Breast Facts B. Malaysia BCWA Info MBCC Forums Q & A Archive Downloads Links Feedback Search For...

Home Latest News CoR MP About Us Contact Us Terms of Use Radiology Malaysia

Rawatan


Dikemaskini 28/01/2008

Artikel diseksyen Ini

 

Maklumat Kanser
Pengesanan Awal
PSP
Rawatan
Penjagaan Semasa
Dibawah 35 Tahun
Mamografi
Ketulan Tak Bahaya
Ceritaku
Arkib

 

Rawatan untuk kanser payudara

Matlamat utama rawatan adalah pemeliharaan kesihatan, merawat and mencegah penyakit.  

Rawatan termasuk pembedahan, rawatan radiasi, rawatan hormon dan kemoterapi. Perlu diingati bahawa pengesanan awal kanser payudara bererti rawatan lebih berkesan dan mungkin boleh dipermudahkan dan pembedahan konservatif boleh dijalani. Pembedahan konservatif adalah merujuk kepada pembuangan sebahagian daripada payudara sahaja, iaitu, bahagian di mana kanser berada. Mastektomi merupakan pembedahan di mana seluruh payudara “dibuangkan”.

Pembentukan semula payudara (breast reconstruction) boleh dijalankan untuk mereka yang melalui mastektomi. Perbincangan mengenai ini harus berlaku awal-awal lagi sebelum terapi yang lain bermula. Ini membolehkan perancangan rawatan anda secara menyeluruh dan akan melibatkan pakar pembedahan plastik.

Jangan lupa, kanser payudara boleh disembuhkan jika dikesan awal dan dirawat secepat mungkin.

Rawatan alternatif termasuk rawatan menggunakan herba dan rawatan secara pemakanan. Apa-apa jenis rawatan tidak harus dicampuraduk. Beritahulah doktor anda kalau anda juga menggunakan herba atau rawatan alternatif. Selalunya, adalah disyorkan bahawa, seseorang itu patut menghabiskan rawatan “konvensional” terdahulu sebelum berpaling kepada rawatan alternatif.

Pengawasan sesudah hentinya rawatan juga penting.

Kejayaan sesuatu rawatan juga dipengaruhi oleh kesihatan umum dan sikap seseorang terhadap penyakitnya.

 

Apakah matlamat utama rawatan?

Matlamat utama rawatan adalah pemeliharaan kesihatan, merawat and mencegah penyakit. Kekerapan mendapatkan pemeriksaan serta rawatan susulan juga amat penting. Ini adalah untuk memastikan serangan barah tersebut tidak berulang serta memunculkan dirinya semula. 

Home Up Next

Copyright © 2001-2008, Epromed Services Sdn Bhd
All Rights Reserved
Terms of Use