Breast Facts B. Malaysia BCWA Info MBCC Q & A Archive Downloads Links Feedback Search For...

Home Latest News CoR MP About Us Contact Us Terms of Use Radiology Malaysia

Arkib


Dikemaskini 26/01/2011

Artikel-Artikel
Menarik

 

Kandungan

Up
Maklumat Kanser
Pengesanan Awal
PSP
Rawatan
Penjagaan Semasa
Dibawah 35 Tahun
Mamografi
Ketulan Tak Bahaya
Ceritaku
Arkib

Hit Counter

 

This web site is best viewed at 800 x 600 resolution using:



You should also set your display to show 16M colours for better colour reproduction.

 

Get Macromedia Flash Player
Over 98.3% of all web users have the Macromedia Flash Player.

 

Whilst every effort is taken to ensure that information and other content on this site is as true and accurate as possible, there may be instances where errors may occur. In such an event, we should be grateful if you could notify us so that we can set the situation right.

We also take similar efforts to ensure that we do not infringe the rights of Copyright owners. Should you feel that we have committed a breach of copyright, please notify us so that we may arrange for the immediate removal of the material from this site.

 

Pusat Sumber Kanser Payudara

Di laman web yang seterusnya, kami telah menyediakan fakta-fakta kanser payudara serta juga peranan pemeriksaan Radiologi dalam pengesanan awal penyakit ini. Sila merujuk kepada “navigation bar” di sebelah kiri untuk membaca artikel-artikel tersebut.

Padat dengan berita dan informasi,senang dilayari mudah difahami,menjana minda keluarga bestari.” – En Muhd Azmi B. Nurdin, Oktober 2002
 

Serba Sedikit Mengenai Kempen dan Aktiviti 2006

Program Latihan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram  – 20-23 Dis 2006
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menganjurkan Program Latihan Pelaksanaan Program Subsidi Ujian Mamogram di Hotel De Palma, Ampang. Ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk menyediakan kakitangan LPPKN untuk mengendalikan Program Subsidi Ujian Mamogram dalam tahun 2007. Objektif program termasuk memberi penerangan mengenai mammogram dan prosedur yang berkaitan, memberi latihan amali dalam mengendalikan khidmat bimbingan dan kaunseling kepada mereka yang didapati mempunyai keputusan mamogram abnormal dan juga membuat lawatan sambil belajar ke pusat-pusat mamogram tertentu.

Program ini dijayakan dengan kerjasama Kolej Radiologi, Persatuan Kebajikan Kanser Payudara, Bahagian Reproduksi Manusia, LPPKN dan pusat-pusat mammogram di Hospital Pantai Bangsar, Hospital Ampang Puteri dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.
 

 

Aktiviti Bulan Merah Jambu Oktober 2006 Bermula Awal Tahun Ini – Sep 2006!
Walaupun usaha untuk meningkatkan kesedaran kanser payudara diadakan seluruh tahun, tetapi setiap bulan Oktober, usaha ini meningkat untuk “meraikan” Bulan Kesedaran Kanser Payudara Antarabangsa.

Tahun ini, aktiviti-aktiviti diadakan dari September sehingga November sempena Bulan Merah Jambu Oktober. Kolej Radiologi sungguh bangga dengan pencapaian Kempen Kesihatan Payudara di Sandakan dan Mary Mansiw perlu diberi galakkan yang sepenuhnya. Friends of Malaysia daripada Amerika Syarikat turut memberi sokongan moral dan kewangan.

Di Johor dan Kuantan, Program Mamogram Kolej Radiologi menolong lebih 400 wanita menerima manfaat mamogram bernilai “ekstra” dengan bayaran RM30 sahaja. Beban kos dibiayai oleh derma yang dikutip untuk program ini. Lapurannya akan dibentangkan pada permulaan 2007.

Program di Johor oleh Persatuan Sokongan Kanser Payudara Johor Bahru dilancar dengan acara istimewa di Kampung Sg Tiram.

Ceramah, “Road Show” di kompleks membeli belah, “Charity Hi-Tea”, “Charity Golf” dan lain-lain lagi juga telah berlangsung. Antara ceramah kesihatan payudara yang telah berlangsung: Dengan Reader’s Digest di MPH Megastore, 1 Utama; Subang Jaya Medical Centre, AstraZeneca, Soka Gakkai Malaysia, dan untuk sekumpulan wanita dari parti GERAKAN. Bacakan lapuran-lapuran tersebut di sini.

