 Revised 28/01/2008
| | Talkback Disclaimer | The information contained in this column is intended for general guide and information only. It is not meant to replace professional consultancy and advice from your doctor(s). Radiology Malaysia regrets that we are not able to enter into personal correspondence concerning your specific medical problem or condition. | | Talkback Q&A - Different sized breasts show whatever I wear… | Q I am a 35 yrs old mother of 5 - 4 living and 1 stillborn. I had this problem for the last year. I went for a mammogram in the spring of 2002. The results came back as NEGATIVE but I am still concerned. My breasts are different in size and it shows through my shirts and whatever I wear. It’s very noticeable when I look at myself in the mirror. My bra does not fit right. My left breast is smaller and does not fit my bra. I am starting to have pain and I need help. The doctors here examine you from across the doctor’s office and do not even “touch” me. I do not have a family doctor, nor do my kids or husband. So please could you help me. I would love to know what’s wrong with me. Thank you for your time. Rose C, Canada, 28 January 2003 A It is not unusual to have some difference between the sizes of the right and left breasts. The Q & A section has already answered this question posed by another reader, Randy. Please click here to read the Q&A. Please do read all the other topics that have been raised by others, as I am sure the breast concerns are common to many women. From what you have mentioned, there is probably no need to worry although if the difference in the size of the breasts is a concern, seeing a plastic surgeon might help. Otherwise, fitting in some extra foam/sponge pads into the side with the smaller breast will help to balance the size difference if not too great. Editor | | Talkback Q&A - Pertanyaan tentang ketulan dan lelehan payudara | | Q Saya seorang ibu berusia 29 tahun. Saya amat gembira kerana berpeluang menimba ilmu melalui web ini. Thanks a lot kepada semua pihak yang mengusahakannya. Actually, saya mempunyai masalah payudara yang berketul-ketul. Ini terjadi selepas saya melahirkan anak pertama. Saya menghadapi masalah menyusukan bayi saya kerana nipple yang agak pendek. Susu tidak dapat keluar dengan baik walaupun menggunakan breast pump. Lain-lain usaha juga seperti mengurut telah dilakukan namun tidak berjaya. Selepas saya melahirkan anak kedua setahun lebih kemudian, masalah yang sama berulang kembali. Saya dapati ketulan tersebut semakin banyak dan kadang-kadang saya terasa sakit sebelum dan selepas kitaran haid. walaupun sudah 2 tahun lebih saya melahirkan anak, masih terdapat cairan berwarna putih (seperti susu) yang keluar dari nipple bila saya mengurut payudara sewaktu mandi (atas nasihat dan cadangan doktor). Masalah ini lebih ketara pada payudara di sebelah kanan. Cecair di sebelah payudara kiri pula berwarna jernih dan kadangkala putih seperti susu. Saya pernah mendapatkan pemeriksaan di sebuah klinik keluarga dan doktor tersebut menasihatkan saya supaya tidak bimbang kerana dia beranggapan itu hanya struktur payudara semulajadi. Persoalannya, adakah saluran di payu dara saya telah tersumbat dengan susu yang tidak dapat mengalir keluar sepenuhnya? Apakah nasihat terbaik doktor untuk saya? Jika saya perlu mendapatkan rawatan, di manakah hospital yang terbaik? Shima 20 Nov 2002 A Kemungkinan besar, ketidakrataan tekstur payudara Shima adalah "sifat semulajadi" payudara selepas mengandung dan melahirkan anak. Untuk wanita yang muda, modaliti untuk pemeriksaan pengimejan adalah ultrasound payudara untuk menentukan adakah ketidakrataan atau benjolan di payudara adalah kerana terdapatnya ketulan seperti sista dan sebagainya ataupun, tisu yang normal. http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/BM/UmurBawah35/index.htm Artikel untuk wanita dibawah 35 tahun mungkin boleh membantu saudari memahami kelainan payudara anda. http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/BM/UmurBawah35/fakta.htm Sila baca fakta fakta untuk memahami bagaimana pengimejan digunakan bersama Pemeriksaan Sendiri Payudara. Soalan yang kedua adalah berkaitan dengan lelehan berwarna “susu” daripada puting payudara puan. Selalunya lelehan payudara juga bukan sebab kanser payudara. Lelehan ini mungkin berlanjutan 2 tahun selepas kelahiran anak kerana puan masih ataupun baru sahaja berhenti menyusu anak. Tetapi puan juga memberitahu bahawa ada ciri fizikal puting puan yang menyusahkan penyusuan anak puan. Kadang-kadang, terdapatnya “sista” yang mengandungi susu di dalam payudara semasa seseorang menyusu anak (period of lactation) tetapi selalunya, selepas berhentinya menyusu anak, sista ini akan hilang. Seperti yang telah disyorkan oleh Dr Nor Aina Emran, rawatan boleh didapati pada mana-mana hospital kerajaan yang mempunyai pakar bedah. ”Klinik Payudara dan Pakar Payudara boleh didapati di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Putrajaya, Hospital Universiti Kebangsaan dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (dulu