Breast Facts B. Malaysia BCWA Info MBCC Forums Q & A Archive Downloads Links Feedback Search For...

Home Latest News CoR MP About Us Contact Us Terms of Use Radiology Malaysia

Rawatan


Diterbitkan 08/09/2008

Artikel diseksyen Ini

 

Maklumat Kanser
Pengesanan Awal
PSP
Rawatan
Penjagaan Semasa
Dibawah 35 Tahun
Mamografi
Ketulan Tak Bahaya
Ceritaku
Arkib

 

Perkara yang anda selalu ingin tahu mengenai pembinaan semula payudara dan implan silikon
oleh Dr Eileen Fong, Pakar Pembedahan Plastik

Bagaimanakah pembinaan semula payudara dijalankan?
Membina semula payudara melibatkan penggunaan tisu dari abdomen, belakang atau punggung. Jenis pembinaan semula bergantung pada pesakit mempunyai tisu yang lebih daripada yang diperlukan di badannya untuk mengisi ‘ruang’ payudara yang hilang serta betapa sedianya pesakit menerima parut di bahagian badan tisu itu diambil. Parut itu biasanya akan diletakkan di tempat seperti di bahagian bawah benjol abdomen atau punggung, di bawah lindungan pakaian berenang dan di bahagian belakang, di bawah coli. Jika tisu dari bahagian belakang diambil untuk membina semula payudara bermaksud bahawa implan silikon turut mesti diguna kerana tidak ada cukup ‘daging’ pada tisu tersebut untuk mengisi ruang yang hilang.   

Bilakah seseorang boleh menjalankan pembinaan semula payudara?  
Pesakit kanser payudara boleh membuat pilihan membina semula payudaranya pada masa yang sama dengan mastektomi (pembedahan ‘membuang’ kanser dan payudara yang terlibat), yang dikenali sebagai membina semula serta-merta. Pesakit juga mungkin boleh melakukannya setelah mastektomi, kemoterapi dan radioterapinya selesai. Ini dikenali sebagai pembinaan semula tergendala dan biasanya dilakukan satu atau dua tahun selepas mastektomi.  

Adakah pembinaan semula payudara mengganggu rawatan kanser payudara?
Pembinaan semula payudara serta-merta tidak meningkatkan kemungkinan kanser berlaku semula, atau mengganggu atau melambatkan pengesanan perulangan kanser. Payudara yang dibina semula boleh dijalankan pengimejan dengan ultra bunyi, mamogram, atau MRI demi mengesan perulangan kanser. Kanser berulang di belakang payudara yang dibina semula sangat jarang.  

Semua kajian yang diterbit menunjukkan bahawa kebanyakan perulangan kanser berlaku pada kulit, yang senang dikesan atau di hati atau paru-paru yang boleh dikesan dengan lawatan doktor yang rutin.  

Adakah terdapat pesakit yang tidak sesuai untuk pembinaan semula payudara?
Pesakit yang mempunyai keadaan kesihatan yang kronik seperti sakit jantung, paru-paru atau ginjal yang bermasalah tidak menjadi calon baik bagi pembinaan semula. Pesakit yang merokok juga menjadi calon berisiko tinggi. Pesakit yang sangat gemuk juga berisiko tinggi. Secara umum, kebanyakan pesakit kanser payudara sesuai menjalankannya.   

Dahulunya, pembinaan semula tidak disyorkan bagi mereka di tahap maju kanser payudarah tetapi sekarang kita tahu serta kajian telah menunjukkan bahawa pembinaan semula tidak mengganggu pengendalian serta rawatan kanser payudara serta tidak melambatkan pengesanan kes perulangan kanser. Pembinaan semula tidak disyorkan bagi pesakit pada tahap kanser yang maju dengan ‘dinding dada’ terlibat atau kanser sudah merebak atau sudah metatesis jauh. 
 

Implan Silikon 

Adakah implan silikon selamat?
Konsensus Deklarasi dari jawatankuasa Eropah untuk mengesyorkan kualiti serta alat perubatan(EQUAM) bagi pembedahan kosmetik yang tertulis pada 4 Julai 1998 di Regensburg berkata bahawa implan silikon adalah selamat. Badan pengendalian Dadah (FDA) di US  telah mengangkat larangan atas penggunaan implan silikon bagi membesarkan payudara sejak kajian menunjukkan bahawa terdapat bukti jelas sains (dari segi klinikal, imunologi, epidemiologi) - data yang menunjukkan bahawa implan silikon payudara yang diisi gel tidak menyebabkan sebarang penyakit berkaitan tisu sambungan (tisu konektif) atau daya tahan badan.   

Kajian terbaru terus menunjuk bahawa implan silikon yang terisi gel tidak menyebabkan kanser atau sebarang masalah lain. Silikon diguna secara luas dalam hidup harian. Kita masih tidak mempunyai bahan alternatif yang lain. Dalam semua bidang perubatan dan pembedahan implan serta alat perubatan yang diperbuat daripada silikon cukup penting bagi mengesyorkan kualiti hidup yang baik malah asas bagi meneruskan kehidupan.    

Apa akan terjadi jika implan silikon pecah?
Tekanan yang tinggi diperlukan untuk menembus implan silikon. Berat bedan biasa seseorang tidak akan memadai. Apabila sesuatu implan diletakkan dalam badan, suatu kapsul bergentian (fibrous capsule) akan mula berbentuk secara semula jadi. Jika implan silikon ini pecah semasa sesuatu kemalangan, kandungannya mungkin akan masih berada dalam kapsul tersebut - ini dikenali sebagai rekahan berkapsul. Apabila ini berlaku, pesakit mungkin berasa payudara mereka menjadi lembut dan menipis. Tidak semestinya, implan tersebut perlu dikeluarkan kerana rekahan itu masih dalam kapsul gentian semula jadi. Jika implan itu rekah dan kandungan silikonnya terkeluar dari kapsul bergentian itu (akibat trauma yang tajam atau menembus), maka implan tersebut perlu dikeluarkan dan kawasan terkena isi implan perlu dibersihkan.
 

Apakah kemungkinan membentuk alah terhadap silikon? 
Reaksi alah boleh berlaku dengan sebarang bahan. Walau bagaimanapun, alah terhadap silikon jarang sekali. Kita terdedah  kepada silikon dalam hidupan harian kita. Silikon terdapat dalam banyak benda biasa seperti mekap, sabun, makanan yang diproses dan banyak benda harian yang lain.

 
 

Pembinaan
Semula
Payudara

Aspek ini perlu dibincangkan dengan pesakit barah payudara supaya mereka boleh menimbangkannya. Rawatan tidak semata-mata untuk membuang barah payudara sahaja tetapi untuk memulihkan pesakit kepada keadaan “normal”.

Back Home Up Next

Copyright © 2001-2008, Epromed Services Sdn Bhd
All Rights Reserved
Terms of Use