Korporat yang aktif termasuk Estee Lauder serta Pusat Perubatan Pantai Bangsar, Kuala Lumpur telah mengadakan program tersendirinya termasuk kutipan derma “Hi-Tea” oleh Estee Lauder dan “Wear It Pink Breast Cancer Awareness and Education Campaign” oleh Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.

Pada 4 Nov, Amanita telah menganjurkan Acara Fesyen untuk wanita yang mengidap kanser payudara. Penampilan penting untuk semua wanita, lebih lagi untuk mereka yang telah kehilangan payudara dalam pembedahan untuk kanser payudara ataupun melalui kesan sampingan rawata kemoterapi.

Persatuan Kebajikan Kanser Payudara dan Kolej Radiologi turut menyertai program kesihatan payudara yang dianjurkan oleh Kelab Interact Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya pada 6 Nov 2006.

Satu lagi innovasi baru tahun ini adalah program untuk menyediakan kaum lelaki untuk menggalakkan and memberi sokongan kepada kaum wanita untuk menjaga kesihatan payudara serta melakukan pemeriksaan saringan untuk kanser payudara. Bengkel latihan yang pertama telah berlangsung 16-19 Nov 2006.
 

Kempen Kesedaran Kesihatan Payudara Menarik Penyertaan 400 Peserta di Sandakan, Sabah – 22 Apr 2006
Hospital Duchess of Kent dan IJM Plantations Berhad telah menganjurkan satu forum masyarakat bertajuk “Kesihatan Payudara” pada pagi Sabtu, 22 April 2006 di Sandakan, Sabah. Sebagai langkah untuk mempromosi kesedaran yang lebih mengglakkan mengenai kesihatan payudara di Sabah, sebuah jawatankuasa kesedaran barah payudara di bawah naungan Hospital Duchess of Kent akan ditubuhkan di Sandakan.

Bacalah lapuran ini
 

Rene’e Aziz Ahmad Memenangi Hadiah Utama Peraduan Radiology Malaysia-Meditel MyStory:CeritaKu – 19 Mac 2006
13 peserta telah memenangi hadiah untuk peraduan MyStory:CeritaKu. Mereka telah berkongsi pengalaman dari segi pesakit kanser, suami, anak ataupun seseorang pemerhati. Upacara penyampaian hadiah yang agak menyeronokkan telah dirasmikan oleh Prof Dr Jeff Dunn dari International Union Against Cancer dan Queensland Cancer Fund, Australia.

Bacalah cerita yang telah diluahkan oleh pemenang-pemenang Peraduan MyStory:CeritaKu – Klik di sini

Lapuran Peraduan Radiology Malaysia-Meditel MyStory:CeritaKu 2005

Mengenai Peraduan Radiology Malaysia-Meditel MyStory:CeritaKu 2005

 

Lapuran Kempen dan Aktiviti 2005

Foto para peserta

Semasa sesi praktikal mempelajari secara melakukan sendiri dengan menggunakan model

BerMESRA dengan Seni Kesedaran Kesihatan Payu Dara – 19 Feb 2005
Bengkel pertama bagi tahun ini bermula di Bilik Seminar Johnson & Johnson di Petaling Jaya, yang penuh sesak dengan sukarelawan dan ahli Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Melaka (MESRA) dan 4 peserta dari Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. Terdapat juga seorang lelaki di kalangan 37 wanita di sana.

Di kalangan wanita yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat, terdapat juga mereka yang pernah melalui kanser payudara. Waktu petang berlalu dengan para peserta meningkatkan kesedaran mengenai anatomi payudara dan fisiologinya, cara melakukan pemeriksaan sendiri payudara serta cara mengajar orang lain melakukannya. Para peserta kemudian diberi maklumat terbaru mengenai teknik diagnostik serta kewujudan teknik-teknik ini di Malaysia.

Demi mendapat manfaat terbesar daripada lawatan mereka ke Melaka, ahli MESRA (nama bagi kumpulan sokongan daripada Melaka) pada waktu pagi, telah mempelajari lebih mengenai prostesis payudara dan pakaian khas yang digunakan selepas mastektomi or lumpektomi. Ini berlangsung dengan kerjasama Medisia Sdn Bhd dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.

