Pemakanan pencegah Selepas pengesahan dilakukan, adalah penting untuk menghalang penyebaran kanser primer. Setiap hari makan banyak bahan-bahan antioxidant. Ini termasuk vtamin C, E karotenoid termasuk ‘lycopen’ dan faktor biologik yang terdapat dalam kacang, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buah. Kurangkan lemak kepada 20-25% jumlah kalori, makan lebih karbohidrat, kurangkan gula dan makan protin sebanyak 3-4oz setiap hidangan sehari. Latihkan diri memakan berbagai jenis makanan.
Pemakanan semasa rawatan Pemakanan merupakan sebahagian daripada rawatan yang lengkap. Memakan makanan yang berkhiasat boleh membantu menjayakan rawatan. Untuk mengekalkan berat badan, makan hidangan yang kecil dan kerap. Ambil protin berlebihan daripada sumber telur, ikan dan ayam dan sekira perlu serbuk protin tambahan digalakkan. Kurangkan hidangan tenusu jika ada masaalah penghazaman Sebagai contoh, cirit-birit boleh terjadi akibat alahan laktos, tairu kultur atau keju keras sepatutnya tidak menjadi masalah. Hindari daripada makanan berempah atau makanan yang menghasilkan gas seperti kacang separuh masak dan sayur-sayuran yang berlebihan daripada keluarga kobis untuk menghindari masaalah tidak selesa perut.
Pemakanan semasa pemulihan Pemakanan semasa pemulihan adalah seperti pemakanan pencegahan tetapi menekankan kepada zat pemakanan seperti beta carotene, vitamin K,C, E, selenium dan zinc. Mulakan produk tenusu secara perlahan. Sertakan antioxidant bersama vitamin dan zat galian setiap hari. Galakkan 5-8 hidangan buah-buahan dan sayuran setiap hari. Cadangan pemakanan semasa rawatan kanser 1) Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan 2) Kurangkan pengambilan lemak terutama lemak sumber haiwan 3) Kurangkan gula 4) Sentiasa cergas dan kurangkan tekanan 5) Kekalkan berat badan pada paras yang sihat dan bersesuaian 6) Kurangkan minuman beralkohol 7) Minum air sebanyak 10-12 cawan sehari 8) Ambil pemakanan tambahan jika perlu 9) Pastikan anda memakan makanan seimbang walaupun anda menjalani rawatan yang berlainan Bagaimana Mengatasi Masaalah Pemakanan Semasa Rawatan Kanser Makanan seimbang dan berkhiasat adalah perlu untuk mengatasi kanser. Peningkatan tahap pemakanan akan membantu menghadapi kesan sampingan kemoterapi, radiasi dan pembedahan Cadangan mengatasi masaalah mengunyah dan menelan 1) Makan makanan yang basah dan lembut seperti sup,stew, telur, pasta, ‘casseroles’ 2) Tambahkan kuah, sos, mentega, tairu, mayones atau kuah salad supaya makanan lebih senang ditelan. 3) Hindari makanan berempah, masam atau berasid saperti limau, tomato dan cabai 4) Makanan dingin boleh menyenangkan sekiranya ada luka di mulut. 5) Tinggikan pengambilan kalori dengan pemakanan tambahan komersil seperti Ensure, Nutren, Enercal, Isocal , Sustacal , Complan 6) Hindari dari merokok dan minuman beralkohol 7) Sekira ada masalah menelan, jangan guna sudu. Minum sup atau gunakan cawan dengan straw Cadangan mengatasi masaalah cirit-birit 1) Hindari sementara, makanan yang banyak mengandungi serabut, seperti makanan ‘wholemeal’, buah-buahan dan sayur mentah, sayur yang dimasak bersama kulit atau bijinya, bijirin dan kacang-kacang kering, ‘popcorn’, timun, salad dan lain-lain 2) Makan makanan yang kaya dengan serabut mudah larut saperti sos epal dan puree 3) Kerapkan makanan hidangan yang kecil 4) Jangan minum semasa makan tetapi banyak minum air di antara satu hidangan ke satu hidangan 5) Ambil minuman dan makanan suam 6) Untuk mengatasi cirit-birit yang teruk, ambil minuman suam seperti bubur, minuman halia tanpa gas atau jus epal selama sehari. Jumpa doktor anda sekiranya cirit-birit berterusan lebih daripada sehari. Cadangan mengatasi rasa loya atau muntah 1) Makan dan minum secara perlahan 2) Selalu makan hidangan yang kecil 3) Hindari daripada makanan berlemak atau berminyak 4) Rehat selepas makan 5) Ambil biskut kracker atau roti bakar untuk mengatasi perasaan loya pada waktu pagi atau sebelum sarapan 6) Jika terasa loya semasa memasak, guna ketuhar mikrowave, makanan beku atau sejuk untuk menghilangkan bau 7) Apabila terasa lega, cuba tambahkan hidangan anda Cadangan jika tidak berselera 1) Makan sedikit tetapi kerap. 2) Jika tidak lapar pada hidangan pertama, makan berlebihan pada hidangan berikutnya. Jika tidak berselera semasa sarapan pagi, makan berlebihan pada tengah hari 3) Sediakan hidangan dengan hiasan yang menarik dan makan dalam suasana yang menarik. 4) Sentiasa adakan snek bersama anda 5) Cuba berbagai makanan dengan berbagai perasa 6) Cuba makan makanan dingin atau pada suhu bilik 7) Makan makanan tambahan atau supplement untuk melebihkan tenaga |