dikenali sebagai Hospital Universiti). Secara amnya, puan boleh pergi ke mana-mana klinik pesakit luar kerajaan untuk mendapatkan surat rujukan ke Klinik Payudara dan membuat temujanji. Rawatan di klinik-klinik swasta boleh didapati, tetapi puan disyorkan untuk memastikan bahawa doktor yang merawat puan adalah yang arif mengenai masalah-masalah berkenaan dengan payudara. ” Pengarang | | Talkback Q&A - My wife discovered a right breast lump. Mammogram and ultrasound have been done. Does it need surgical removal? | | Q My wife, 30 years old has noticed a ‘lump’ in the upper quadrant of right breast for 1 year. She feels occasional pain in the right breast and her menstrual cycle has been irregular for the last three months. As per her doctor’s suggestion, Mammogram and Ultrasonogram of both the breast were carried out. Cytology Report of FNAC from right breast lump was also done as per doctor’s advice. The outcome of the test report is attached. The local doctor suggested for the removal of the lump in the right breast by surgery. Is this necessary? Also please inform us whether any further investigation is necessary. (Editor’s note: For brevity, a summary of the mammogram and ultrasound report is as follows)
Mammogram: The breasts are dense. Increased density is noted in the right upper outer quadrant. On the left, there are no dominant masses or evidence of malignancy. No suspicious calcifications bilaterally. Ultrasound was recommended for further evaluation of the right breast. Ultrasound: Possible fibroadenoma or intramammary lymphnode in the right upper outer quadrant (8 by 6mm in size). Cytology Report of FNAC from right breast lump: On microscopy, there is pinkish material with epithelial cells, fibrocytes. No malignant cells seen. ZH 18 July 2003 A Some additional information is required. Is there any family history of a close female relative (mother; sisters; aunts) who has breast cancer? Is the pain more severe just before the menses? If there is positive family history, at what age did the person have the cancer. At 30 yrs old, the risk of having breast cancer is rather small. But if she has positive family history then extra caution should be taken. If the lump is more painful or tender just before menstruation, then it is more likely to be benign, it could be a part of "fibroadenosis" a condition where there is lump or cyst with some amount of fibrosis. But this condition is more common in older women. The mammogram report did not mention or conclude on whether the right asymmetric density is suspicious or not. As expected, the breasts tend to be dense in young women and is therefore more difficult to interpret and read, especially if early small lesions are to be detected. The next step would be adjunct ultrasound to evaluate the asymmetric density. The ”lesion” with benign features is not a cyst according to the report and is probably a benign fibroadenoma or just an intramammary lymph node. The history also suggests this is benign, the lesion having not increased in size over a year. The size, being less than 1 cm would make a needle biopsy difficult, although according to you, your wife can feel the lump. From the FNAC report, it is most likely the lump is benign BUT I would read the report with extra caution since it did not mention it as a fibroadenoma, just no malignant cells seen. Furthermore the lump is very small (8 x 6 mm) and the needle may not hit the real lump, just the normal breast tissue surrounding it. I would repeat this procedure and this time it should be done under ultrasound guidance to ensure that the sample is taken from the lump. This may already have been done on your wife, having the FNAC done with ultrasound guidance by the radiologist. And if this final result is reported as benign by an EXPERIENCED ( I have to emphasize this) pathologist, then I would reassure the patient that it is benign. Since it is very small, I would treat it conservatively and continue close follow-up. She would probably need another ultrasound to assess the lump again. However if she feels more comfortable and prefers the lump to be removed, then it can also be done. There should be a detailed discussion between the treating surgeon and your wife together with you, at this stage explaining the nature of the lump and the pros and cons of surgery. With this, your wife and you would be able to make a sound decision regarding her problem. Consultant Breast Surgeon Breast Clinic Hospital Kuala Lumpur | | Talkback Q&A - My mother - Where to go for Pap Smear? My mother’s breast lump disappeared… | | Q I would like to send my mother for pap smear test. But I don't know where to go - either private or government hospital? She complained that there was a small swelling in her breast. She was to undergo a small operation but later the swelling was gone. NM 9 May 2003 A A pap smear is a simple screening test for cancer of the cervix. This can be done by your family doctor, at the Family Planning Clinic, or at the Klinik Kesihatan Kerajaan, if you do not have a regular gynaecologist.
