You need Macromedia Flash to view this!

Breast Facts B. Malaysia BCWA Info MBCC Q & A Archive Downloads Links Feedback Search For...

Home Latest News CoR MP About Us Contact Us Terms of Use Radiology Malaysia

Mamografi


Dikemaskini 02/03/2012

 Articles in
this section

 

SECTIONS

Maklumat Kanser
Pengesanan Awal
PSP
Rawatan
Penjagaan Semasa
Dibawah 35 Tahun
Mamografi
Ketulan Tak Bahaya
Ceritaku
Arkib

 

Bolehkah saya menjalani mamogram sekiranya saya telah melakukan implan payudara?

Sesetengah wanita amat bimbang untuk menjalani penyaringan mamografi sekiranya mereka pernah menjalani perawatan implan payudara.  Mereka cemas dan bimbang bahawa kononnya menjalani penyaringan mamogram akan menyebabkan kerosakan pada implan payudara.  Tanggapan ini adalah tidak benar, keperluan menjalani penyaringan mamogram adalah bergantung pada khidmat nasihat pengamal perubatan.  Ianya juga akan mengambil kira faktor samada proses implan yang dilakukan itu adalah sebahagian daripada rawatan pembedahan rekonstruski untuk kanser payudara.

Di sestengah negara yang mana terdapat kumpulan besar penduduk yang menyertai program penyaringan mamogram, mereka yang pernah menjalani proses implan payudara juga dinasihatkan untuk menjalani penyaringan mammogram, lebih-lebih lagi, jika mereka adalah daripada kumpulan umur berisiko. Amerika Syarikat adalah antara contoh negara yang mengamalkan pendekatan sedemikian.
 

Bagaimanakah pula dengan implan payudara selepas menjalani pembedahan kanser payudara?

Sekiranya rekonstruksi dilakukan selepas menjalani pembedahan kanser payudara, maka persoalan keperluan menjalani mamogram akan bergantung kepada jenis serta bentuk pembedahan kanser yang dilakukan.  Untuk mendapat jawapan serta khidmat nasihat sebaiknya, berhubunglah dengan pengamal perubatan anda.  Kelazimannya, apabila rekonstruksi dilakukan sesudah menjalani rawatan mastektomi secara menyeluruh, penyaringan mamografi tidak dilakukan pada bahagian yang menjalani rekonstruksi.  Namun, payu dara yang satu lagi (normal) haruslah meneruskan rawatan penyaringan secara kerap seperti kebiasaan. 
 

Apakah yang perlu dilakukan sebelum menjalani mamogram?

Para wanita yang menjalani mamogram mestilah memaklumkan kepada pengendali mamografi sebelum memulakan kerja penyaringan mengenai kewujudan implan silikon pada payudara.

Ini adalah kerana kewujudannya akan menghalang paparan secara jelas tisu-tisu yang terlindung di sebalik implan silikon tersebut.   Ini lebih ketara jika silikon tadi ditempatkan dibahagian hadapan dinding otot dada dan bukannya di belakangnya.

Jika keadaan ini dimaklumkan terlebih dahulu, para pengendali mamografi serta radiologis yang berpengalaman akan memastikan bahawa tumpuan secara lebih cermat dan berhati diberikan untuk memastikan implan silikon tidak mengalami pecahan ataupun kerosakan.  Disamping itu teknik yang berlainan akan turut dilaksanakan, antaranya ialah menyisipkan implan ke belakang serta menarik kedudukan tisu payudara ke hadapan.  Ini adalah untuk memudahkan lagi usaha mengenal pasti sebarang keadaan yang luarbiasa pada tisu payudara. 

Apabila terdapat tisu yang bercalar (scar tissue) disekeliling implan ataupun silikon daripada implan telah meleleh ke bahagian tisu, ianya akan menyukarkan usaha mengenal pasti kelainan pada payudara dalam mamogram anda.  “Accuracy” ataupun kebolehan untuk menemui kelainan pada mamogram tidaklah begitu memuaskan seperti untuk payudara dalam keadaan “natural”. Implan juga akan “menyembunyikan” sebahagian tisu payudara, bergantung kepada saiz implant dibandingkan dengan saiz payudara anda. Oleh itu, walaupun implan tidak merbahaya kepada kesihatan anda, ia akan mengurangkan kejituan mamogram untuk mengesan tanda-tanda kanser.

 

Early Detection
Can Save Your
Life!

Mammography need not be a difficult procedure. Remember to relax and communicate with the lady mammographer. Before you know it, it's all over!

Back Home Up Next

Copyright © 2001-2012, Epromed Services Sdn Bhd

All Rights Reserved
Terms of Use