Bengkel waktu petang pula dikendalikan oleh Dr Evelyn Ho dan dibantu oleh Lynn Leong, Azizah Wayat dari Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA), Puan June Yeoh dari Majlis Kebangsaan Persatuan-persatuan Wanita(NCWO) dan Rosa Ho dari Johnson & Johnson.

Dr Evelyn Ho dengan seorang peserta dan menunjuk teknik berasa payudara semasa berbaring

Umumnya, sesi ini cukup menarik dengan latihan praktikal dengan pelbagai alat dan teknik. Dalam penilaian bengkel, didapati bahawa kesedaran dan pemahaman mengenai kesihatan payudara dan pemeriksaan sendiri payudara telah meningkat dengan mendadak bagi semua peserta. 3% mendapati sesi ini terlalu singkat dan hampir 90% berasa mereka sedia untuk bermula menyebarkan maklumat dan kesedaran mengenai kesihatan payudara serta mengajar pemeriksaan sendiri payudara.

Beberapa komen yang menarik daripada peserta yang cukup ‘puas’ :

  • Sesi praktikal mempelajari secara melakukan sendiri paling menarik- atau sebenarnya semuanya baik!

  • Penerangan yang lengkap, menjawab semua soalan kami dan juga terdapat ganjaran.

  • Jujur, terus terang, dan persembahan yang cukup girang (penerangan tentang pemeriksaan sendiri payudara)

 

Lapuran Kempen dan Aktiviti 2002


Program Sabsidi Mamogran tahun 2002 (SMP2002) mendapat sambutan yang manggalakkan! 

Di kesemua 7 negeri, sebanyak 12 penyedia perkhidmatan mamogram melapurkan sambutan yang amat memberangsangkan serta di luar jangkaan sama sekali. Dari segi jumlahnya pula, seramai hampir 2000 wanita telah menggunakan perkhidmatan ini! Untuk mengetahui dengan lebih lanjut respon serta sambutan program tersebut, klik di sini.

Dalam usaha meluaskan lagi program SMP keseluruh pelusuk tanahair pada tahun ini. Tampillah ke hadapan serta hulurkan sumbangsih anda kepada Tabung Radiology Yayasan MMA. Dan tabung yayasan ini adalah tabung yang menyediakan keistimewaan pengecualian pencukaian.

Program SMP 2002 adalah antara program yang diusahakan sebagai aktiviti sokongan kepada Kempen Kesedaran Kanser Payudara NCWO 2002. Tumpuan kempen kesedaran tersebut adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai kesihatan payudara khususnya peri pentingnya keperluan melakukan pemeriksaan payudara secara kerap dan berjadual oleh para wanita. Dalam menjayakan usaha serta kempen kesedaran tersebut, pihak kami turut berkongsi bersama barangan berkempen seperti pelekat peti sejuk, penyangkut pintu serta pecatit pemantau payudara. Malaysia sebenarnya turut menyaksikan kerjasama yang jitu serta sekata daripada pelbagai pihak dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran khalayak mengenai kepentingan kesihatan payudara.
 

Bengkel Pemeriksaan Sendiri Payudara di Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga – 2 Julai 2002

Bacakan lapurannya
 

Persidangan Asia Pacific Reach to Recovery International Breast Cancer Support Conference yang buat pertama kalinya diadakan telah berlangsung dengan jayanya pada Ogos 2002!  Baca berita selanjutnya di sini.
 

 


Maklumbalas:
Laman web ini langkah yang bijak….


Saya baru meneroka laman web Radiology Malaysia ini dan mendapati banyak info bermanfaat telah diberikan. Ini adalah
satu langkah bijak supaya penyebaran maklumat berkaitan bahaya kanser dapat disebarkan kepada umum. Tahniah dan terima kasih atas
segala usaha ke arah pembikinan laman web ini. Laman web ini
adalah suatu lembaran baru buat kami semua.

Norrafizah Minhad
11 Julai 2003

Back Home Up

Copyright © 2001-2011, Epromed Services Sdn Bhd

All Rights Reserved
Terms of Use