As for the breast lump, I assume the doctor deferred the operation as the lump appeared to have disappeared. If that is the case and it has been confirmed by your mother’s doctor, then there is nothing to be worried about. Many times, breasts become more “lumpy” at certain times of the month, and are related to the hormonal activity and the reaction of the individual’s breast tissue towards the hormonal activity. This often explains for the appearance and disappearance of “lumps”.
However, in screening for breast cancer, i.e. detecting a lesion before it can be felt by your hands or show signs, a mammogram is advised (especially if your mother is older than 40 years old) and if necessary, adjunct ultrasound may be needed depending on the type of breasts your mother has on the mammogram.
Editor | | Talkback Q&A - Saya mempunyai banyak benjolan sista. Perlukah saya kehilangan payudara saya? | Q Saya merasa sangat keliru pada masa ini. Saya telah pun membuat mamogram dan saya dikatakan ada benjolan pada payudara saya tetapi bukanlah kanser. Saya diberitahu doctor yang merawat benjolan itu adalah sista (cysts) yang membentuk ketulan kecil di sekeliling payudara, dan kalau hendak dibuang terpaksa buang payudara sebab ianya banyak.
Persoalannya saya begitu keliru apakah tindakan yang saya harus buat memandangkan doktor tersebut menyatakan ianya tidak berbahaya dan saya harus jalani rawatan mamogram setahun sekali untuk melihat perkembangan. Apakah dengan membiarkan ketulan yang ada atau melakukan pembedahan dan saya akan kehilangan payudara? Saya kurang pasti. Saya harap doctor dapat memberikan sedikit khidmat nasihat. Noor 15 Mei 2003 A Ikutilah nasihat doktor anda. Anda juga boleh membaca mengenai "masaalah" kesihatan payudara wanita yang lain untuk mendapat sedikit keyakinan bahawa banyak kali, sista bukanlah merbahaya tetapi, mestilah ada pemeriksaan susulan untuk memerhati perkembangan keadaan payudara anda. http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/TalkBack/QnA_index.htm Serta bacalah artikel ini.
Doktor anda cuma menerangi bahawa untuk membuang semua sista di dalam payudara anda tidaklah praktikal, mungkin kerana bukannya terdapat satu atau dua sista tetapi sangat banyak sehingga tisu “normal” di antara sista-sista tersebut tidak banyak. Oleh itu dan juga kerana benjolan sista bukan jenis benjolan yang merbahaya, alternatifnya ialah untuk membuat pemeriksaan susulan dan menjalani mamogram setahun sekali untuk melihat perkembangan dan juga untuk tanda-tanda timbulnya benjolan yang lain.
Kalau anda masih kurang yakin dan pasti, anda boleh mendapat pandangan yang kedua di mana-mana Klinik Payudara kerajaan di Hospital Putrajaya, Hospital Kuala Lumpur dan juga Hospital Universiti (University Malaya Medical Centre dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia).
Pengarang | | Talkback Q&A - Benjolan-benjolan di payudara – patutkah saya menjalani pemeriksaan ultrasound? Adakah saya berisiko mendapat kanser? | | Q Saya berumur 24 tahun. Pada bulan lepas saya merasakan terdapat benjolan kecil pada sebelah kanan payudara dan saya membuat pemeriksaan di klinik swasta dan doktor mengesahkan terdapat benjolan 0.5cm. Beliau mengatakan bahawa benjolan tersebut biasa tetapi jika saya merasakan benjolan tersebut semakin membesar saya perlu merujuk perkara tersebut ke hospital (dengan surat yg dikeluarkan oleh doktor berkenaan). Apa yang menjadi persoalan sekarang, adakah boleh dan perlu saya terus membuat pemeriksaan ultrasound atau saya perlu menunggu serta hanya membuat pemeriksaan seperti biasa (PSP) sehinggalah saya berjumpa dengan doktor berkenaan pada masa akan datang? AM 25 Mei 2003 A Anda boleh tunggu sehingga menjumpai doktor yang telah dirujukkan (yang kemudiannya akan merujuk anda ke pemeriksaan pengimejan kalau perlu) ataupun, doktor klinik swasta anda juga boleh merujuk saudari ke Jabatan Radiologi untuk pemeriksaan ultrasound.
