bentuk yang asal. Jauhkan dari benda-benda yang tajam dan sinaran kuat cahaya matahari. Perhatian kepada ‘small punctures’ yang boleh tercucuk disebabkan oleh kuku, gunting, pin, barang kemas, gigi atau kuku binatang seperti kucing. Cuci prosthesis setiap hari dengan menggunakan air suam dan bilas sebersihnya dan keringkan dengan tuala bersih. Jangan sekali-sekali menggunakan berus, sabun, acetone, alcohol atau lain-lain cecair yang boleh merosakkannya. Pakai bra yang selesa. Elak dari menggunakan bra yang sendat di mana ia akan merosakkan silikon di dalam prosthesis. Sekiranya badan anda bertukar bentuk atau saiz, anda memerlukan saiz atau bentuk prosthesis yang baru untuk keselesaan anda. Activiti berenang adalah baik selepas dibedah. Selepas berenang, anda dimestikan mencuci prosthesis anda untuk membersihkannya daripada klorin yang terdapat di dalam kolam renang atau garam laut. Sekiranya anda selalu berenang, dinasihatkan anda menggunakan prosthesis payudara yang disedia khas untuk berenang.
Prosthesis tidak boleh digunakan bila kulit anda luka. Sekiranya anda mengalami sakit kulit atau gatal-gatal anda dinasihatkan supaya berhenti menggunakan prosthesis dan diminta untuk mendapat nasihat doktor. | | |
|
Know your breast cancer facts! 
The incidence of breast cancer in Malaysia is estimated at 35 per 100,000. However, breast cancer is the leading cause of cancer deaths in women in Malaysia! |  |
|