Pengarang Q Beberapa bulan yang lepas saya membuat PSP dan mendapati satu benjolan kecil pada payudara kanan dan perkara itu telah dirujuk kepada doktor yang berkenaan. Tetapi baru-baru ini saya membuat PSP seperti biasa dan saya dapati terdapat satu lagi benjolan kecil di bawah ketiak. Saya amat berharap agar Doktor dapat menjelaskan perkara ini dengan segera. Adakah saya berisiko mendapat kanser? Saya berumur 24 tahun dan tiada sejarah keluarga yang menghidap kanser payu dara. AM 11 Julai 2003 A Saudari tidak memberitahu adakah saudari diperiksa oleh doktor di hospital rujukan? Apakah kesimpulan ataupun diagnosa doktor rujukan tersebut? Kalau anda belum lagi bertemu dengan doktor rujukan di klinik payudara, janganlah merasa cemas. Tentunya, kalau doktor rujukan telah memeriksa saudari, beliau akan memberitahu adakah benjolan-benjolan tersebut memerlukan pemeriksaan pengimejan yang selanjutnya.
Berkaitan risiko pula, sila baca artikel dibawah: www.radiologymalaysia.org/breasthealth/About/bcriskfactors01.htm
Kesimpulannya, kalaulah anda adalah daripada jantina perempuan, anda mempunyai risiko menghidap kanser payudara – tidak kira adanya faktor risiko yang lain. Oleh sebab itulah, laman web ini didirikan untuk menyebarkan mesej ”Pengesanan Awal Menyelamatkan Nyawa”. Tetapi janganlah pula ”paranoid” mengenai kanser payudara. 90% daripada kelainan payudara adalah tidak merbahaya.
Saudari hanya perlu proaktif terhadap kesihatan payudara sendiri and mengenali apakah yang ”semulajadi” untuk tekstur dan bentuk payudara, termasuk sekali, kalau adanya benjolan tidak merbahaya, supaya saudari dapat mengesan pada awal-awal lagi apabila terdapat gejala yang ber125 lainan daripada keadaan payudara yang sudah ”biasa” untuk saudari.
Pengarang | | Talkback Q&A - Sedang menyusu anak ….Patutkah saya membuang ketulan di payudara saya? | Q Saya seorang ibu berumur 34 tahun sedang menyusukan anak (yang berusia 3 bulan). Masaalah saya ialah payudara sebelah kiri saya tidak dapat mengeluarkan susu dengan sempurna disebabkan puting yang tenggelam. Payudara tersebut sering mengalami bengkak dan kesakitan. Setelah mengambil antibiotik dari sebuah klinik, bengkak dan kesakitan telah hilang, dan kini pengeluaran susu sangat berkurangan. Semasa pemeriksaan oleh seorang doktor dari klinik swasta, terdapat satu ketulan bersaiz lebih kurang 7mm terdapat bersebelahan dengan puting, dan doktor menasihatkan agar berjumpa dengan doktor pakar di sebuah hospital swasta. Setelah menjalani pemeriksaan dan ultrasound, doktor mengesahkan terdapatnya ketulan tersebut dan doktor mencadangkan agar menjalani pembedahan untuk membuang ketulan tersebut. Doktor mengesahkan ianya bukan kanser tetapi menurut doktor jika ia tidak dibuang, risiko untuk jadi kanser tetap ada (2%-3%).
Soalan-soalan saya: 1) Apakah puncanya ketulan tersebut? 2) Apakah ianya berisiko untuk menjadi kanser jika tidak dibuang? 3) Adakah saya patut menjalani satu lagi pemeriksaan di hospital kerajaan? 4) Jika saya memilih untuk menjalani pembedahan adakah saya harus berhenti menyusukan bayi saya?
Ibu risau Zu, 7 Julai 2003A 1. Punca ketulan tersebut mungkin daripada salur susu yang tersumbat menyebabkan kelenjar pada payudara membengkak (dikenali sebagai "galactocoele"). Ia juga mungkin berpunca dari jangkitan kuman menyebabkan ketulan itu adalah bisul (abscess). Sebab-sebab lain adalah mungkin sejenis ketumbuhan bukan kanser (benign) yang lazim berlaku di kalangan wanita yang lebih muda iaitu 'fibroadenoma' ataupun peringkat awal kanser, walaupun usia masih muda. Walaubagaimanapun disebabkan puan telah menjalani pemeriksaan dan doktor mengesahkan bukan kanser, maka puan tidak perlu bimbang. Cuma perlu dipastikan adakah pengesahan tersebut dibuat setelah biopsi (i.e contoh tisu diambil dari ketulan misalnya melalui pemeriksaan jarum, FNAC - Fine needle aspiration cytology). Selagi tidak ada biopsy dari tisu ketulan tersebut, ianya tidak boleh dianggap 100% bukan kanser.
2. Ketumbuhan yang telah disahkan bukan kanser melalui ujian biopsi seperti yang dinyatakan di atas boleh diyakini tidak akan menjadi kanser walaupun tidak dibuang. Tetapi perlu diingati ujian biopsi mempunyai ketepatan yang berbeza-beza dan juganya bukan 100%. Selalunya pemeriksaan ultrasound dan/atau mamogram dan pemeriksaan fizikal perlu diambil kira untuk memberikan keputusan muktamad. Jika asal ketulan ini adalah bukan kanser maka risiko untuk menjadi kanser adalah 0%. Walaubagaimanapun secara amnya mana-mana ketulan yang dijumpai pada payudara wanita yang berusia 35 tahun (usia puan 34 tahun, lebih hampir ke 35), dinasihati untuk menjalani pembedahan untuk membuangnya.
3. Ini terpulang pada puan sendiri. Jika puan berpuas hati dengan pemeriksaan yang dijalankan oleh doktor di hospital swasta, dan doktor tersebut adalah seorang pakar dan mempunyai pengetahun yang mendalam dan berpengalaman dalam menangani masalah payudara, puan boleh terus menjalani rawatan dengan doktor tersebut. Jika tidak, puan boleh mendapat pandangan kedua dari hospital kerajaan yang mempunyai perkhidmatan klinik payudara seperti di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Putrajaya atau di Hospital Universiti (Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia).
4. Puan tidak perlu berhenti dari menyusukan anak. Semasa pembedahan dijalankan dan selepas dari pembedahan, puan masih boleh menyusukan anak puan daripada payudara yang normal. Susu dari payudara yang mempunyai ketulan perlu terus diperah dan dibuang, jika tidak ia akan membengkak dan menimbulkan masalah. Cadangan daripada saya, jika ketulan ini disahkan benar-benar bukan kanser seperti yang disebutkan di atas, pembedahan tersebut boleh ditangguh terlebih dahulu untuk puan terus menyusukan anak puan. Pemerhatian yang teliti (close observation) perlu terus dibuat ke atas ketulan tersebut dan sebarang perubahan perlu dikesan dengan segera.
Pakar Perunding Bedah Payudara, Hospital Kuala Lumpur
| Please click here for Topic Index |
|
| | | Website Links | “CancerStory.com is a self-funded, non-profit site set up in memory of its founder's beloved mother who was taken away from the joys of life by cancer. She battled with colon cancer for three years and eight months. Through this web site, the founder hopes to share her late mother's cancer experience and help cancer patients and their families face the overwhelming tasks of seeking the best treatment, gathering information and preparing for the battle against cancer.” Click Here to visit Many thanks Kamal for submitting this link - Editor “The National Cancer Centre Singapore – Inspired by Hope, Committed to Care: This website seeks to answer some of the common questions which you may have when you or your relative has been diagnosed to have cancer. It hopes to explain, in simple terms, what cancer is, what treatment is available for cancer, what are the causes of cancer, and information on the more common types of cancer, i.e. lung, colorectal and breast cancer.“ Click Here to visit Thanks Margaret Ho for submitting this link - Editor | Perak Palliative Care Society | Our reader CYC of the PPCS, wrote about how Radiology Malaysia, in particular the Breast Health Info Centre might aid in the noble deed of caring for the terminally ill. In return, we asked for more information on the PPCS and this is what CYC shared with us. Thanks CYC for your contribution! Click Here for more information.
|
|
|